Monday, January 30, 2012

Luahan satu dua

bismilahirahmanirahim....

1
hari tu aku bgtao yang aku berhenti berharap.
ye, mungkin aku berjaya.
tp bila nampak die td... ish ish.. tergugat jugak.
tp aku ok je...:p

2
mungkin perasaan aku,
mungkin ya, mungkin x
ada sesuatu yng berbeza berlaku..
macam org xsuka aku..
ke sbb da lama sgt aku duk sini
aku ad buat salah ke
aku bukan nak mengata
tp aku punye perasaan
maaf jika tersilap kata


aaronators


hai...
sabtu lepas berlangsung nye perlawanan bowling antara ahli kelab peminat aaron..
aku tak melepaskan peluang.
ni la salah satu dari gambo..
aku ad gambo dengan die sowang
kat bawah nih
jgn jeles ye..
hihi...
deep deep heart..<3 <3



Friday, January 27, 2012

Demam

Seminggu tak menjenguk ke sini... stat minggu lepas cuti chinese new year sambung plak dengan demam... Macam bese aku demam sebab siku aku buruk lagi.. aku xtao la apa penyakit aku sebenarnye..first day, Ya ALLAH gatal sungguh siku aku...Tak tao nak buat apa da.. 
Selepas 2 Hari, demam aku pun ilang.. tak sangka plak arini demam datang semula..huhu.. Petang tadi dapat panggilan dari mak. Mak kat hospital lawat kak Jan kat hospital..Doktor pesan Sesiapa yang rapat dengan kak Jan Kena check darah takut kena malaria.. adush.. Kecut Perut aku wei.. Malaria tuh... Disebabkan arini ari jumaat, aku hold la sampai ari Isnin.. Kalau aku still demam, aku pergi la klinik.. Tapi area Setiawangsa ni kat mane klinik kerajaan ek.. hihi...
Esok aku nak pergi main bowling dengan aaronators club...Tapi aku demam.. Macam mane tuh??hoho.. Insyallah... boleh kot.. 
Ahad pulak aku da start kelas.. jam 8 pagi... ayoyoyo... Jauh tuh nak pergi.. sempat ke nak smpat sampai sebelum 8?? i try my best...
Arini aku nk share link yang aku baru dengar td..yerla, pemalas btul aku nak mengajikan.. dengar ni insyallah dapat pahala...


Mari dengar bersama-sama :)

Saturday, January 21, 2012

Ubat Kedukaan




Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya ALLAH mempunyai Sembilan puluh sembilan nama, iaitu seratus kurang satu; sesiapa yang mengahafal selurhnya masuklah ia ke syurga".

Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya ALLAH mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalam syurga dan sabda beliau lagi sesiapa yuang dalam duka dam rungsing lalu berdoa seperti di atas maka ALLAH SWT akan menghapuskan duka dan rungsing dan digantikan dengan kegembiraan.

Doa Asma Al-Husna

Ya ALLAH, sesungguhnya aku hambaMU dan anak hambaMU dan anak hamba perempuanMU, uburku dalam genggamanMU. PerintahMU telah lalu atas diriku dan ENGKAU maha adil dalam QADA' MU.
Saya memohon Kepada MU dengan segala namaMUyang untuk engkau berikan atau Engkau turunkan di dalam KitabMU atau Engkau mengajarkan sesiapa makhluMU atau engkau sembunyikan ilmu ghaib (dalam) pengetahuanMU disisiMU supaya jadikan Quran Penyejuk Hatiku dan penerang dadaku serta menghapus duka dalam diriku.

Friday, January 20, 2012

Berhenti Berharap



Saya Pernah ceritakan, saya menyukai seseorang. Sampai ke saat ini pun saya masih menyukai dia. Tapi mungkin saya perlu berhenti berharap sebab saya takut saya akan lagi kecewa apabila saya dapat tahu dia akan berkahwin nanti. Saya sudah tidak mahu kecewa lagi. Saya perlu mengukur baju di badan sendiri. Saya Takut bermain dengan bayang-bayang sendiri. Biarlah Dia menjadi Lagenda di Hati saya. Hampir 2 Tahun saya memendam perasaan tanpa seorang pun tahu.

Bait-bait lagu kekasih Gelap

Ku mencintai mu 
Lebih dari Apa pun
Meski tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu sedalam-dalam hati ku...

Tak perlu la rasenye menyambung lagu tu sebab dia bukan kekasih gelap.. saya bukan sapa-sapa pun untuk dia.Tapi semakin saya cuba melupakan dia, semakin saya teringat akan dia.. Saya akan cuba selagi saya termampu...Saya Suka dia...tp saya perlu Berhenti Berharap sekarang..Saya pun sudah berhenti tweets tentang dia.. Dia mungkin tak pandang pun saya, tapi saya sentiasa ingatkan dia.. 

Doa Saya :

" Ya ALLAH, Kau Lahirkan Perasaan Ini kepada diriku.Aku Amat Bersyukur Kepada Mu Ya ALLAH. Kau Berikan Aku Kegembiraan sedangkan aku sering melupakan MU.. Ya ALLAH, Aku Mencintainya Ya ALLAH. Kalau dia bukan JODOH aku, Kau bawalah Perasaan Ini jauh dari Aku. Kau Lupakanlah aku terhadap dirinya. JIka Benar dia Jodoh ku..Kau Pertemukan lah kami Dengan cara yang terbaik, Ya ALLAH, Hanya Kau tempat ku memohon dan Hanya Kau tempat ku mengadu, rabbana atinafiddunyahasanah wafillaakhiratihasanah wakina 'Azabannar...washolallahu 'alasaidina Muhammadin wa'ala alihi wassalam..walhamdulillahirrabil'alamin.. Amin Ya ALLAH.."



Monday, January 16, 2012

Pendam By Shahir

TONTON DI YOU TUBE


Hari ni aku rasa Lagu Pendam ni betul- betul kena dengan aku. Siksanya suka Kat orang yang tak tahu kita suka kt die, n die tak suka pun kat kita....

Friday, January 13, 2012

Si Comel yang Comot

mcm2 aksi
teropong

hello daddy



Hari ni aku kepenatan teramat sangat. Hari ni di mulakan dengan Pendidikan Jasmani.. Di luar kelas. Senaman aerobik di mulakan. Seronok sangat diorang belajar di luar kelas. Mereka pun berlari kesana kemari. Perggghhh.. penat sungguh mengejar Nicholas di tengah padang.. Bila da sampai berhampiran dengan die, die akan lari..Nasib baik a few student seronok nak tolong kejar.. Aku bukan mengeluh tapi seronok semenjak bertemu dengan Nicholas... Macam-macam aksi yang dia buat... Dia nk berdukung la...Paling dia cakap "very good" lepas kita susah payah kejar dia. dia sangat-sangat comel, funny... Selepas rehat, waktu muzik. Pun sama.. Die berlari ke padang sekolah... pergggh... memang boleh kurusla aku macam ni... kemudian bagi die pinjam bebey aku.. di col safarina. n bercakap macam yo yo oo je...siap anto message.Ye im really in love with this job.. hihi... tak sabar nak tunggu Isnin because i miss him so much...

Ciri – Ciri Perbezaan Cabaran Pembelajaran DalamTalian dan Cara Mengatasinya


1.0       Pengenalan
Pembelajaran dalam talian bukanlah perkara baru di negara kita. Kebiasaannya pembelajaran dalam talian ini digunakan oleh golongan yang     sudah bekerja dan menambah nilai dalam pekerjaan. Terdapat pelbagai definisi dan pandangan tentang pembelajaran dalam talian. Di antaranya adalah:
Teaser dan Blienzer (1999) pula berkata, guru dan pelajar berada di kawasan dan masa yang berasingan.
Menurut salmon (2000) perkataan dalam talian mempunyai sejarah dengan telegraf apabila mesej dihantar melalui mesin dan kemudian melalui     talian telefon khas. Maksud moden dalam talian merujuk kepada penggunaan komputer yang menghubungkan ke internet melalui talian telefon. 
Apabila pembelajaran dalam talian, internet digunakan. Internet membolehkan kita berkomunikasi secara seorang dengan seorang.Contohnya guru berkomunikasi dengan pelajar melalui email mengenai tugasan. Internet juga membolehkan berkomunikasi secaraseorang dengan ramai. Contohnya   seorang pelajar menghantar soalan untuk dibincangkan dalam kumpulan. Teknologi lain yang mungkin digunakan dalam pembelajaran dalam talian adalah chat (berbual), Instant Messaging (mesej segera), video               conferencing (persidangan video), dan audio conferencing (persidangan audio).
Mengikut pandangan Derek (2003), pembelajaran dalam talian bermaksud penyampaian pembelajaran, latihan atau program pendidikan dengan cara     elektronik.  Pembelajaran dalam talian melibatkan penggunaan computer atau peranti elektronik (contoh: telefon mudah alih) dalam beberapa cara untuk     menyediakan latihan, bahan pendidikan atau pembelajaran. Pembelajaran dalam talian boleh diakses di mana dan bila-bila masa. Ia mengatasi kekangan masa, kehadiran dan perjalanan.
Ini bermakna, pembelajaran dalam talian bermaksud pembelajaran atau    program pendidikan dengan cara elektronik.

1   Ciri-ciri perbezaan di antara pembelajaran dalam talian dengan bentuk pembelajarantradisional.

Pembelajaran dalam talian lebih mudah dan cepat jika dibandingkan    pembelajaran secara traditional memerlukan peruntukan masa tertentu.
Pembelajaran dalam talian juga dijalankan pada bila-bila masa dan di mana jua tetapi pembelajaran secara traditional memerlukan peruntukan masa dan tempat yang tertentu.
Oleh itu,  pembelajaran dalam talian lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan pembelajaran traditional kerana pelajar tidak memerlukan kos perjalanan  ke tempat pembelajaran.
Oleh kerana pembelajaran dalam talian sangat berbeza dengan pembelajaran traditional, pembelajaran dalam talian mempunyai cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar dan guru.Perkara ini akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya.

    2.0   Ciri – Ciri Perbezaan Cabaran Pembelajaran DalamTalian

     2.1  Kelewatan Menjawab Persoalan
   Menurut kajian Petrides (2002), sebahagian daripada peserta berpendapat kelewatan menjawab persoalan di dalam talian berbanding dengan perbincangan di dalam kelas, pelajar boleh mendapatkan terus jawapan yang   diajukan. 
         Dalam kajian Vonderwell (2003), dilaporkan kelemahan kursus dalam talian adalah kelewatan mendapat maklum balas segera dari pengajar. Salah seorang peserta dalam  kajian ini menyatakan bahawa apabila beliau mengajukan soalan melalui e-mel untuk pengajar, ia mungkin mengambil masa, mungkin satu atau beberapa hari sebelum mendapatkan jawapan bagi sesebuah soalan.
Ini menunjukkan pembelajaran dalam talian memerlukan pelajar perlu menunggu pengajar untuk membaca dan memberi maklum balas kepada soalan-soalan yang ditanya. Setiap pelajar dan pengajar tidak berada di tempat dan masa yang sama. Jika seseorang pelajar memerlukan jawapan, beliau terpaksa menunggu. Ini boleh menjadikan pelajar menangguhkan untuk membuat sebarang pembelajaran atau ulangkaji. Emosi pelajar juga akan terganggu      kerana mungkin pada masa itu sahaja beliau mempunyai masa yang terluang. Pelajar yang menggunakan  pembelajaran dalam talian biasanya terdiri daripada pekerja dan masa sengkang adalah terlalu terhad untuk menjalankan pembelajaran dalam talian.
  
  2.2     Tiada Akses Internet
Komponen yang terpenting pembelajaran dalam talian adalah akses internet. Pengajar dan pelajar berada di tempat yang berbeza. Akses internet adalah    penghubung antara pelajar dan pengajar. Cabaran utama pembelajaran dalam talian adalah tiada akses kepada internet. Pelajar memerlukan akses internet adalah untuk bertukar e-mail dengan rakan. Selain itu juga, pelajar boleh         berinteraksi di dalam talian untuk perbincangan di forum.  Pelajar juga    memerlukan akses internet untuk mencari maklumat dari seluruh dunia berkenaan dengan tugasan mahupun matapelajaran. Pembelajaran dalam talian memerlukan pelajarmengakses dan mendapatkan maklumat daripada pangkalan data elektronik. selain itu juga, internet juga untuk mengakses maklumat berasaskan teks dan multimedia yang merangkumi bunyi, grafik, video dan sebagainya. Pelajar dan pengajar tidak dapat berhubung jika tiada akses internet dan ini akan menyebabkan pembelajaran   terganggu. Pelajar terpaksa mencari kawasan yang mempunyai akses internet kerana bukan semua pelajar berada di kawasan yang mempunyai akses internet. Ini akan menyukarkan proses pembelajaran dalam talian.
 Ada di sesetengah kawasan yang mempunyai akses internet tetapi mempunyai masalah talian akses yang perlahan. Ini juga satu cabaran bagi pelajaran dalam pembelajaran dalam talian. Pelajar perlu mengambil masa untuk membuka sesuatu. Ia akan melambatkan proses pembelajaran. Dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar stress.

   2.3    Kurang Berinteraksi

            Pembelajaran dalam talian merupakan satu sistem pengajaran secara jarak jauh, ini bermaksud pengajar dan pelajar terpisah atau berada di suatu kawasan berbeza  antara satu sama lain, atau tidak bersemuka antara satu sama lain.      

Pengajar dan pelajar hanya akan berinteraksi dalam talian tetapi belum pasti pada masa yang sama. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa yang sama iaitu pengajar dan pelajar berada di tempat yang sama atau berdepan antara satu sama lain. Tidak dapat disangkal lagi bahawa semakin jauh jarak yang wujud dalam perhubungan, semakin kompleks dan mencabar peranan pengajar dalam menggunakan segala sumber media komunikasi yang ada untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar.
             Perbezaan antara pelajar pembelajaran dalam talian jika dibandingkan     dengan pelajar biasa adalah pelajar dalam pembelajaran dalam talian mempunyai interaksi yang minimum bukan sahaja dengan pensyarah, tetapi juga dengan rakan sekuliah. Berkongsi idea dan pandangan di kalangan rakan sekuliah merupakan   satu kegiatan yang sihat dan berfaedah dalam proses pembelajaran. Bagi sesetengah pelajar mempunyai rakan sepejabat atau kenalan rapat yang sekuliah dengan mereka, maka boleh menubuhkan kumpulan kecil untuk belajar tetapi      masalah kepada mereka yang tidak mempunyai kenalan yang belajar bersama. Ini akan menjadi masalah kepada pelajar kerana tiada interaksi antara rakan sekuliah. Proses pembelajaran dalam suasana "pengasingan" merupakan satu gejala yang tidak sihat (Shireen Haron, April 1995).

2.4       Pengurusan Masa

            Menyambung pengajian di peringkat yang tinggi adalah untuk menimba ilmu pengetahuan, meningkatkan taraf sosial,mendapat kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya. Salah satu cabaran pembelajaran dalam talian yang juga pengajian jarak jauh adalah masa kerana mereka bekerja sambil belajar. Ini kerana mereka mempunyai pelbagai komitmen,kebanyakan daripada mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap. Pelajar perlu membahgikan masa agar memperolehi masa yang berkualiti untuk belajar dengan lebih berkesan. Di samping sibuk dengan pelajaran, kualiti kerja juga perlu dijaga. Pelajar perlu memberi komitmen sepenuhnya semasa melakukan apa yang hendak dilakukan. Sebagai contoh, pelajar perlu menumpukan perhatian sepenuhnya semasa melakukan kerja dan tugasan harian dengan tidak melakukan tugasan dalam pembelajaran semasa waktu bekerja. 
     Pelajar perlu pandai membahagikan masa belajar dan bekerja supaya dapat masa yang berkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan masa yang berkualiti?. Menurut Ab. Rasid Mat Zin, masa yang berkualiti bermakna menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk mentelaah atau melaksanakan kegiatan pendidikan dengan berkesan. Masa tersebut mungkin memakan masa tiga atau empat jam    sehari. Jadi, masa bersama keluarga dan aktiviti lain sudah berkurangan.
            Walaubagaimanapun, persoalan yang penting ialah apakah seseorang pelajar itu dapat belajar dan menguruskan masa dengan berkesan?. Pelajar mungkin mempunyai masa tiga jam sehari untuk belajar tetapi tidak mampu menguruskan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Waktu belajar diganggu dengan perbualan, melayan karenah anak-anak, pasangan dan sebagainya. Maka di sini masa selama tiga jam tadi tidak digunakan dengan sebaiknya.

2.5       Kewangan

            Bekerja sambil belajar bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Memerlukan pengorbanan yang tinggi dari segi pengurusan kewangan kerana jika tidak diuruskan dengan betul akan mengundang permasalahan yang lain pula. Belajar dalam talian memerlukan kos yang tinggi. Kewangan merupakan antara cabaran terhebat yang perlu di hadapi oleh pelajar pembelajaran dalam talian. Pelajar perlu pandai menguruskan kewangan untuk diri sendiri, keluarga dan pembelajaran.  Jika masalah kewangan tidak diuruskan dengan baik, ia akan mengundang permasalahan yang lain. Sebagai contoh pelajar akan mendapat stress apabila memikirkan tentang masalah kewangan. Pelajar tidak dapat menumpukan kepada pembelajaran sepenuhnya.
            Pada kebiasaan pembelajaran dalam talian memerlukan kos antara RM1000 hingga Rm4000 untuk satu semester. Kos ini boleh menjadi bebanan kepada mereka kerana gaji yang diperolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar malah   untuk keperluan lain seperti untuk keluarga, melunaskan hutang rumah dan kereta,

keperluan harian dan sebagainya. Namun begitu hasrat untuk mendapat kejayaan, kemahiran serta pengetahuan tidak menghalang mereka untuk terus belajar demi masa depan yang cemerlang. Permasalahan yang lebih besar lagi jika tidak     mempunyai simpanan atau insurans untuk menampung keperluan semasa sekiranya berlaku kecemasan dan terpaksa membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk membayar hutang kad kredit lain atau menapung perbelanjaan harian.

 3.0    Cadangan Dalam Mengatasi Ciri – Ciri Cabaran Pembelajaran Dalam                       Talian.
            Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Kejayaan tidak akan datang dengan mudah jika tanpa usaha. Pelajar perlu mencari jalan penyelesaian agar tidak menambahkan permasalahan yang lain pula.

     3.1  Mengatasi Masalah Kelewatan Menjawab Soalan

            Pelajar dan pengajar perlu mewujudkan suatu kumpulan pembelajaran dalam talian. Pelajar boleh berjanji dengan rakan yang lain, masa yang sesuai untuk       berada dalam talian pada masa yang sama. Ini akan memudahkan pelajar menanyakan soalan dan pada masa yang sama pengajar boleh menjawab segala permasalahan. Rakan – rakan di talian juga boleh memberikan pendapat dan idea masing–masing.
            Sebagai contoh, satu group diwujudkan bagi pelajar yang mengambil        pengajian yang sama. Ia boleh disertai oleh pelajar yang berlainan semester juga kerana lebih banyak idea dan pendapat yang dapat dikeluarkan.  Tidak semua pelajar mempunyai pendapat yang sama. Oleh itu, segala persoalan dapat di jawab dan dibincangkan bersama. Akhirnya akan menjawab setiap persoalan yang diajukan. Pengajar boleh memberi jawapan yang tepat kepada pelajar pada masa yang sama. 
            Oleh itu, pelajar tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan   bagi satu-satu soalan dan permasalahan. Emosi pelajar tidak akan terganggu dan menjadikan pembelajaran dalam talian lebih menyenangkan dan cepat. Ini kerana, pelajar boleh lebih fokus bila membaca jawapan dan pendapat yang lain daripada mendengarinya sahaja.

     3.2  Mengatasi Masalah Tiada Akses Internet
            Pembelajaran dalam talian memerlukan akses internet. Ia merupakan satu kelengkapan yang perlu ada oleh setiap pelajar dalam talian.  Jika pelajar berada di kawasan yang tiada akses internet, pelajar terpaksa mencari kawasan yang terdapat akses internet. Tiada cara mengatasi yang khusus dalam permasalahan ini kerana pada masa kini kebanyakan kawasan telah mempunyai akses internet Cuma ada beberapa tempat dan tidak dapat dielakkan.
            Belajar memerlukan pengorbanan. Pelajar perlulah mencari jalan penyelesaian iaitu pergi ke kawasan yang mempunyai akses internet untuk mendapatkan akses.  Ini juga berkait dengan pengurusan masa kerana pelajar perlu membahagikan masa untuk pergi ke kawasan yang mempunyai  akses internet. Selain itu, pelajar boleh membuat rayuan daripada pihak berkuasa supaya menyediakan akses internet di kawasan berkenaan.

     3.3  Mengatasi Masalah  Kurang Berinteraksi
            Berinteraksi secara lisan adalah interaksi yang terbaik. Bagi pembelajaran dalam talian, kebanyakannya berinteraksi secara tulisan.  Ini boleh di atasi dengan berinteraksi dengan chat (berbual), Instant Messaging (mesej segera), video conferencing (persidangan video), dan audio conferencing (persidangan audio). Sebagai contoh sidang video dan perbincangan dalam talian misalnya berperanan sebagai bilik darjah secara maya .Seperti cara mengatasi kelewatan menjawab   soalan, bagi mengatasi masalah kurang berinteraksi pelajar perlu membentuk kumpulan pembelajaran dalam talian. Dari itu, pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain dan pelajar tidak akan terasa disisihkan kerana tidak dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dalam talian juga tenaga pengajar. 
            Terdapat banyak cara boleh berinteraksi dalam talian. Sebagai contoh, skype, dan yahoo messanger, adalah salah satu daripada persidangan video yang terdapat di talian secara percuma. Pelajar boleh menggunakan sebaik mungkin    kecanggihan sistem yang sedia ada. Pelajar boleh berinteraksi bila–bila masa dan dimana sahaja.
            Oleh itu, pelajar sewajibnya melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan teknologi moden bagi memastikan diri tidak terasing dan ketinggalan dalam teknologi dan sumber maklumat.

     3.4  Mengatasi Pengurusan Masa

            Bagi menangani pengurusan masa pelajar perlu mempunyai jadual kerja.  Penyusunan jadual kerja yang baik sangat penting kerana ia menunjukkan keberhasilan sesorang menguruskan masa dengan baik dan berkualiti. Jika di lihat dari sudut yang positif,belajar dalam talian merupakan satu kelebihan kepada       pelajar. Ini kerana pelajar mempunyai waktu kemudahan yang sungguh flexsibal jika dibandingkan dengan belajar sepenuh masa. Hanya dengan kebijaksanaan pelajar dalam mengatur mengurus dan menggunakan masa dengan lebih cekap dan       efisyen.
            Pengisian dalam jadual perlulah bijak bagi membolehkan pelajar mengatur masa untuk belajar dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain. Sokongan dan dorongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat menetapkan masa untuk belajar dengan kerelaan ahli keluarga. Masa harus di kawal untuk memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk keluarga digunakan dengan sebaiknya. Keluarga adalah sumber inspirasi terbaik bagi seseorang pelajar. Jika kurang mendapat motivasi dari ahli keluarga, pelajar akan merasakan bebanan belajar dalam talian. 
            Antara perkara yang boleh dilakukan adalah merancang masa dengan baik, menyenaraikan segala tugas-tugas lebih penting kepada yang kurang penting,membahagikan masa bekerja dengan waktu lekang, masa temu janji dan masa untuk belajar agar segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sistematik dan masalah pengurusan masa dapat di atasi. Pelajar dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga dan pada masa yang sama menjadi pelajar dan juga pekerja yang baik. Apabila masalah pengurusan masa dapat diatasi, ia akan menyebabkan pelajar tidak berasa terbeban dengan tugasan dan aktiviti seharian.  Pembelajaran dapat diteruskan. Hubungan dengan keluarga juga diteruskan dengan baik tanpa sebarang masalah.

3.5       Mengatasi Masalah Kewangan

      Mengatasi masalah kewangan adalah sangat penting kerana kewangan adalah motivasi yang terpenting pelajar. Jika wujudnya masala kewangan, ia akan berkait dengan masalah-masalah yang lain. Pada kebiasaannya pelajar yang menyambung pelajaran dalam talian ini adalah pegawai peringkat rendah dan kumpulan sokongan. Alasan untuk menyambung pengajian adalah untuk menambah nilai dalam kehidupan agar mendapat kehidupan yang lebih selesa kelak.
            Ini bermakna pendapatan semasa pelajar adalah rendah,ditambah lagi dengan bebanan tanggungjawab yang banyak.Di sini peranan kerajaan amat penting dalam menyediakan sumber kewangan kepada pelajar agar mendapat belajar dengan tenang dan selesa tanpa mempunyai masalah kewangan. Sumber kewangan yang dimaksudkan ialah yang berbentuk biasiswa atau pinjaman dengan faedah yang rendah. Bagi pekerja sektor swasta pula, majikan juga perlu menyediakan sumber kewangan dalam bentuk pinjaman dari syarikat dan sebagainya untuk menggalakkan pekerja meningkatkan taraf pendidikan. Disamping itu dapat meningkatkan motivasi kepada pekerjanya untuk terus belajar dan akhirnya dapat meningkat prestasi kerja mereka ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.
            Pelajar juga perlu bijak mengatur dan menguruskan wang dengan baik. keperluan dibahagikan dari yang penting kepada yang kurang penting. Misalnya, wang ansuran kenderaan dan rumah perlu diperjelaskan dahulu sebelum menggunakan wang untuk keperluan yang kurang penting. Semasa belajar, banyak perkara yang perlu dikorbankan misalnya hobi. Hobi terpaksa dilupakan seketika demi pengurusan yang baik supaya masalah kewangan tidak akan timbul dan akan mendatangkan masalah yang lain pula.

4.0       Kesimpulan

            Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada cabaran dan dugaan. Kita perlu bijak menangani cabaran-cabaran tersebut agar kita tidak lari dari tujuan asal.     Begitu juga dengan pembelajaran dalam talian mempunyai pelbagai cabaran dan halangan. Cabaran dan halangan juga dapat memotivasikan pelajar agar berusaha menanganinya tanpa selesa dengan kemudahan yang sedia ada.
      Masalah kelewatan menjawab soalan, tiada akses internet, pengurusan masa, kurang interaksi dengan rakan dan pengajar dan masalah kewangan wang boleh diatasi dengan kerjasama dari pelbagai pihak. Sehubungan dengan itu, soal ‘Pembelajaran Dalam Talian’ mempunyai baik dan buruknya dari pelbagai segi. Cara seseorang mengatasinya itu yang paling penting dalam hal ini. Pelajar juga perlu bertanggungjawab dengan tanggungjawab sendiri agar semua yang dirancanakan berjalan dengan baik dan dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang, pekerja yang baik dan ahli keluarga yang bertanggungjawab.
            Anggaplah cabaran dan rintangan adalah satu motivasi untuk lebih berjaya dan tidak mengalah separuh jalan kerana semua permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Ia terpulang kepada kita bagaimana kita menguruskannya dengan baik ataupun tidak.

(2546 patah perkataan)

Thursday, January 12, 2012



Aku bukan lah peminat shahir sangat. Tapi suara dia memang best. tak di nafikan. Lagu ni aku nak tujukan pada seseorang. Tapi aku xde la sakit macam shahir dalam video ni..hihi... ye, aku tahu dia takkan baca blog aku. tapi takpela.. Aku pun pernah post lagu ni kat facebook aku. 

Wednesday, January 11, 2012

New Love





Ini lah dunia aku. Aku penjaga kepada kanak-kanak Khas..Tak Pernah aku terfikir untuk bekerja di sini. Masa mula-mula aku masuk kerja. satu kejutan budaya buat aku. Dari sekolah aku ambik Kursus Kejuruteraan Awam. Tiba-tiba aku kerja macam ni.. Tapi jiwa aku terhadap budak-budak memang tinggi.Aku sememangnya sukakan budak-budak. Pengalaman menjaga kanak - kanak istimewa ini bukan semua dapat merasainya. Aku bersyukur dan seronok dengan kerja aku sekarang.

Hampir setiap hari aku pergi kerja dengan bergelak ketawa dengan telatah mereka. walaupun mereka sedikit degil tapi mereka memang istimewa. Peristiwa yang aku takkan lupakan ialah bila Kami kehilangan seorang murid SD yang comel. Die ada sakit hati. kesian sangat. Matanye sentiasa kuning. Pada 1Mei 2011. Dia pergi meninggalkan kami untuk selamanya. Aku masih ingat, sehari sebelum die meninggal, die memang kurang sihat dan kami bagi die baring di atas katil. Aku sempat baring sebelah dia. Mungkin Tuhan lebih menyayanginya. Di dunia dia siksa dengan penyakitnya.. tapi kita tak tahu nasib nye di SANA....

Gambar di atas adalah gambar Nicholas. Die murid baru. Die seorang murid SD dan dia HYPER active... Sangat comel. Pantang terleka, pasti dia akan menghilangkan diri. Biasanya dia akan ke tengah padang.
Gambar ini di ambil tadi sewaktu di dewan.

Tuesday, January 10, 2012

Makanan Kegemaran (part 1)

auntie anne's

Aku tak ingat sejak bila aku minat makan bende nih.. tapi aku agak obses dengan makanan ni.. tapi aku tak pernah cuba semua pretzel yang ada lagi sbb aku pernah cuba satu jenis pretzel, tapi xsedap.. rase mcm hampeh..hihi...Compare Auntie Anne's KLCC dan THE MALL.. Di THE MALL tak sedap, pretzelnya keras, sejuk dan memang tak sedap.Aku pernah complain kt Tweeter Auntie ANNe's... Favorite Aku adalah Caramel Almond.. Caramel die... pergggghhh..... sedap gile... hingga menjilat gigi..haha...Lagi satu aku suka Choclate Stick.. Wah, kalau da coklat.. comfirm2la kegemaran aku..hihi.. Satu lagi, air passion fruit...wah best sgt... Pernah promote kat kawan2.. diorang pun cakap passion fruit tu best...berjaya aku..:p Sesiapa yang tak pernah cuba, try la...pasti nak lagi...LOL <3 

Monday, January 9, 2012

Fitnah!!

Seperti minggu minggu yang lain , aku balik kg.. minggu ni aku balik penuh dengan cerita dan berita hangat..pertama nya aku dapat tahu pokde letak jawatan sebagai ketua kampung..terlalu banyak tekanan yang dia terima. Aku tak boleh nk cerita the whole story atas sbb 2 tertentu.. biarla ianya menjadi cerita lisan tanpa tertulis di alam maya..Aku terkilan dengan kes yang berlaku. kemudian ad pulak yang duk fitnah mak aku. die cakap mak aku ad komplot dengan sepupu aku.. mak aku xboleh dipercayai, mak aku suka bawak mulut.orang yang bawak mulut ni adalah menantu bekas ketua kampung..keluarga diorang tak puas ati semenjak pak sedara aku dilantik sebagai ketua kampung. da kau xbagus..mmg patut pn kena buang.bila mintak bantuan, semua ahli keluarga kau je yang dapat. 
Aku pun tak lari kena tempias.. die blh cakap aku suka bawak mulut.. mmg la perempuan ni.. aku xbergaul pn dengan orng kg...bila plak aku nak bwk mulut. aku tak tao pn hal orang kg.. ap yang aku tao, aku, dunia aku, keluarga aku je.. 
aku cerita di sini bukan nak bukak aib sape2 cuma aku nak mereka insaf..besar dosanya menyebarkan fitnah.. sedangkan kami tak pernah buat ap2 kepada mereka..sentiasa layan dengan baik wlaupun da mcm2 cite kami dengar..
Semoga Allah membuka hati mereka untuk berubah. dan juga aku dan keluarga menjadi lebih baik. Jauh dari fitnah..

Tuesday, January 3, 2012

Azam Tahun Baru

Rasa nye tak terlewat lagi saya nak ceritakan azam tahun baru..Semua orang ada azam..Saya pun ada..tp azam saya akan luput begitu saje.. tak pernah berjaya..memang salah saya...hihi..tahun ni azam saya adalah.........
1. Nak sembahyang di awal waktu..terutama Isyak
2. Nak jadi HambaNYA yang solleh
3. Tak nak berat badan bertambah..
4. Nak berjaya dalam pelajaran dan juga pekerjaan
5. Nak jadi anak yang baik,solehah..
6. Nak kurangkan bercakap..


Aku tak de target untuk mendapatkan pasangan, sbb aku sentiasa mencermin diri.. layakkah aku untuk mendapatkan pasangan setelah apa yang aku lakukan? Aku hanya berserah KepadaNYA.. Aku mencintai seseorang yang tak mungkin mencintai aku.. aku berdoa agar beliau bertemu jodohnye dengan cepat.. Aku redha...

Saya harap, impian dan azam saya 2011 akan tercapai..INSYALLAH....

Sibuk Dengan Hal Dunia

Da beberapa hari nk mencoretkan diri di sini.. blog ni adalah buah hati saya sebenarnye, sy rindu kannye bila saya jauh dari kawasan y ad line internet.. sy xde broadband..jus guna unifi di rumah abang.. di tmpat kerja guna Yes.. tp saya mempunyai line internet pd blackberry saya.. makanye xdela sunyi sgt tanpa dunia tanpa sempadan nih..twitter adalah peneman setia walaupun, sy xde follower y byk.. tp saya boleh tulis apa saja yang saya mahu..
Lately ni sibuk dengan hal2 dunia..bila sembahyang nak cepat je..x rase kenikmatan bersembahyang langsung.. sangat merisaukan tetapi saya buat juga.. hurmm.. ntahla...
Saya nak jadi HambaNYA yang taat.. seronok tgk gurl yang berbudi bahasa, penyabar, menutup aurat sepenuhnya,sembahyang dengan penuh khusuk tp aku......Saya seperti mementingkan hal dunia dari akhirat.. walhal saya tao dunia da akhir zaman.. 
Bila Allah duga dengan kesusahan, barulah nak ingatkanNYA.. Saya langsung tak istiqamah dalam beribadat..Macam mane ye nak istiqamah..banyak sungguh halangan dan rintangan. Saya jadi yang dulu, semua nye indah,terasa kemanisan beribadat.. YA ALLAH Kau Berilah petunjuk Mu YA ALLAH..