Thursday, May 24, 2012

Guru Penolong Kanan Sebagai Guru Pakar Mengajar


1.      PENGENALAN

1.1.    PENDAHULUAN
Di sesebuah sekolah, guru besar adalah ketua  bagi sekolah rendah dan pengetua bagi sekolah menengah. Apapun panggilannya, tugas dan tanggungjawab seorang ketua dalam sebuah sekolah adalah sama iaitu menjadi ketua dalam pengurusan pentadbiran sekolah dan urusan pembelajaran. Seorang ketua tidak akan mampu untuk mengendalikan sesebuah sekolah dengan sendiri tanpa bantuan penolong kanan. Biasanya guru besar atau pengetua akan di bantu oleh dua atau tiga orang penolong kanan. Penolong kanan yang menguruskan hal pentadbiran adalah Guru Penolong Kanan Kurikulum. Manakala penolong kanan yang menguruskan hal ehwal murid di panggil Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Penolong kanan yang menguruskan kokurikulum  adalah Guru Penolong Kokurikulum. Terdapat juga sekolah yang mempunyai penyelia petang bagi sekolah yang mempunyai dua sesi persekolahan. Jika sekolah terbabit mempunyai kelas pendidikan khas, sekolah akan mempunyai Penolong Kanan Pendidikan Khas. 

Apabila sesebuah sekolah mempunyai ketua dan penolong ia akan membentuk satu organisasi. Organisasi tersebut akan melambangkan identiti sekolah tersebut. Sebelum kita mengkaji mengenai tentang peranan dan peruntukan tugas guru penolong kanan di sekolah, lebih elok kita memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam mengenai konsep sesebuah organisasi itu penting kerana sesebuah pengurusan dan organisasi mempunyai hubungan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Organisasi boleh didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi yang di bentuk itu kecil ataupun besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika kita bandingkan antara kedua-dua organisasi, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan. Organisasi juga diwujudkan adalah untuk pembahagian tugas berdasarkan jawatan yang dipegang oleh penolong kanan. Wujudnya organisasi adalah untuk menjalankan peraturan, dasar dan hubungan dengan kakitangan yang ada.

1.2.    METHOD PENGUMPULAN DATA
Dalam laporan yang disediakan ini, sebuah sekolah rendah telah dipilih untuk di kenalpasti untuk dikaji fungsi peranan dan peruntukan tugas dan tanggungjawab guru penolong kanan. Dua orang penolong kanan di kenalpasti untuk dikaji peruntukan tugas dan tanggungjawabnya di sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Temubual telah dijalankan terhadap dua orang guru senior yang telah dipilih bagi mengetahui bagaimana pandangan guru tentang kejelasan peranan guru penolong kanan yang ada di sekolah dan juga pandangan guru tentang peranan guru penolong kanan sebagai guru pakar mengajar. Soalan-soalam temubual dilampirkan di Lampiran 1.  Guru – guru berkenaan juga dirujuk bagi mendapatkan dokumen dan rekod berkaitan dengan bidang tugas penolong kanan. Guru – guru terbabit dipilih kerana sudah berkhidmat lebih lima tahun di sekolah berkenaan dan beberapa kali berpeluang berkhidmat dengan beberapa orang guru penolong kanan. Maka, pemilihan guru-guru berkenaan boleh dikatakan tepat kerana mereka sudah berkhidmat lama dan mengetahui bidang tugas sebenar guru penolong kanan.
Selain dari temubual yang di jalankan, bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam, laman sesawang Kementrian Pelajaran Malaysia dan laman sesawang yang lain juga banyak membantu mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Melalui dari temuramah yang dijalankan, dapat ketahui bidang tugas dua orang guru penolong kanan dan pandangan guru senior terhadap peranan guru penolong kanan dan juga pandangan tentang peranan guru penolong kanan sebagai guru pakar mengajar di dalam laporan di bawah.

2.      BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN

2.1.    GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
              Guru Penolong  Kanan Kurikulum merupakan Guru Penolong Kanan yang menguruskan kurikulum dan pentadbiran sekolah. Beliau melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan guru besar di sekolah dan juga bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan mengambil tindakan susulan atas pengurusan kurikulum dalam urusan pentadbiran dan menjaga hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.  Guru Penolong kanan Kurikulum juga perlu mengajar enam jam seminggu iaitu dua belas waktu mengajar mengikut arahan guru besar sekolah berkenaan. Objektif pengurusan kurikulum dilaksanakan adalah untuk menyediakan sistem pengurusan kurikulum dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan, menyediakan data dan maklumat guru yang terkini dan betul. Ia juga bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan berkesan dan juga memastikan pengurusan peperiksaan dalaman dan awam berjalan dengan lancar dan telus. Selain itu, ia bagi memastikan semua kelas mempunyai jadual waktu yang terkini dan pencerapan dan pemantauan dijalankan mengikut takwim yang ditetapkan. Segala bidang tugas Guru Penolong Kanan Kurikulum dalam pengurusan dan pentadbiran di bincangkan di bawah.

2.1.1.      PENGURUSAN KURIKULUM
Pengurusan Kurikulum memerlukan guru besar dan guru penolong kanan mengadakan mesyuarat kurikulum. Mesyuarat ini bertujuan untuk membuat perancangan untuk setahun, menyenaraikan senarai tugas untuk semua guru panitia dan membuat perancangan pengajaran, sukatan dan buku panduan. Beliau juga menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah bersama guru besar dan guru penolong kanan yang lain. Setelah semua perancangan dibuat, guru penolong kanan kurikulum perlu menentukan perancangan harian, mingguan, penggal dan tahunan dibuat oleh guru. Beliau juga akan memastikan semua program panitia matapelajaran berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Beliau perlu melaksanakan kursus pengajian bagi memastikan setiap guru memahami matapelajaran yang diajar di sekolah seperti kursus LADAP.  Selain itu juga, beliau membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.

Beliau berhak menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan dan memastikan pusat sumber digunakan semaksimum yang boleh. Beliau juga perlu menyediakan jadual waktu P&P dan guru ganti bagi memastikan semua P&P berjalan dengan lancar. Beliau perlu menguruskan peperiksaan awam iaitu UPSR dan dalaman seperti PKSR 1&2. Selain itu,beliau perlu memastikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), KIA2M dan PROTIM dijalankan. Selepas semua di rancang dan dilaksanakan, laporan kurikulum perlu dibuat dan Guru Penolong Kanan Kurikulum perlu membantu Guru Besar memastikan pencerapan dan pemantauan dijalankan mengikut takwim sekolah yang telah ditetapkan.

2.1.2.      PENGURUSAN PENTADBIRAN

Dalam pengurusan pentadbiran pula, Guru Penolong Kanan membantu menentukan agihan tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru. Selain itu, membantu dalam pengurusan peperiksaan awam atau dalaman, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru. Beliau juga perlu menyediakan data EMIS dan Maklumat Kelas Guru (MKG), membantu menyediakan laporan prestasi guru dan kakitangan sokongan sekolah dan perlu memastikan perkembangan staf dijalankan mengikut takwim sekolah. Guru Penolong Kanan perlu menjadi ahli lebaga tatatertib sekolah dengan memberi pandangan tentang salah laku pelajar . Selain itu juga, guru penolong kanan kurikulum membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolahdalam mengurus perbelanjaan pembangunan dan menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan juga menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan guru besar.

2.2.    GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

      Bidang tugas umum Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kurikulum adalah sama iaitu, menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. Bidang tugas Guru Penolong Kanan Hal ehwal Murid terbahagi kepada pentadbiran, bimbingan dan displin, perlindungan murid dan skim pinjaman buku teks, biasiswa dan bantuan dan juga kokurikulum.


2.2.1.      PENTADBIRAN

                                        Guru penolong kanan hal ehwal murid ditugaskan mengurus dan     mengemaskini semua buku rekod pendaftaran murid. Beliau juga perlu menyemak     semua buku kedatangan harian murid dan memastikan semua butirannya dikemaskini.        Bagi murid-murid yang baru masuk ke sekolah berkenaan, beliau perlu mengurus           kemasukan dan penmpatan murid ke kelas tertentu dengan bantuan guru kelas.      Pengurusan pertukaran dan berhenti sekolah juga diuruskan oleh guru penolong kanan      hal ehwal murid bagi mengisi dokumen dan borang-borang tertentu. Selain itu, beliau     juga membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah bersama guru             besar dan guru penolong kanan yang lain dan membantu merancang dan menyediakan           takwim sekolah.


2.2.2.       BIMBINGAN DAN DISPLIN

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu menerapkan amalan-amalan dan nilai murni dilaksanakan dengan sempurna, memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuatkuasa dan bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. Beliau juga merancang dan menyelaras pelaksanan program bimbingan dan kaunseling bagi murid. Bagi sekolah yang besar, sekolah layak menerima seorang guru kaunseling. Bagi sekolah yang kecil dan tidak layak menerima guru kauseling, unit kaunseling ini akan diselaraskan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sendiri dan jawatan kuasanya.

2.2.3.      SKIM PINJAMAN BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN

                      Penolong kanan hal ehwal murid perlu mengurus segala kutipan, pengumpulan dan butiran peribadi bagi murid yang bakal menerima buku teks. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks dan menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT. Guru penolong kanan  perlu menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang baik dan dari golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu perlu mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan kewangan yang  diberikan kepada murid dan menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.

3.   ANALISIS KEJELASAN PERANAN GURU PENOLONG KANAN

3.1 GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM

              Melalui temubual yang dijalankan ke atas dua orang guru senior, mereka berpendapat tugas bahawa tugas seorang Penolong Kanan Kurikulum adalah penting di sesebuah. Ini kerana Penolong Kanan Kurikulum merupakan orang kedua selepas guru besar di sekolah. Segala hal pentadbiran dan kurikulum di menjadi tanggungjawab beliau semasa ketiadaan guru besar di sekolah. Tugas seorang Penolong Kanan Kurikulum sangat mencabar kerana beliau menjadi seorang tahu menguruskan hal pentadbiran dan menyelesaikan masalah yang timbul. Beliau juga merupakan penasihat kepada Guru Besar secara tidak rasmi kerana semua permasalahan yang timbul, Guru Besar akan merujuk kepada Penolong Kanan Kurikulum terlebih dahulu. Penolong Kanan Kurikulum juga adalah seorang yang neutral dan berkemampuan menyelesaikan masalah semua kakitangan di bawahnya. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pengurusan, beliau juga tidak terkecuali untuk mengajar 6 waktu seminggu mengikut keperluan sekolah.

            Menurut seorang guru yang di temubual, Penolong Kanan Kurikulum  bukan sahaja merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian tetapi beliau juga sanggup duduk bersama guru untuk memberi nasihat tentang soalan – soalan yang akan dibuat oleh guru. Beliau sendiri yang akan menyusun kertas yang sudah direso dan menyemak satu persatu kertas soalan berkenaan. Beliau juga mencari altenatif sendiri bagaimana untuk memupuk murid suka membaca dengan beliau menyumbangkan buku – buku peribadi beliau ke sekolah. Selain dari itu, beliau bekerja keras untuk membantu murid yang lemah dalam sesuatu matapelajaran. Beliau tidak lokek masa untuk datang ke sekolah pada hujung minggu untuk memberi kelas tambahan khas buat murid yang lemah. Dalam bidang pengurusan pula, beliau sentiasa bertanyakan masalah dan kekangan yang di hadapi oleh kakitangan sekolah samaada guru mahupun kakitangan sokongan sekolah.

3.2. GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

            Semua sedia maklum, semua yang berkaitan dengan murid akan di rujuk kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pendaftaran murid baru, pertukaran sekolah, kedatangan murid ke sekolah dan sebagainya yang berkaitan dengan hal ehwal murid.  Menurut temubual yang telah di jalankan, seorang guru senior berpendapat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah seorang yang prihatin dengan murid dan perkembangan terbaru mengenai hal yang melibatkan murid. Sebagai contoh, cara-cara yang diperlukan oleh ibubapa untuk menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana sistem yang digunakan berubah - ubah. Pada penghujung tahun beliau akan menguruskan kemasukan murid yang baru ke sekolah. Beliau juga sangat peka dengan kebersihan kantin bagi menjamin tiada murid atau guru di sekolah mengalami keracunan makanan. Beliau juga akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Guru Besar  dan pentadbiran jika guru besar dan Guru Penolong Kanan Kurikulum tiada di sekolah.

             Menurut seorang lagi guru yang ditemubual, tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memerlukan komitment yang tinggi. Beliau juga seorang peka mengenai kebajikan murid dan perlu dirujuk jika ada masalah berkaitan dengan murid. Setiap murid yang kurang berkemampuan akan di bantu dengan sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan dari pihak berkuasa. Begitu juga dengan skim pinjaman buku teks. Beliau akan memastikan bekalan buku teks di sekolah adalah mencukupi. Beliau juga akan memastikan, merancang dan menyelaras pelaksanan program bimbingan dan kaunseling bagi murid. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga peka dengan kedatangan murid ke sekolah, murid yang datang lewat dan masalah murid ponteng. Beliau menjalankan tugas dengan komitment yang tinggi bagi memastikan semua masalah berkenaan di kurangkan atau di sifarkan. Tugas sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sangat penting di sesebuah sekolah. Walaupun Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sibuk dengan hal-hal pentadbiran beliau juga tidak terkecuali untuk mengajar sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu mengikut keadaan sekolah.

4.         GURU PENOLONG KANAN SEBAGAI SEORANG PAKAR MENGAJAR

            Guru penolong kanan merupakan antara orang yang terpenting di sekolah kerana beliau bukan sahaja perlu mengajar tetapi menguruskan hal ehwal pentadbiran sekolah. Kriteria pemilihan guru penolong kanan adalah seorang yang mendapat markah prestasi yang melebihi tahap yang ditetapkan. Prestasi yang dilihat adalah dua tiga tahun sebelum pelantikan di buat. Jika, prestasi beliau melebihi tahap minimum sudah pasti beliau seorang guru yang cemerlang. Setiap guru mempunyai option matapelajaran yang diajar. Beliau juga dilihat sebagai guru yang pakar mengikut option beliau. Guru penolong kanan juga mestilah seorang guru yang berpengalaman. Syarat pemilihan guru penolong kanan adalah guru mesti ditemuduga terlebih dahulu.  Ini bermakna beliau mempunyai kriteria seorang guru yang pakar mengajar. Menurut temubual yang dijalankan terhadap guru yang pertama, beliau berpendapat penolong kanan adalah seorang pakar dalam segala hal  termasuk P&P dan pengurusan. Seorang penolon kanan mesti menguasai satu satu matapelajaran dan mampu mengendalikan kursus dalaman kepada guru di sekolah. Sewajar dengan guru pakar mengajar, beliau juga menjadi role model kepada guru lain dibawahnya. Semua guru hormat kepada guru penolong kanan bukan hanya kerana jawatan yang beliau sandang tetapi juga kerana kepakaran beliau dalam sesuatu matapelajaran. Menurut guru lagi, pelantikan beliau sebagai guru penolong kanan adalah sangat wajar kerana  beliau mampu menyumbang tenaga dan kepakaran  kepada sekolah sebagai pakar rujuk dalam pengurusan atau mata pelajaran.
            Seorang lagi guru yang temubual juga berpendapat seakan sama. Beliau berpendapat guru penolong kanan mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam matapelajaran. Selain itu, beliau juga mahir dalam aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti P&P di dalam bilik darjah. Guru Penolong Kanan juga berupaya menjadi sumber inspirasi dan pakar rujuk kepada guru lain untuk mempertingkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran pada masa depan. Beliau juga merancang dan mengendalikan kursus dalaman yang di hadiri oleh semua guru. Beliau mempunyai pengetahuan tentang semua matapelajaran yang di ajar di sekolah. Sebagai seorang Penolong Kanan, beliau bukan sahaja perlu menguruskan hal pengurusan dan menanggung tanggung jawab guru besar semasa ketiadaan guru besar di sekolah tetapi beliau juga di wajibkan mengajar 6 jam satu minggu. Ini berketetapan sebagai seorang guru pakar mengajar kerana beliau perlu menjalankan dua kerja dalam satu masa iaitu pengurusan dan pengajaran. Sewajarnya guru penolong kanan digelar sebagai guru pakar mengajar dan menjadi contoh  kepada guru lain.
                                
5.      RUMUSAN

            Secara keseluruhannya, peranan guru penolong kanan di sekolah sangat diperlukan oleh sekolah kerana guru penolong kanan mampu mengendalikan pentadbiran dan mengajar pada masa yang sama. Guru penolong kanan merupakan orang yang penting di sekolah selepas guru besar. Tugas-tugas yang diberikan kepada guru penolong kanan juga meliputi segala hal di sekolah. tugas – tugas itu di agihkan kepada guru penolong kanan yang ada. Hal pentadbiran dan kurikulim di tugaskan kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum. Bagi hal ehwal berkaitan dengan murid, misalnya kemasukan murid baru dan murid yang hendak berpindah akan di kendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan aktiviti kokurikulum, sukan seperti program yang baru diperkenalkan iaitu satu sukan satu murid dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Di dalam laporan ini, kita hanya membincangkan tentang Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sahaja.

             Bagi Guru Penolong Kanan Kurikulum, beliau merupakan orang kedua dalam pentadbiran sekolah. Beliau akan memastikan kurikulum berjalan dengan lancar. Beliau juga membantu guru besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pandangan guru terhadap kejelasan tugas beliau juga tentang tanggungjawab mengendalikan guru-guru dan kakitangan di bawahnya. Beliau juga mampu menyesaikan masalah yang berbangkit. Sebagai guru pakar mengajar pula, Guru Penolong Kanan Kurikulum mempunyai prestasi yang baik untuk dilantik sebagai penolong kanan. Beliau juga menjadi pakar rujuk kepada guru-guru yang lain.  Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula, beliau menguruskan hal pentadbiran semasa ketiadaan guru besar. Pandangan guru tentang kejelasan peranan  Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang ditemubual, tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkait rapat dengan pengurusan murid, kebajikan murid dan displin murid. Sebagai seorang guru pakar dalam mengajar juga, beliau menjadi pakar rujuk oleh guru-guru melalui pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam matapelajaran yang beliau ada. Kesimpulannya, tugas yang diberikan kepada penolong kanan selari dengan pandangan guru-guru terhadap peranan dikalangan guru penolong kanan dan persepsi guru terhadap peranan guru penolang kanan sebagai guru pakar mengajar adalah sewajar dengan prasyarat yang diberikan untuk pelaktikan sebagai seorang guru penolong kanan.

New Semester Has Begin

Ahad ni stat kelas tuk sem baru... 
Sedar tak sedar da 3 sem kan...
Bermakne da hampir setahun...
Wah!!!
Cepat nya masa berlalu....
New semangat!!!
Nak siapkan asignment cepat.!!
weee...
Past tu nk pergi sabah,,,
Cant wait...nnti nak update asignment sem lepas... hopes... ramai viewer nanti....weeee~~