Thursday, June 13, 2013

Just Give me a reason by pink n nate


Suka suara Nate Ruess



Right from the startYou were a thiefYou stole my heartAnd I your willing victimI let you see the parts of meThat weren't all that prettyAnd with every touch you fixed themNow you've been talking in your sleep, oh, ohThings you never say to me, oh, ohTell me that you've had enoughOf our love, our loveJust give me a reasonJust a little bit's enoughJust a second we're not broken just bentAnd we can learn to love againIt's in the starsIt's been written in the scars on our heartsWe're not broken just bentAnd we can learn to love againI'm sorry I don't understandWhere all of this is coming fromI thought that we were fine(Oh, we had everything)Your head is running wild againMy dear we still have everythin'And it's all in your mind(Yeah, but this is happenin')You've been havin' real bad dreams, oh, ohYou used to lie so close to me, oh, ohThere's nothing more than empty sheetsBetween our love, our loveOh, our love, our loveJust give me a reasonJust a little bit's enoughJust a second we're not broken just bentAnd we can learn to love againI never stoppedYou're still written in the scars on my heartYou're not broken just bentAnd we can learn to love againOh, tear ducts and rustI'll fix it for usWe're collecting dustBut our love's enoughYou're holding it inYou're pouring a drinkNo nothing is as bad as it seemsWe'll come cleanJust give me a reasonJust a little bit's enoughJust a second we're not broken just bentAnd we can learn to love againIt's in the starsIt's been written in the scars on our heartsThat we're not broken just bentAnd we can learn to love againJust give me a reasonJust a little bit's enoughJust a second we're not broken just bentAnd we can learn to love againIt's in the starsIt's been written in the scars on our heartsThat we're not broken just bentAnd we can learn to love againOh, we can learn to love againOh, we can learn to love againOh, oh, that we're not broken just bentAnd we can learn to love again




Wednesday, June 12, 2013

nama-nama ibu negara di dunia

Afghanistan - Kabul
Madagascar - Antananarivo
Albania - Tirane
Malawi - Lilongwe
Algeria - Algiers
Malaysia - Kuala Lumpur
Argentina - Buenos Aires
Maldives - Male
Australia - Canberra
Mauritius - Port Louis
Austria - Vienna
Mexico - Mexico City
Azerbaijan - Baku
Monaco - Monaco
The Bahamas - Nassau
Mongolia - Ulaanbaatar
Bahrain - Manama
Morocco - Rabat
Bangladesh - Dhaka
Mozambique - Maputo
Belgium - Brussels
Myanmar (Burma) - Rangoon (Yangon);
Bosnia and Herzegovina - Sarajevo
Namibia - Windhoek
Botswana - Gaborone
Nepal - Kathmandu
Brazil - Brasilia
Netherlands - Amsterdam;
Brunei - Bandar Seri Begawan
New Zealand - Wellington
Bulgaria - Sofia
Nicaragua - Managua
Cambodia - Phnom Penh
Nigeria - Abuja
Cameroon - Yaounde
Norway - Oslo
Canada - Ottawa
Oman - Muscat
Chile - Santiago
Pakistan - Islamabad
China - Beijing
Panama - Panama City
Colombia - Bogota
Papua New Guinea - Port Moresby
Costa Rica - San Jose
Paraguay - Asuncion
Croatia - Zagreb
Peru - Lima
Cuba - Havana
Philippines - Manila
Czech Republic - Prague
Poland - Warsaw
Denmark - Copenhagen
Portugal - Lisbon
East Timor - Dili
Qatar - Doha
Ecuador - Quito
Romania - Bucharest
Egypt - Cairo
Russia - Moscow
Ethiopia - Addis Ababa
Saudi Arabia - Riyadh
Fiji - Suva
Senegal - Dakar
Finland - Helsinki
Serbia - Belgrade
France - Paris
Seychelles - Victoria
Germany - Berlin
Singapore - Singapore
Ghana - Accra
Slovakia - Bratislava
Greece - Athens
Slovenia - Ljubljana
Guatemala - Guatemala City
Somalia - Mogadishu
Hungary - Budapest
South Africa - Pretoria (administrative); Cape Town (legislative); 
Iceland - Reykjavik
Spain - Madrid
India - New Delhi
Sri Lanka - Colombo; Sri Jayewardenepura Kotte (legislative)
Indonesia - Jakarta
Sudan - Khartoum
Iran - Tehran
Swaziland - Mbabana
Iraq - Baghdad
Sweden - Stockholm
Ireland - Dublin
Switzerland - Bern
Israel - Jerusalem
Syria - Damascus
Italy - Rome
Tajikistan - Dushanbe
Jamaica - Kingston
Tanzania - Dar es Salaam; Dodoma (legislative)
Japan - Tokyo
Thailand - Bangkok
Jordan - Amman
Togo - Lome
Kazakhstan - Astana
Tonga - Nuku'alofa
Kenya - Nairobi
Trinidad and Tobago - Port-of-Spain
Korea, North - Pyongyang
Tunisia - Tunis
Korea, South - Seoul
Turkey - Ankara
Kuwait - Kuwait City
Turkmenistan - Ashgabat
Kyrgyzstan - Bishkek
Tuvalu - Vaiaku village, Funafuti province
Laos - Vientiane
Uganda - Kampala
Lebanon - Beirut
Ukraine - Kyiv
Libya - Tripoli
United Arab Emirates - Abu Dhabi

United Kingdom - London

United States - Washington D.C.

Uruguay - Montevideo

Uzbekistan - Tashkent

Vatican City (Holy See) - Vatican City

Venezuela - Caracas

Vietnam - Hanoi

Yemen - Sanaa

Zambia - Lusaka

Zimbabwe - Harar

PERANAN UTAMA DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

1.0       PENGENALAN
            Di dalam sesebuah sekolah, pelajar merupakan 'pelanggan' kepada guru-guru. Sebagai seorang 'pelanggan' mereka harus di jaga dan dilayan dengan baik. Keperluan mereka perlu didahulukan.  Pengetua sebagai ketua di dalam sesebuah sekolah akan dibantu oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan pelajar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Beliau bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan pelajar dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar. Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar tidak terhad kepada disiplin sahaja tetapi merangkumi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, perkhidmatan kesihatan sekolah, pengurusan biasiswa sekolah, skim pinjaman buku teks, asrama (jika ada), kantin dan kebajikan pelajaran. Beliau juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran sekolah semasa ketiadaan guru dan perlu mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran tertentu.
            Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam bidang perhubungan manusia kerana beliau perlu berkomunikasi secara efektif dengan pelajar dan juga ibu bapa dan penjaga. Beliau juga perlu memiliki gaya berfikir yang kreatif dan kritis dalam menjalankan tugas dan menyelesaikan masalah hal ehwal pelajar yang menjadi tanggungjawab kepada beliau. Selain itu juga beliau perlu membantu dalam perkembangan diri pelajar supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif  dalam memupuk potensi dan kebolehan diri ke tahap yang maksimum. Peranan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar adalah sangat diperlukan di sesebuah sekolah dalam melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pelajar.

2.0       METHODOLOGI
Dalam laporan yang disediakan ini, sebuah sekolah rendah di Negeri Selangor telah dipilih untuk dikaji peranan utama dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam menjaga Hal Ehwal Murid dalam sesebuah sekolah. Selain itu, membincangkan persamaan dan perbezaan tugas dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seperti yang telah digariskan di topik 1 dalam modul kursus HBEM 2401. Dalam laporan ini juga di sertakan dengan penilaian terhadap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid oleh guru yang membantu menjalankan tugas-tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan. Nama Sekolah dan nama - nama guru yang terlibat adalah dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. Saya telah memilih Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan seorang guru yang merupakan setiausaha kepada unit Hal Ehwal Murid. Pemilihan kedua-kedua penolong kanan dan guru setiausaha unit Hal Ehwal Murid adalah tepat dengan kajian yang dijalankan ini.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membantu dalam mendapatkan maklumat tentang tugas-tugas beliau dengan lebih terperinci. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selama tiga tahun. Beliau juga pernah menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah sebelumnya. Beliau berkongsi maklumat tentang pengalaman beliau dan juga pengalaman beliau sebagai guru biasa yang pernah membantu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang sebelumnya. Seorang lagi guru yang telah saya pilih adalah seorang setiausaha bagi unit Hal Ehwal Murid. Beliau membantu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam segala hal yang berkaitan dengan tugas Hal Ehwal Murid. Beliau berkongsi maklumat tentang penilaian tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari segi perancangan dan tanggungjawab utama dalam Hal Ehwal Murid.
            Selain dari temu bual yang dijalankan  ke atas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan setiausaha beliau, saya juga diberi kebenaran untuk melihat Fail Meja Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, rekod mesyuarat unit Hal Ehwal Murid, buku panduan disiplin, buku pengurusan kantin, skim buku teks, fail kaunseling dan beberapa dokumen yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid. Dokumen ini saya jadikan panduan dan rujukan untuk menyempurnakan kajian ini. Bagi mendapatkan perbandingan yang dikehendaki, Modul Pengurusan Konflik Dalam Pentadbiran Pelajar, HBEM 2401 menjadi rujukan utama saya. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang dapat dilihat jika berpandukan Modul dan temu bual. Selain itu juga, saya telah membuat rujukan lain iaitu dari laman sesawang yang berkaitan. Kebanyakan dari laman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang di rujuk. Hasil kajian dan temu ramah saya di dalam laporan di bawah.

3.0       PERANAN UTAMA DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL       EHWAL MURID DAN PERBANDINGAN DENGAN YANG DIGARISKAN    DALAM TOPIK 1
            Peranan utama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab pentadbiran semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau berhak membuat keputusan dan menandatangani dokumen bagi pihak Guru Besar. Beliau juga perlu mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran tertentu mengikut bidang pengkhususan beliau atau mengikut arahan Guru Besar dari masa ke masa. Selain dari itu, beliau bertanggungjawab terhadap Guru Besar dalam soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. Beliau juga perlu memastikan keselamatan murid adalah terjamin semasa berada di kawasan sekolah dan mengikut prosedur dan peraturan. Kebajikan murid, skim pinjaman buku teks dan hal kantin sekolah perlu diuruskan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal murid. Selain itu, beliau juga berperanan membantu Guru Besar menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru dan membantu memastikan perancangan dan pengurusan berjalan dengan lancar. Peranan dan tanggungjawab ini mempunyai persamaan dan perbezaan dengan yang telah digariskan di topik satu. Persamaan dan perbezaan ini akan dibincangkan di bawah.
            3.1       JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID
            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berperanan untuk mewujudkan satu jawatan kuasa induk Hal Ehwal Murid yang dipengerusikan oleh Guru Besar dan beliau menjadi naib pengerusi pertama. Tanggungjawab beliau dari segi pentadbiran hal ehwal murid adalah menyemak buku kehadiran murid bagi memastikan butirannya di kemas kini, menguruskan kemasukan dan pertukaran murid antara sekolah dengan mengisi borang yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau juga perlu menguruskan sijil-sijil murid dan mengedarkan sijil berhenti sekolah murid. Beliau juga  bertanggungjawab untuk membantu dalam merancang dan penyediaan takwim sekolah. Di dalam topik satu, tidak dinyatakan bahawa  beliau bertanggungjawab beliau untuk menyemak buku kehadiran murid  tetapi beliau adalah individu yang menguruskan pertukaran murid, menguruskan sijil-sijil murid dan mengedarkan sijil berhenti sekolah. Selain itu, di dalam topik satu tidak dinyatakan secara langsung tentang jawatankuasa induk hal ehwal murid. Hanya skop ini diletakkan di bawah tanggungjawab pengurusan hal ehwal murid. Oleh itu, terdapat persamaan dan perbezaan antara peranan sebenar dan yang terdapat di dalam topik satu.
.           3.2       LEMBAGA DISIPLIN DAN TATATERTIB
            Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam lembaga disiplin dan tatatertib adalah beliau bertanggungjawab untuk menerapkan amalan-amalan dan nilai murni di kalangan murid di sekolah. Sebagai contoh, murid perlu memberi salam kepada guru jika berselisih dengan guru. Beliau juga perlu memastikan semua murid mematuhi arahan dan undang-undang sekolah dan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan. Tindakan yang di ambil perlu mengikut peraturan  yang telah di gariskan. Bagi murid yang terlibat dalam salah laku peraturan, beliau perlu menyediakan rekod disiplin agar murid yang sama tidak melakukan kesalahan yang berulang. Satu laporan yang lengkap perlu dibuat mengenai perkara berkenaan dan dibentangkan kepada lembaga tatatertib sekolah. Selain itu, beliau salah seorang individu yang bertanggungjawab untuk melantik badan pengawas dan menjadi penyelaras badan tersebut. Perbandingan dengan topik satu dengan peranan dan tanggungjawab sebenar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah sama. Ini kerana lembaga disiplin dan tatatertib adalah antara tugas utama beliau dalam pengurusan hal ehwal murid tetapi dari segi perlantikan pengawas, beliau tidak mempunyai kuasa penuh untuk melantik pengawas. Keputusan perlantikan badan pengawas adalah di buat bersama oleh ahli lembaga disiplin sekolah.
            3.3       JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merupakan pengerusi kepada jawatankuasa bimbingan dan kaunseling sekolah. Sebagai pengerusi beliau berperanan merancang dan menyelaras program di bawah jawatankuasa bimbingan dan kaunseling. Beliau bertanggungjawab untuk menyediakan rekod murid yang menghadapi masalah dari segi pelajaran, sosial, keluarga, kesihatan dan kerjaya.  Beliau juga perlu bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling perlaksanaan khidmat bimbingan dan kaunseling.  Sebagai contoh, beliau telah mengenal pasti murid yang bermasalah dan menjadi tanggungjawab beliau untuk menguruskan perjumpaan murid berkenaan dengan unit bimbingan dan kaunseling. Selain itu, beliau juga perlu merancang dan melaksanakan program suai kenal kepada murid-murid baru terutama murid tahun satu. Oleh itu, peranan jawatan kuasa bimbingan dan kaunseling dan Penolong Kanan Hal Ehwal murid bukan sahaja untuk murid bermasalah tetapi juga murid yang baru. Perbandingan yang di buat antara peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang sebenar dan topik satu iaitu merancang dan menyelaras program adalah sama dengan peranan sebenar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Perbezaan di dalam topik satu adalah hanya menekankan tentang penyalahgunaan dadah tetapi peranan yang sebenar adalah lebih dari itu iaitu beliau perlu mengenal pasti murid yang bermasalah dan menguruskan perjumpaan dengan unit bimbingan dan kaunseling.
           

            3.4       KEBAJIKAN MURID
            Menjadi tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjaga kebajikan murid di sekolah. Ia selaras dengan peranan beliau menjaga hal ehwal murid iaitu beliau perlu mengambil tahu permasalahan murid, murid yang memerlukan bantuan dan yang ketinggalan dalam pelajaran. Kebajikan murid juga ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan seorang guru penyelaras bagi menyelaras segala hal kebajikan murid si sekolah. Oleh itu, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan murid. Terdapat persamaan peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang sebenar dan di dalam topik satu iaitu beliau perlu mendapatkan bantuan bagi menguruskan permasalahan murid jika beliau tidak dapat menyelesaikan nya di dalam kawasan sekolah.
            3.5       SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
            Menurut peruntukan baru kerajaan, semua murid adalah layak menerima pinjaman buku teks. Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah melantik penyelaras buku teks dari kalangan guru sekolah berserta ahli jawatan kuasanya untuk menguruskan segala hal penerimaan dan pengagihan buku teks. Beliau juga bertanggungjawab dalam penghapus kira buku-buku teks berkenaan.  Beliau perlu mengawal semua stok buku teks yang ada dan bilik skim pinjaman buku teks. Selain itu, beliau juga berperanan menyediakan anggaran belanjawan menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah. Dari segi skim pinjaman buku teks peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah sama dengan yang dinyatakan di topik satu. Ini kerana ia merupakan antara tanggungjawab utama beliau untuk menerima buku teks dari pengedar dan beliau juga perlu memastikan buku teks di cap, di rekod dalam stok dan juga di simpan dengan baik.
            3.6       KANTIN SEKOLAH
            Kantin adalah merupakan antara tempat yang penting di sekolah. Kantin adalah kawasan di mana murid bergaul dengan rakan dari kelas yang lain dan murid berehat menikmati makanan yang di jual mahupun yang di bawa dari rumah. Menjadi kewajipan kepada murid supaya tidak berada di dalam kelas sewaktu rehat. Menjadi tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah untuk memastikan makanan yang dijual di kantin adalah bersih, selamat dan terjamin. Peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang sebenar dan yang dinyatakan di topik adalah sama di mana beliau perlu memastikan pengusaha kantin mengikut panduan yang telah ditetapkan. Hal ini adalah supaya tidak berlaku hal yang tidak di inginkan seperti keracunan makanan terhadap guru dan murid-murid sekolah. Oleh itu pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar.
            3.7       RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN PROJEK SUSU                              SEKOLAH
            Rancangan makanan tambahan dan projek susu sekolah adalah untuk murid yang kurang berkemampuan. Menjadi tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengenal pasti murid yang kurang berkemampuan untuk di berikan rancangan makanan tambahan sebagai membantu meringankan keluarga supaya tidak perlu mengeluarkan wang belanja harian kepada murid. Di dalam topik satu tidak dinyatakan tentang peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam rancangan makanan tambahan dan projek susu sekolah tetapi ia merupakan salah satu peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah.
            3.8       PROGRAM BEBAS DENGGI
            Denggi merupakan suatu wabak yang serius. Oleh itu, satu jawatankuasa yang dikelola oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid diwujudkan bagi mencegah wabak ini di sekolah. Beliau bertanggungjawab untuk mengadakan kempen kesedaran kepada murid tentang bahawa bahayanya denggi. Beliau berperanan menghapuskan kawasan-kawasan yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dan seterusnya menjadikan sekolah bebas denggi. Di dalam topik satu tidak dinyatakan tugas ini. Peranan ini diwujudkan di sekolah kerana keadaan semasa sekolah. Sekolah ini terletak di kawasan bandar, oleh itu kebarangkalian terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tinggi. Oleh itu, program ini diwujudkan bagi mencegah dari terkena wabak ini.
            3.9       ASRAMA
            Di dalam topik satu ada dinyatakan peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam menguruskan kemasukan dan penempatan murid ke asrama. Di sekolah yang dikaji peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, merupakan sekolah rendah dan tidak mempunyai asrama. Oleh itu, perbandingan tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tidak dapat dibuat kerana ia tidak termasuk dalam tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan tetapi jika sekolah berkenaan mempunyai asrama ia merupakan antara tugas penting Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
            3.10     KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
            Kebersihan dan keceriaan adalah tanggungjawab bersama warga sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal murid berperanan memastikan sekolah berada dalam keadaan yang bersih dan ceria. Oleh itu, di wujudkan satu pertandingan kebersihan kelas bagi setiap minggu. Kelas yang terbersih akan diberi piala pusingan dan di akhir tahun akan dikira bilangan kemenangan dan diberikan ganjaran. Pertandingan ini di anjurkan oleh Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan yang dipertanggungjawabkan ke atas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Di dalam topik satu tidak dinyatakan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terhadap kebersihan dan keceriaan sekolah. Sebenarnya tugas ini adalah penting bagi memupuk budaya sekolah yang cintakan kebersihan. Sekolah yang bersih akan menjadikan pembelajaran lebih selesa.
            3.11     GURU BERTUGAS
            Setiap guru diberi kumpulan bertugas mingguan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah bertanggungjawab memastikan guru-guru menjalankan tugas. Beliau juga perlu menerima laporan mingguan daripada guru-guru yang bertugas. Satu program yang dijalankan di sekolah adalah program guru penyayang. Guru yang bertugas pada minggu berkenaan perlu menunggu kedatangan murid di pagar hadapan sekolah dan menyambut kedatangan murid sebagai tanda penghargaan murid hadir ke sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mengetuai guru-guru menyambut kedatangan murid. Tugas ini di
4.0       PENILAIAN TERHADAP PRESTASI PENOLONG KANAN HAL EHWAL         MURID
            Peranan dan tanggungjawab seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah besar. Beliau diumpamakan sebagai baby sitter murid di sekolah. Segala hal kemasukan murid, perpindahan murid, permasalahan murid, pembelajaran dan pembelajaran murid di uruskan oleh beliau. Beliau juga terlibat dalam pentadbiran sekolah dan mengajar beberapa waktu yang ditetapkan. Menurut temu bual yang dijalankan terhadap setiausaha beliau mendapati bahawa untuk menjadi seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mestilah seorang yang mempunyai semangat kerja yang tinggi dan minat akan profesion ini. Ini kerana segala hal ehwal murid diletakkan di bahu beliau. Dari segi perancangan, beliau telah memilih jawatankuasa induk hal ehwal murid untuk membantu beliau dalam hal pentadbiran hal ehwal murid. Beliau telah menjalankan mesyuarat bersama Guru Besar, Penolong Kanan yang lain yang juga naib pengerusi bersama jawatankuasa induk hal ehwal murid berserta semua barisan jawatankuasa yang telah dilantik. Di dalam mesyuarat berkenaan beliau telah membentangkan perancangan yang dibuat untuk tahun berkenaan. Segala aktiviti telah dirancang dengan teliti bagi memperbaiki disiplin dan pengurusan di tahun sebelumnya. Beliau juga meminta pandangan tentang perancangan yang telah dibuat supaya beliau dapat memperbaikinya agar semuanya berjalan dengan lancar.
            Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebagai naib pengerusi lembaga disiplin sekolah yang juga individu yang bertanggungjawab terhadap perlantikan badan pengawas sekolah dilihat sebagai individu yang tepat kerana beliau menguruskan semua hal ehwal murid. Sebelum perlantikan pengawas dijalankan, jawatankuasa lembaga disiplin dibentuk. Guru disiplin dan guru pengawas dilantik. Beliau bersama-sama jawatankuasa berbincang untuk meningkatkan tahap disiplin di sekolah. Beliau juga memberikan garis panduan kepada guru pengawas semasa perlantikan pengawas supaya pengawas yang dilantik benar-benar layak memimpin. Beliau juga terlibat secara langsung semasa perlantikan pengawas dibuat dengan beliau adalah salah seorang panel pemilih badan pengawas. Beliau dilihat begitu komited dalam pemilihan badan pengawas kerana ini akan mencerminkan budaya dan iklim sekolah. Sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga tegas dalam permasalahan disiplin murid tetapi di dalam ketegasan beliau tetap mempunyai kelembutan di dalam menjalankan tugas-tugas beliau. Ini dilihat semasa beliau mengarahkan jawatankuasa beliau menjalankan tugas, beliau mengambil kira sebagai guru mempunyai tugas-tugas mengajar. Beliau memberikan tempoh masa kepada jawatankuasa beliau untuk menyiapkan tugas.
            Selain itu, peranan beliau sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap skim buku teks juga dilihat beliau memastikan bekalan buku teks mencukupi berdasarkan jumpa murid. Beliau juga memastikan semua murid mendapat buku teks yang baik dan memulangkannya dalam keadaan yang baik juga. Beliau cepat bertindak jika kekurangan buku dilaporkan. Ini adalah kerana beliau tidak mahu murid tercicir dalam pelajaran hanya kerana kekurangan buku teks. Oleh itu, penilaian positif diberikan oleh responden terhadap peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah. Peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah besar kerana beliau merupakan penggerak nadi sekolah iaitu core business (murid) sekolah adalah di bawah pengawasan beliau.


5.0       KESIMPULAN
            Secara keseluruhannya, kajian yang telah di jalankan ke atas pengurusan hal ehwal murid di sekolah dapat mengkaji peranan dan tanggungjawab individu yang bertanggungjawab terhadap pengurusan murid iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tidak terhad kepada pentadbiran sahaja. Sebagai seorang guru beliau perlu mengajar beberapa waktu seminggu. Peranan utama beliau adalah menjalankan segala tugas pentadbiran semasa ketiadaan Guru Besar,  bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. Beliau berperanan memastikan keselamatan murid, skim pinjaman buku teks dan merancang pengurusan sekolah. Beliau menjadi naib pengerusi jawatankuasa induk hal ehwal murid. Jawatankuasa ini berperanan menguruskan hal kemasukan dan murid bertukar sekolah. Selain itu, peranan beliau juga di lembaga disiplin dan tatatertib, bimbingan dan kaunseling, kebajikan murid, pengurusan kantin, skim pinjaman buku teks, rancangan makanan tambahan, program bebas denggi, keselamatan sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah  dan guru bertugas.
            Perbandingan dilakukan antara peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang sebenar dengan yang telah digariskan di dalam topik satu modul Pengurusan Konflik dalam Pentadbiran Pelajar. Peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tidak banyak bezanya. Cuma terdapat perbezaan apabila di dalam topik satu menggariskan peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di asrama, program bebas denggi, kebersihan dan keceriaan dan guru bertugas. Bagi asrama, sekolah  yang dijalankan kajian ini tidak yang mempunyai asrama. bagi program bebas denggi, kebersihan dan keceriaan dan guru bertugas pula, ia lebih detail di sekolah berbanding di dalam buku. Ia merupakan keperluan semasa sekolah. Penilaian yang telah dibuat memberikan bukti bahawa peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah besar dan menjalankan core business sekolah yang utama. Oleh itu,  keseluruhannya peranan dan tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah sama perbezaan yang adalah bergantung kepada situasi dan keadaan keperluan tersebut sahaja.

6.0       RUJUKAN
Hassan Samad, Abd Aziz Jaafar ( Oktober 2011 ), Modul Conflict Management in Student Affair (HBEM 2403).
Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Temu ramah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Temu ramah Setiausaha Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid
Tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, capaian 20 Februari 2013 dari  http://sekolahkebangsaanararendang.blogspot.com/2011/08/tugas-penolong-kanan-hal-ehwal-murid.html.

Peranan (tugas) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Biasa Sebagai Guru Disiplin, capaian 19 Februari 2013 dari http://www.scribd.com/doc/18240009/Peranan-Penolong-Kanan-Hal-Ehwal-Murid.