Sunday, November 10, 2013

KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK


1. Keinginan untuk bergerak.


Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Waktu yang digemari oleh mereka ialah waktu Pendidikan Jasmani, waktu pulang dari sekolah dan waktu rehat bermula.

Contoh: Tolong guru angkat buku, ambil kapur di pejabat, mengedarkan buku dan kertas. Mereka suka membantu kerana dengan niat untuk berada luar dari kelas untuk bermain-main.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.

Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.

Contoh : Mahukan hadiah apabila mendapat markah yang tinggi atau hasil kerja seni yang ditampal dalam kelas. Mereka biasanya mahukan ganjaran pada setiap kejayaan yang dilakukan oleh mereka ini bagi mereka dapat menaikkan semangat mereka dalam meningkatkan lagi pembelajaran mereka.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.

Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.

Contoh : Dilantik untuk menjadi ketua kumpulan juga mereka inginkan mereka selalu diterima di kalangan kawan-kawan mereka jikalau tidak mereka akan merasa tertekan dan berperangai lebih-lebih untuk mendapatkan perhatian dari guru dan juga dikalangan masyarakat.

4. Keinginan untuk bersaing

Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.

Contoh: Menyiapkan latihan yang diberi dengan segera, ketika sukan diadakan mereka ingin memenangi pertandingan yang dipertandingkan seperti lumba lari. Didalam kelas mereka berusaha untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru untuk menunjukkan kemahiran yang ada di dalam diri mereka.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

Contoh: Menang dalam sesuatu pertandingan seperti lumba lari. Mereka juga ingin memcuba pelbagai aktiviti luar, seperti nasyid, drama dan sukan dengan itu mereka akan merasa hebat dan teruja dikalangan rakan-rakan mereka yang tidak mampu untuk berbuat demikian.

6. Keinginan untuk meneroka.

Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

Contoh: Amali solat dan mengambil wuduk di surau.Mereka juga suka mencuba benda yang baru untuk menguji kemahiran dan kepandaian yanga ada di dalam diri mereka seperti membuat ujikaji sains di makmal sains.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.

Contoh: Apabila mereka berjumpa dengan benda-benda yang baru mereka dapat menunjukkan pencapaian mereka yang kreatif melalui aktiviti penerokaan yang dilakukan oleh mereka seperti membuat origami, membuat layang-layang atau membuat objek dengan menggunakan tanah liat.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

Contoh: Gemar melakukan aktiviti-akktiviti yang baru untuk menunjukkan yang diri mereka hebat dan mampu berbuat demikian dengan idea mereka yang tersendiri. Tepuk tangan, bersorak sambil mengangkat tangan, berlari untuk ke kantin dan padang.tarian, bermain kompang.

9. Keinginan untuk kefahaman.

Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Contoh: Suka meneroka benda-benda yang baru dijumpai oleh mereka dengan membuat ujikaji sains di rumah sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak walaupun ibu bapa mereka sendiri.