Wednesday, January 23, 2013

untung buat baik dengan orang

Ahah..seperti biasa la saya  balik KL naik bas jam 830.. Tengah berborak dan mk dik, tetiba ada  sorang perempuan cina dtg kt  saya cakap nak pinjam telepon..sbb  telefon  die xblh guna sbbdie baru balik dari Korea..aku pun tak melepaskan peluang nk tanya..pergi bercuti ke..saya pun tumpang gembira orang la..hehe...die pun ucap terima kasih..dan terus menuju ke beg nye...tak lama dia datang semula dan bagi coklat n...hehe

Thursday, January 17, 2013

Saya Mintak Maaf

Saya tengok ramai lak viewer saya lately ni... Ramai jugak yang baca pasal "menjentik telinga harimau lapar" Jika orang yang berkenaan baca, saya mintak maaf...Saya memang sangat sakit hati dengan penghinaan terhadap keluarga saya. Kami tahu kami serba kekurangan, tapi tak bermakna kamu boleh buat apa saja terhadap kami...saya mintak maaf sekali lagi...

Saya

Wednesday, January 16, 2013

150 juta

Saya suka lagu ni... comel... tgh duk nak hafal...hehe...
lets together..


Lirik nye...


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Tuesday, January 8, 2013

Mi+Mi

Mi+Mi ? Sape pulak Mi+Mi ni kan?
Ramai kawan-kawan BBM saya pelik dengan nama ini...
Sebenarnya tetiba saja dapat ilham nak tukar nama..
Bukan sebab apa-apa pun.. tp mungkin BBM member semua da tao nama saya.. 
So tak perlula nk letak nama sebenar kan...
Pencetus nama ni MR A...
Sape MR A ni?
Dia ni member... Yang suka gosip kan saya dengan Mi ni...
Tapi dia da lama tak sebut pasal name Mi ni..
Saya pun happy saja bila tak di Gosip Sudah...
Tengah boring2.. tiba-tiba.. nak tukar nama BBM la...
Saya pun letak la Mie...
Dalam hati ada taman kot...;)
Tapi saya tak mengharap apa2 pun...
Nama ni sekadar suka-suka..
Bila Mi ni kawen, saya tukarla nama ni...
Biarla ia terus menjadi rahsia hati saya
Lagu yang sesuai untuk tema ceritera Mi+Mi adalah...
Lagu terukir dibintang...
Semperna lagu ni menang Juara Lagu Yang Ke 27...
Dan lagu ini juga menjadi kesukaan....

Mempersembahkan...


3
2
1
....



Monday, January 7, 2013

Meluat dengan Mr Busy

Pelik kan? Jumaat lepas saya beria-ria mengarang message nak BBM kat Mr Busy, tp bila Mr Busy reply BBM tu, saya terus rasa meluat, menyampah dan semua rasa dan perasaan keluar.. Kenapa ye... Terus sampai sekarang saya tak reply BBM dia.. Dia pun da tak de BBM saya. Its ok la.. Mungkin persahabatan kami terhenti di situ. Bukan niat saya nak memusuhi sesiapa tetapi......perasaan tu tetiba hadir...Dalam BBM dia yang terakhir, dia kata, saya tak salah apa-apa tak perlu mintak maaf.. Ye mmg saya tak salah langsung.. Dia yang menipu saya dulu. Tapi tak pe la... Pengajaran buat saya supaya jangan terlalu percaya orang yang tetiba baik dengan kita.. Ukur la baju pada badan sendiri.. Dia kawan dengan saya bukan berniat baik pun.. Jadi tak salah saya melarikan diri dari dia.. Bukan memusuhi cuma menjauhi... Bezakan ? hehe...  Saya happy dengan apa yang saya buat sekarang ni.. Klau nak jadi kawan saya, Supportla apa yang saya buat. Bukan menghalang saya sedangkan apa yang saya buat adalah benda yang baik. Dia langsung x support saya sambung belajar. Suruh saya behenti lagi ada. Dia da tao saya nak exam, tapi hantar saya lewat malam. Jahat la namanya tuh... OK lah...

Saya

Friday, January 4, 2013

Blog Tempat Meluahkan Tp....Saya Malu

Ingin sekali saya menceritakan apa saja yang berlaku pada saya di sini.. Tapi saya lebih suka bercerita pada diri sendiri. Saya pernah menjadi seorang yang suka berkongsi segala nya dengan kawan. tapi bila dia pangkah saya, saya da jadi tak selesa. Begitu jugak kalau kenalan atau ahli keluarga baca blog ini.. Sure2 diorang akan pangkah saya. Dan saya berasa malu. Orang yang serba kekurangan macam saya ni sudah tentu nya akan cerita kan apa saja walaupun ianya kecil..kn...
Apa yang berlaku pada saya hari ni memang karma untuk saya.. Tapi ia mendewasakan saya..Macam - macam perkara yang berlaku. Orang lain tidak menjalani hidup seperti saya. bahgia dan senang saja. 
Ya Allah.. Adakah pertemuan saya dan Mr busy adalah untuk mengubah hidup saya sekerluarga..Saya takut mengambil risiko...
Istikarah saya da buat... Saya rasa lebih tenang bila saya tidak bagi jawapan apa2.. Mungkin jawapannya tidak kn...
Bila Mr Busy tanya lagi, aku da jadi serba salah lagi.. Walau Saya sudah ada jawapanya...
Karma atau apakah ini? hadeh...
Saya sudah msg mr busy dan menyatakan kemaafan saya... tanpa sebarang jawapan..

Mr. Busy...
saya mintak maaf pasal hal tu..bukan saya sengaja xbg jawapan.. tapi saya ingatkan bila saya tak bagi jawapan,awak da tao jawapannya. saya memang berminat.. tp ada afew comitment yang ada.. n jgk a few thing kenapa tetiba saya ubah fikiran yang saya tak boleh bgtao... saya mintak maaf yek.. happy jadi member awak...nite

saya tak kesal kehilangan kawan yang baik macam dia sebab dia berkawan dengan saya bersebab. Walaupun begitu saya sangat gembira untuk waktu yang seketika ini...

Terima Kasih Ya ALLaH 
Kau Bagi Ku Peluang Untuk Gembira Walau seketika...
Bersyukur Atas nikmat MU
Segala dugaan MU pasti ada hikmah di sebaliknya...

Alhamdulillah...

saya

Wednesday, January 2, 2013

Bila Mak Berbunyi... "Bila nak Kawin?"

1st januari memang aku akan ada dengan mak sebab itu la hari jadi mak.. Kalau nak ikutkan tarikh yang betul, bukan 1.Januari. Tapi biasala org dulu-dulu... Lagi hebat dari sekarang. Beberapa orang adik beradik mak tarikh yang sama dengan mak. Hebat x atok saya? haha...Macam biasala celebrate birthday mak.Tapi kali ni kat kuantan.. Tinggalkan cerita birthday mak. 

Tetiba lately ni mak tanya "bila Nak KAWEN?" 
'ha?' Itu je yang mampu aku jawab
Bila mak tahu semua kawan2 aku duk kawen, dia pun naik risau.
Hadeh.
Macam tu pulak ek..
aku cakap la, xde orang nk aku..
Mak kata, cari la....
pening la..
Mana nak cari?
weng weng.... Aku kebingungan..
Ada ke orang nk kat aku..
Kalau aku cantek boleh gak mengorat2..
Ni xde...
Tapi best nye dengar  cerita kawen LALA..
Kan bes kalau aku begitu...
Tapi berangan je la
xdenye lelaki yang sanggup buat begitu untuk aku...
TOLONG SAYA!!!!!!


saya

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Inilah asignment terbaik dari aku...
29/30... alhamdulillah..:D


1.0       PENGENALAN
            1.1       PENDAHULUAN   
            Pada tahun 2011, bermulanya era baru dalam pentaksiran prestasi murid sekolah rendah di Malaysia. Ini kerana Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan secara rasmi di semua sekolah rendah yang melibatkan semua murid tahun 1 pada tahun berkenaan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu murid dinilai dari aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”.
Pelaksanaan PBS dalam UPSR mulai Tahun 2016 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan 40 peratus Berdasarkan Peperiksaan. Pengurangan peperiksaan akan memberi peluang guru dan murid memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran dan kreativiti. Kementrian Pelajaran Malaysia membangunkan sistem pengurusan pentaksiran PBS bagi komponen akdemik dan bukan akademik. Ia digunakan oleh kepimpinan di sekolah untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta melaporkannya apabila diperlukan. SPPBS juga dibangunkan dengan persekitaran teknologi web-based. Semua kepimpinan yang terlibat bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan.
            1.2       METHODOLOGI
Dalam laporan yang disediakan ini, sebuah sekolah rendah di Selangor telah dipilih untuk dikaji peranan kepimpinan di sekolah  dalam melaksanakan penilaian berasaskan sekolah ( PBS ), ciri-ciri utama PBS yang dijalankan di sekolah dan responden terhadap barisan kepimpinan sekolah berkaitan dengan penilaian berasaskan sekolah ( PBS ). Nama sekolah dan nama-nama guru dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. Saya telah memilih seorang Guru Penolong Kanan Kurikulum dan seorang Guru Tahun 1. Pemilihan Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai responden adalah kerana beliau bertanggungjawab untuk membantu Guru Besar mengatur perjalanan kurikulum di sekolah. Pemilihan Guru Tahun 1 pula adalah kerana beliau sudah menjalankan KSSR pada tahun 2011. Jadi, beliau sudah berpengalaman selama satu tahun dan mengetahui arus penilaian berasaskan sekolah. Maka, pemilihan guru-guru berkenaan boleh dikatakan tepat kerana mereka terlibat secara langsung dalam Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) ini. Temu bual dilakukan secara Soalan dan jawapan.
Selain dari temu bual yang di jalankan, saya juga diberi kebenaran untuk melihat sendiri fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah berkenaan dan Fail Peribadi Murid. Saya juga ada mendapatkan maklumat tambahan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dan laman sesawang yang lain juga banyak membantu mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Hasil temu bual di dalam laporan di bawah.

2.0       CIRI-CIRI UTAMA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
            2.1       HOLISTIK
Penilaian berasaskan sekolah adalah holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran murid. Pada peringkat perancangan, guru memilih standard kurikulum yang akan diajar kepada murid yang terlibat. Guru juga merancang pengajaran dan pembelajaran yang diajar dan juga menyediakan kaedah pentaksiran. Semasa peringkat pelaksanaan guru juga bertanggungjawab melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran. Standard prestasi diperkenalkan untuk melihat perkembangan serta pencapaian prestasi seseorang murid berkenaan. Standard prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah adalah mengikut Band (Band 1 hingga Band 6). Oleh itu, dalam pemantauan guru dapat mengetahui apa yang akan dapat dicapai dalam pendidikan murid, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.
            2.2       FLEKSIBEL
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah fleksibel kerana pentaksiran adalah pelbagai dan ia mengikut kesesuaian dan kesediaan seseorang murid tersebut. Pada permulaan guru akan merancang apa yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan seterusnya menyampaikan kandungan menggunakan pelbagai strategi dan mengikut kreativiti guru. Guru akan mentaksir pemahaman murid setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru boleh menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian sama ada secara formal atau tidak formal. Sebagai contoh guru menggunakan kaedah pemerhatian dengan menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Dengan itu, guru boleh merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid sama ada dalam bentuk produk, proses atau diri murid.            Ia terbukti Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah fleksibel.
2.3       MERUJUK STANDARD
Pentaksiran Berasaskan Sekolah menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pelajaran dan pencapaian prestasi seseorang murid itu. Ia merupakan satu proses mendapatkan maklumat sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang telah dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan. Kerangka Standard Prestasi diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu dari band 1 hingga band 6 dan disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan terperinci. Selain itu, di dalam Kerangka Dokumen Standard Prestasi terdapat penyataan standard, deskriptor dan evidens. Penyataan standard merupakan penerangan umum tentang tahap kemajuan pembelajaran dengan merujuk objektif mata pelajaran. Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran dan evidens merujuk kepada bahan atau bukti yang ditunjukkan oleh murid dapat melaksanakan sesuatu tugasan. Oleh itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merujuk standard yang telah ditetapkan dalam standard prestasi berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.4       SEIMBANG
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah seimbang kerana ia mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Dari segi akademik terdapat pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat di mana pentaksiran sekolah dilaksanakan secara formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran sumatif pula dijalankan pada akhir bab pembelajaran, semester atau hujung tahun. Bagi pentaksiran pusat pula, pentaksiran dijalankan, ditadbir, diperiksa, di rekod dan di lapor, di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan.
Bagi bukan akademik pula, pentaksiran melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, suka dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum. Selain itu juga bagi bukan akademik juga adalah mengukur kebolehan, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid di ukur di peringkat sekolah atau di pusat. Oleh itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah seimbang kerana ia di kira dari segi akademik dan bukan akademik. Kecenderungan murid akan dapat dikesan dari pentaksiran yang dibuat.

3.0       PERANAN KEPIMPINAN UTAMA SEKOLAH DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
            3.1       MENGAMBIL INISIATIF
Pada penghujung tahun 2010 Guru Besar dan barisan kepimpinan sekolah mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah. Melalui mesyuarat ini pihak kepimpinan mengambil inisiatif dengan mengadakan mesyuarat kali pertama dengan semua guru – guru bagi memaklumkan dan menetapkan hala tuju, matlamat dan menyediakan jadual aktiviti  sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah yang akan dilaksanakan. Bagi guru yang terlibat telah pun diberi taklimat di peringkat daerah pun begitu latihan dalaman diadakan bagi membolehkan semua guru-guru sekolah memahami dengan lebih jelas akan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia akan melibatkan ramai guru mata pelajaran.  Inisiatif yang di ambil adalah barisan kepimpinan membahagikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada sub topik yang lebih kecil iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik dan ia di bentangkan oleh guru yang telah menghadiri kursus kepada guru-guru yang lain. Setelah itu, satu majlis di aturkan untuk memberi taklimat diberikan kepada ibu bapa murid tahun satu yang bakal terlibat. Penerangan ini penting untuk ibu bapa memahami konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan dijalankan supaya tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem yang diperkenalkan ini. Oleh itu, semua guru-guru dan ibu bapa yang terlibat faham akan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah  (SPPBS) ini.

            3.2       MEMBINA PASUKAN
Guru Besar sebagai seorang ketua kepimpinan di sekolah membina jawatankuasa PBS di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh beliau sendiri. Naib pengerusi pula, semua guru penolong kanan di sekolah dan setiausaha adalah setiausaha peperiksaan sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik adalah terdiri daripada ketua panitia di bahagian latihan, penyelarasan, pementoran, pemantauan, Petaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat. Selain dari itu, ahli jawatankuasa juga adalah terdiri daripada guru cemerlang, guru bimbingan dan kaunseling. Pasukan ini adalah untuk memastikan PBS yang dijalankan di sekolah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Guru Besar perlu mengadakan empat kali mesyuarat setahun.  Selepas penetapan hala tuju pada mesyuarat pertama, mesyuarat kedua adalah untuk  kajian suku tahun pertama. Begitu juga dengan mesyuarat kali ketiga adalah untuk kajian suku tahun kedua. Bagi mesyuarat kali keempat, Guru Besar akan mengadakan post mortem pelaksanaan. Di Mesyuarat ini, guru-guru perlu membentangkan pengoperasian yang telah dijalankan adakah ia telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peranan Guru Besar adalah menegur dan  memperbaiki jika terdapat kekurangan yang telah berlaku semasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah dijalankan. Oleh itu, membina pasukan adalah penting dalam memainkan peranan Guru Besar sebagai ketua kepimpinan di sekolah.
3.3       MEMBUAT KEPUTUSAN
Sesuatu keputusan di buat melalui mesyuarat yang mana ia dibincangkan oleh ahli jawatankuasa dan guru besar bersama barisan kepimpinan membuat keputusan yang terbaik. PBS memerlukan satu jawatankuasa yang kuat dan berani membuat keputusan. Sebagai ketua kepimpinan di sekolah guru besar merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memutuskan keputusan bagi penilaian berasaskan sekolah. Selepas guru menilai murid sepanjang tahun, barisan kepimpinan dan jawatan kuasa akan membuat keputusan tentang prestasi murid-murid. Apabila ada kekurangan dalam prestasi murid barisan kepimpinan akan mencari jalan untuk menambah baik agar target dapat dicapai. Oleh itu, keputusan mesti di buat barisan kepimpinan supaya segala permasalahan dapat di selesaikan.
3.4       MENYELESAIKAN MASALAH
Setiap perkara yang baru dilaksanakan pasti ada kelemahan dan kekurangan. Ia menjadi tanggungjawab guru besar untuk menyelesaikannya. Semasa penilaian dijalankan guru akan berjumpa dengan kesulitan. Oleh itu, semasa mesyuarat guru besar akan meminta setiap guru yang terlibat untuk memaklumkan masalah yang timbul. Guru besar akan membantu guru untuk menyelesaikan masalah. Setiap ahli jawatankuasa PBS bertanggungjawab atas yang dilaksanakan. Oleh itu, setiap permasalahan mesti dilaporkan kepada guru besar supaya beliau dapat menyelesaikannya. Selain dari itu, dari semasa ke semasa guru besar perlu memantau untuk memastikan segala permasalahan telah diselesaikan.
4.0       PENILAIAN RESPONDEN TERHADAP KEPIMPINAN UTAMA SEKOLAH
4.1       MENGAMBIL INISIATIF
Dalam pengurusan PBS, Guru Besar telah mengambil inisiatif untuk memanggil semua guru untuk diberi taklimat walaupun guru tersebut tidak terlibat secara langsung dalam PBS. Ini adalah inisiatif yang di ambil oleh guru besar untuk membudayakan PBS di sekolah dan jika guru yang terlibat bercuti panjang atau bertukar, guru lain boleh mengambil alih tugas terbabit. Ia tidak akan menjadi masalah jika semua guru telah mengetahui akan PBS yang dijalankan. Guru Besar juga mengambil inisiatif untuk memberi sendiri penerangan kepada ibu bapa supaya tiada kekeliruan supaya tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem yang baru diperkenalkan di sekolah bagi tahun 1.
4.2       MEMBINA PASUKAN
Guru Besar membina jawatan kuasa untuk PBS dengan baik sekali. Guru Besar mengetahui dan di bantu oleh semua Penolong Kanan beliau dan guru-guru menjadi jawatan kuasa nya. Pasukan ini di bina pembahagian tugas kepada guru-guru darjah dan mata pelajaran. Guru Besar memberi penerangan terperinci kepada setiap jawatankuasa agar perjalanan PBS berjalan dengan baik. Guru Besar mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan setiap jawatan kuasa yang dilantik. Oleh itu, Guru Besar dan barisan kepimpinan dilihat begitu komited dengan jawatan kuasa yang di bina.
4.3       MEMBUAT KEPUTUSAN
Responden melihat Guru Besar bijak membuat keputusan dari segi pemilihan jawatankuasa, cara mengendalikan ibu bapa dan apa jua persoalan yang timbul. Jika ada sesuatu perkara tidak diketahui oleh beliau, beliau lebih senang bertanyakan sendiri kepada yang lebih arif dengan perkara berkenaan. Guru Besar akan berbincang dahulu dengan barisan kepimpinan sebelum membuat keputusan. Oleh itu, responden memberikan respon yang positif terhadap keputusan yang dibuat dan menghormati keputusan barisan kepimpinan,
4.4       MENYELESAIKAN MASALAH
Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru besar dan barisan kepimpinan akan bersama-sama berbincang. Sesuatu permasalahan yang timbul tidak akan ditunggu lama untuk selesaikan. Mereka akan mengadakan mesyuarat tertutup dan cuba membincangkan sesuatu hal yang timbul. Responden memuji akan cara barisan kepimpinan menyelesaikan masalah kerana mereka akan cuba berlaku adil atas apa jua masalah yang timbul.

5.0       KESIMPULAN
Kesimpulannya, ciri-ciri utama PBS yang dijalankan di sekolah  adalah  holistik, fleksible, merujuk standard dan seimbang. Dari Pemantauan guru dapat mengetahui apa yang akan dapat dicapai dalam pendidikan murid, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.Guru boleh merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid sama ada dalam bentuk produk, proses atau diri murid. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merujuk standard yang telah ditetapkan dalam standard prestasi berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. pentaksiran dijalankan, ditadbir, diperiksa, di rekod dan di lapor, di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan. Peranan kepimpinan utama sekolah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah adalah mengambil inisiatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membina pasukan. Oleh itu, barisan kepimpinan dan semua guru di sekolah terlibat secara langsung atau tidak dalam melaksanakan PBS bagi membolehkan ia dijalankan seperti yang di arahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.0       RUJUKAN
Fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah Murid
Fail Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Jawatan Kuasa Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Temu ramah Guru Penolong Kanan
Temu ramah Guru yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Laman Sesawang berkaitan:
Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah, capaian 22/10/2012 dari http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/Guru-perlu-fahami-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah
Surat Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 4 Julai 2011 dari http://spp.jpnns.gov.my/downloads/surat_pemantauan_pbs.pdf