Friday, October 25, 2013

ENTREPRENEURSHIP

Antara asiggnment aku yang teruk jugak la... sbb tak suka la apa yang diorang mintak...huhu

1.0     PENDAHULUAN       
            Dutch Lady Milk Industries Berhad ("Dutch Lady Malaysia") ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai peneraju tenusu berkualiti Malaysia. Ia merupakan satu syarikat multinasional dari Belanda iaitu Royal Friesland Campina NV yang merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Syarikat ini sebuah syarikat yang menghasilkan dan menjual pelbagai produk tenusu dan minuman berasaskan buah-buahan untuk pengeluar makanan dan pengguna profesional. Syarikat ini juga mempunyai rangkaian pasaran di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan juga Asia Tenggara. Pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Permodalan Nasional Berhad. Dutch Lady Malaysia dipengerusikan oleh Dato’ Zainal Abidin Bin Putih. Beliau merupakan seorang pengarah bebas dan bukan eksekutif. Beliau telah menjadi pengerusi Dutch Lady Malaysia sejak 27 Mei 2009. Beliau juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institute of Chartered Accountants (England & Wales), dan juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Rahul Colaco  pula merupakan pengarah urusan di Lembaga Pengurusan Dutch Lady Milk Industries Berhad.
            Dutch Lady Malaysia beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Syarikat ini mempunyai 600 orang pekerja dan merancang meluaskan kawasan kilang dengan keluasan 4.046 hektar. Perolehan pendapatan syarikat pada tahun 2009 adalah RM692 juta. Dutch Lady telah meningkatkan perbelanjaan modal kepada RM20 juta, terutama untuk jentera baru untuk menampung jangkaan permintaan yang meningkat. Dutch Lady merupakan peneraju pasaran bagi produk tenusu seperti susu UHT, Susu Steril dan Susu untuk membesar. Di awal perniagaan Dutch Lady adalah sebuah syarikat pengilangan susu pekat manis. Kemudian, ia semakin luas dari peringkat susu untuk rumusan bayi, susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan juga yogurt. Antara produk untuk kanak-kanak membesar adalah susu untuk membesar 123DL, 456DL dan 6+DL. Ia mengandungi 5XDHA*, anak-anak akan mendapat lebih banyak rangsangan perkembangan otak. DL Active Gold STEP 3 dan DL Active Gold STEP 4 pula untuk membolehkan anak menyimpan lebih tenaga yang cukup untuk otak dan pembelajaran. Selain itu, Friso Gold 3 dan Friso Gold 4 mengandungi DHA, AA dan SA, bagi mempercepatkan penghantaran maklumat antara sel-sel otak untuk membantu pembangunan keseluruhan kanak-kanak yang semakin meningkat.
            Produk untuk keluarga pula adalah minuman Coklat DL, yogurt DL, Susu UHT DL, Susu UHT DL : Kid, Susu UHT DL : School, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Kesemua produk ini mempunyai khasiat tersendiri. Bagi Coklat DL, ia penuh dengan kebaikan susu, Omega 3 dan 6 dan Vitamin B-Kompleks serta membantu anda kekal bertenaga dan bersedia sepanjang hari. Yogurt DL pula, merupakan  satu-satunya yogurt mempunyai vitamin A, C & E dan ia juga mengandungi budaya aktif hidup yang akan meningkatkan penyerapan nutrien bagi memastikan sistem penghadaman serta kekal sihat. Dutch Lady termasuk dalam industri pemakanan yang berkaitan dengan pertanian iaitu industri tenusu. Semua produk Dutch Lady menggunakan susu tepung yang diimport 100 peratus dari Australia New Zealand Eropah dan Amerika Syarikat.

2.0    PERSEKITARAN MACRO
            Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran dalam menguruskan sesuatu perniagaan adalah sangat penting kerana ianya dapat menentukan kejayaan dan dapat mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan yang ingin diuruskan. Kesemua aspek yang melibatkan perniagaan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang ada dan agak sukar untuk mengawal kesemua persekitaran yang ada tetapi cukup sekiranya dapat memahami faktor-faktor tersebut. Sesuatu perniagaan perlu dinilai bukan sahaja sebelum memulakan sesuatu perniagaan tetapi semasa di peringkat usaha. Usaha persekitaran dapat dibahagikan kepada dua iaitu persekitaran luaran dan persekitaran dalaman dan luaran. Persekitaran dalaman adalah berdasarkan struktur organisasi, budaya dan sumber. Bagi persekitaran luaran terbahagi kepada dua iaitu persekitaran macro dan persekitaran micro. Persekitaran micro terdiri daripada pelanggan, pesaing, pembekal, institusi kewangan, organisasi bukan kerajaan dan agensi kerajaan. Persekitaran macro adalah politik dan perundangan, ekonomi, teknologi dan sosio-budaya.
2.1       POLITIK DAN PERUNDANGAN
            Politik dan perundangan di dalam persekitaran makro adalah untuk kepentingan bagi bersaing mendapatkan perhatian dan sumber. Usahawan perlu taat dan patuh kepada dasar, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan beroperasi. Terdapat banyak perbezaan politik dan perundangan di antara negara dengan negara yang lain. Di dalam politik dan perundangan kita perlu lihat dari segi isu global dan isu negara. Isu global adalah berkaitan dengan halangan perdagangan dan tarif, risiko politik serta perjanjian perdagangan. Kesemua isu-isu ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Halangan  perdagangan dan tarif ini dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang di dagangkan di peringkat antarabangsa. Salah satunya adalah menghalang aliran bebas sumber-sumber dari negara-negara lain sebagai perlindungan bagi industri negara. Sebagai contoh sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas industri permotoran negara. Isu global juga berkaitan dengan risiko politik iaitu ketidakstabilan politik, rasuah dan keganasan di negara atau sekitarnya. Bagi kawasan yang mempunyai risiko, adalah sukar untuk membeli, melindungi dan melupuskan sumber. Antara risiko lain adalah keganasan politik dan fizikal, peras ugut dan rasuah. Ini menyebabkan pertambahan kos usaha.
            Selain dari itu, terdapat juga  isu global dari segi perjanjian perdagangan. Perjanjian ini adalah di antara negara-negara terlibat. Salah satu contoh adalah perjanjian bebas ASEAN (AFTA). Menurut Aini Hayati, M. et al. (2008) Penubuhan AFTA adalah untuk mempercepat pengurangan kadar tarif ke atas barangan industri melalui Tarif Keutamaan Berkesan Bersama (Agreement on Common Effect Preferential Tarff- CEPT) dan juga usaha untuk menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif seperti melonggarkan cukai untuk pelabur. Malaysia perlu melihat keputusan mengenai perdagangan antarabangsa juga. Perjanjian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti di kawasan geografi yang dilindungi. Isu-isu nasional pula adalah dari segi cukai dan peraturan. Kesan daripada cukai yang dikenakan ke atas perniagaan adalah mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan dan sesetengah cukai hanya memihak kepada seseorang dan merugikan pihak yang lain. Peraturan pula adalah memberi kesan yang negatif kerana ada yang sengaja menambah kos perniagaan. Sebaiknya peniaga perlu menyelidik persekitaran politik dan mengenal pasti ancaman atau peluang yang wujud.
2.2       EKONOMI
            Persekitaran makro seterusnya adalah persekitaran ekonomi. Persekitaran ekonomi adalah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha yang baru. Persekitaran ekonomi makro adalah merangkumi jumlah semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dan dijual. Seseorang usahawan perlu menganalisis persekitaran di peringkat global, dan tempatan di mana tempat perniagaan mereka beroperasi. Setiap perniagaan yang dijalankan adalah berkaitan dengan satu sama lain di antara ketiga-tiga tahap persekitaran ekonomi makro. Seseorang itu perlu tahu peringkat yang mana mempunyai impak yang lebih besar kepada perniagaan. Usahawan perlu mengimbas, memantau, meramalkan dan menilai keadaan ekonomi makro yang memberi kesan kepada perniagaan. Dengan itu mereka dapat melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan seterusnya dapat menentukan pemboleh ubah yang relevan untuk di analisis. Beberapa soalan penting yang perlu dijawab oleh usahawan mengenai persekitaran ekonomi usaha niaga baru dan dapat memberi gambaran keseluruhan iklim perniagaan. Antara soalannya adalah apakah keadaan ekonomi semasa, apakah keadaan pasaran buruh, adalah kadar faedah yang berisiko atau stabil, apakah nilai mata wang dan kadar pertukaran asing, berapa banyak syarikat yang ada di dalam industri, adakah semua syarikat berbeza dalam saiz dan ciri-ciri, atau mempunyai persamaan, apakah bentuk perniagaan syarikat lain dalam industri, adakah syarikat hanya memasarkan di dalam negara sahaja, adakah mempunyai peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa dan apakah sifat berdaya saing di dalam perniagaan?
2.3 SOSIO-BUDAYA
            Sosio-budaya terdiri daripada dua aspek iaitu demografi dan trend budaya. Terdapat banyak peluang perniagaan yang wujud dalam budaya masyarakat tempatan. Sebagai contoh, peluang perniagaan untuk pengguna dan barangan yang tahan lama, peruncitan dan perkhidmatan, rekreasi dan hiburan, dan pembinaan. Melalui Perubahan demografi, perubahan dalam populasi, kumpulan etnik, dan struktur penduduk mengikut umur, jantina, lokasi geografi, dan taburan penduduk pendapatan. Unsur-unsur ini merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada permintaan pengguna, kuasa membeli dan industri keupayaan. Usahawan juga perlu mengkaji elemen-elemen yang menyumbang kepada kelancaran pasaran.  Trend perubahan demografi adalah di luar kawalan usahawan. Usahawan perlu mengkaji  perubahan demografi untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Sebagai contoh, kemodenan bidang pertanian pada zaman kini, boleh mewujudkan  peluang perniagaan kepada produk tenusu secara komersial. Bagi Trend sosial pula, ia berkaitan dengan kaedah dan cara di mana kehidupan seseorang. Usahawan perlu memantau perubahan gaya hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Pemboleh ubah yang perlu diberi perhatian adalah pembentukan, isi rumah kerja dan kadar penyertaan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak penggunaan masa lapang. Usahawan boleh menggunakan maklumat yang boleh didapati dari sumber-sumber awam dan swasta data untuk mengenal pasti perubahan ini. Usahawan juga perlu untuk menilai makna perubahan untuk suatu usaha baru dengan menjaga kepentingan perniagaan sendiri. Oleh itu, mereka boleh meramalkan kelakuan manusia.
 2.4      TEKNOLOGI
            Teknologi merupakan cabang ilmu yang berkaitan seni industri, sains gunaan, kejuruteraan, proses, ciptaan atau kaedah. Analisis teknologi yang diperlukan adalah dengan  mengimbas dan memantau dari masa penyelidikan asas melalui pembangunan produk. Perubahan teknologi dalam  dua bentuk iaitu ciptaan tulen dan inovasi proses. Ciptaan tulen adalah merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru dan berbeza dari teknologi sedia  ada. Oleh itu, sesuatu  penciptaan biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai pesaing di peringkat awal dan dikuasai oleh individu yang mempunyai hak sah terhadap penciptaan itu tetapi kelemahan dengan ciptaan ini adalah kerana tiada pasaran di peringkat awal. Ciptaan baru dapat mewujudkan pasaran dan peluang-peluang baru untuk perniagaan. Proses inovasi pula merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, pembentukan dan pembuatan produk, bahan dan pengedaran. Mengimbas dan memantau perubahan dalam teknologi bukan satu tugas yang mudah kerana maklumat tidak mudah didapati dan ia perlu kajian yang menyeluruh.
3.0     KESAN PERSEKITARAN MACRO KEPADA DUTCH LADY          MALAYSIA
3.1       POLITIK DAN PERUNDANGAN
            Dari segi halangan perdagangan dan tarif, Dutch Lady Malaysia menghadapi risiko dan halangan bekalan tenusu.  Bagi menjamin bekalan lembu tenusu di negara ini, kerajaan pernah mencadangkan untuk mengimport lembu tenusu dari China bagi menampung keperluan pengusaha ladang susu segar di negara. Ini jika pengeksport Australia dan New Zealand menghentikan eksport ke Malaysia. Australia sudah menghentikan kemasukan lembu susu mereka ke Indonesia, jadi mungkin suatu hari negara kita juga akan menghadapi masalah sama. Ini dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Ibrahim Che’ Embong, selepas perasmian Bengkel Core Team JPV bersama Dutch Lady Milk Industry Berhad. Kebanyakan pengusaha ladang lembu tenusu tempatan masih lemah dalam aspek membiakkan sendiri haiwan tenusu. Risiko politik yang di hadapi Dutch Lady Milk Industry Berhad adalah dunia pernah digemparkan dengan berita susu tercemar di China. Produk dari Dutch Lady Malaysia menggunakan tenusu seratus peratus dari negara Australia New Zealand Eropah dan Amerika Syarikat. Harga lembu dari Australia dan New Zealand sama seperti dari China dengan harga yang lebih murah. Sebagai contoh, lembu New Zealand kita dapat RM9,000 seekor, tapi dari China hanya RM6,000 seekor. Isu-isu nasional seperti cukai dan peraturan juga adalah kesan persekitaran macro terhadap Dutch Lady Malaysia. Bagi perniagaan cukai dikenakan ke atas Perniagaan sama ada Syarikat Sdn. Bhd, Berhad, Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian dan Koperasi. Oleh itu, diketahui terdapat kesan politik dan perundangan kepada Dutch Lady Malaysia melalui isu-isu antarabangsa dan isu-isu nasional.
3.2       EKONOMI
            Dutch Lady telah meningkatkan perbelanjaan modal kepada RM20 juta, terutama untuk jentera baru untuk menampung jangkaan permintaan yang meningkat. Antara produk untuk kanak-kanak membesar adalah susu untuk membesar 123DL, 456DL dan 6+DL. Ia mengandungi 5XDHA*, DL Active Gold STEP 3 dan DL Active Gold STEP 4 Friso Gold 3 dan Friso Gold 4. Produk untuk keluarga pula adalah minuman Coklat DL, yogurt DL, Susu UHT DL, Susu UHT DL : Kid, Susu UHT DL : School, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Walaupun Dutch Lady merupakan pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia, tetapi terdapat juga ancaman dari pesaing - pesaing dari luar seperti F&N dan Marigold. Iklim sekarang jika dilihat susu segar menjadi trend setiap dari warga Malaysia untuk meminum susu segar. Ini adalah kerana kepelbagaian susu yang telah dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia. Tidak hanya fokus kepada kanak-kanak dan bayi, tetapi juga keseluruhan ahli keluarga. Tidak hairan lah apabila  Dutch Lady menyasarkan peruntukan lebih tinggi iaitu sekitar RM20 juta bagi tujuan perbelanjaan modal untuk tahun 2013 berbanding tahun lalu. Kadar ekonomi negara yang stabil sekarang juga di ambil kira untuk menambahkan pelaburan.
3.3 SOSIO- BUDAYA
            Trend sosial rakyat Malaysia telah berubah. Mereka sudah mula mengambil makanan sampingan untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan seisi keluarga. Mereka sudah menyedari kepentingan susu kepada seisi keluarga. Dengan itu, Dutch Lady mengeluarkan produk yang sesuai untuk semua lapisan umur. Bagi membolehkan kanak-kanak yang sukar untuk makan berkhasiat, susu merupakan penyelesaiannya. Dalam mengkaji kelancaran pasaran, Dutch Lady mengeluarkan UHT DL : Kid, Susu UHT DL : School bagi menarik minat kanak-kanak di peringkat 5-12 tahun untuk menjadikan susu sebagai minuman rutin mereka. Kanak-kanak mungkin tertarik dengan makanan ringan dan menjadikannya makanan rutin, ibu bapa boleh untuk mendapatkan produk-produk dari Dutch Lady bagi mengatasinya. Bagi minuman Coklat DL, yogurt DL, Susu UHT DL sesuai untuk setiap lapisan umur. Ini dapat mengubah gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadikan susu sebagai budaya setiap ahli keluarga.
3.4       TEKNOLOGI
            Gaya hidup yang hendak di ubah menjadikan rakyat Malaysia suka akan susu adalah dengan mencipta sesuatu yang menarik minat seseorang akan produk tersebut. Bagi Dutch Lady pelbagai cara telah dijalankan bagi menarik minat pelanggan. Sebagai contoh bagi produk UHT DL : Kid, ia telah di bungkus di dalam kotak yang lebih kecil. Di hadapan kotak juga dihiasi dengan gambar yang dapat menarik minat kanak-kanak. Kepelbagaian perisa juga dapat menarik minat kanak-kanak. Mungkin kanak-kanak mudah jemu dengan perisa yang sama, ia dapat mencuba perisa-perisa yang lain seperti strawberi dan coklat. Bagi produk yogurt untuk yang menjadi kesihatan dan badan, Dutch Lady telah membuat pembungkusan semula produk yogurt. Bentuk botol yang ramping seperti pinggan dapat menarik minat pembeli. Selain itu, perisa yang ditawarkan juga menarik minat. Oleh itu, teknologi juga memberi kesan yang positif terhadap syarikat dengan pengguna tertarik dengan pembungkusan yang dilakukan.
4.0       CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN - ELEMEN      PERSEKITARAN MACRO PADA DUCTH LADY MALAYSIA
4.1       POLITIK DAN PERUNDANGAN
            Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran macro adalah Malaysia perlu melihat keputusan mengenai perdagangan antarabangsa. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti di kawasan geografi yang dilindungi.  Dari segi Isu nasional adalah dari segi cukai dan peraturan. Kesan daripada cukai yang dikenakan ke atas perniagaan adalah mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan dan sesetengah cukai hanya memihak kepada seseorang dan merugikan pihak yang lain. Peraturan pula adalah memberi kesan yang negatif kerana ada yang sengaja menambah kos perniagaan.
4.2       EKONOMI
            Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran macro adalah usahawan perlu tahu peringkat yang mana mempunyai impak yang lebih besar kepada perniagaan. Dutch Lady perlu mengimbas, memantau, meramalkan dan menilai keadaan ekonomi makro yang memberi kesan kepada perniagaan. Dengan itu mereka dapat melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan seterusnya dapat menentukan pemboleh ubah yang relevan untuk di analisis.
4.3       SOSIO BUDAYA
            Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran macro adalah Usahawan perlu memantau perubahan gaya hidup rakyat Malaysia untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Pemboleh ubah yang perlu diberi perhatian adalah pembentukan, isi rumah dan kadar penyertaan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak penggunaan masa lapang. Dutch Lady boleh menggunakan maklumat yang boleh didapati dari sumber-sumber awam dan swasta data untuk mengenal pasti perubahan. Dutch Lady juga perlu untuk menilai makna perubahan untuk suatu usaha baru dengan menjaga kepentingan perniagaan sendiri.
4.4       TEKNOLOGI
            Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran macro adalah ciptaan baru. Ini dapat mewujudkan pasaran dan peluang-peluang baru dalam perniagaan. Proses inovasi merupakan perubahan kecil dalam reka bentuk, pembentukan dan pembuatan produk, bahan dan pengedaran. Mengimbas dan memantau perubahan dalam teknologi bukan satu tugas yang mudah kerana maklumat tidak mudah didapati dan ia perlu kajian yang menyeluruh.

5.0 KESIMPULAN
            Secara Keseluruhannya, untuk menentukan kejayaan dan dapat mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan yang ingin diuruskan usahawan perlulah memahami persekitaran makro dalam menguruskan sesuatu perniagaan adalah sangat penting. Persekitaran macro terdapat empat elemen iaitu politik dan perundangan, ekonomi, sosio-budaya dan teknologi. Bagi Dutch Lady Malaysia keempat-empat elemen ini memainkan peranan dalam meningkatkan pasaran produk-produk. Kesan-kesan persekitaran macro bagi politik dan perundangan adalah melalui isu-isu antarabangsa dan isu-isu nasional. Bagi Kadar ekonomi negara yang stabil sekarang juga di ambil kira untuk menambahkan pelaburan dan pendapatan. Bagi sosio-budaya pula dapat mengubah gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadikan susu sebagai budaya setiap ahli keluarga. Teknologi pula memberi kesan yang positif terhadap syarikat dengan pengguna tertarik dengan pembungkusan yang dilakukan. Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran macro pula adalah Dutch Lady perlu mengimbas, memantau, meramalkan dan menilai keadaan ekonomi makro yang memberi kesan kepada perniagaan, Malaysia perlu melihat keputusan mengenai perdagangan antarabangsa, Dutch Lady boleh menggunakan maklumat yang boleh didapati dari sumber-sumber awam dan swasta data untuk mengenal pasti perubahan dan cadangan adalah ciptaan baru terhadap produk-produk yang dihasilkan.


6.0     RUJUKAN

1.      Norashidah Hashim dan AssocProf Abd Aziz Yusof (Dec2012), Entrepreneurship (2nd ed.) OUM. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
2.      Profil Syarikat, capaian 1 Julai 2013, dari http://www.dutchlady.com.my/.
3.      NORHANA FARIZA HARUN (30Mei 2012), capaian 1 Julai 2013, dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dutch-lady-tingkat-kualiti-produk-1.165285
4.      Kerajaan Cadang Import Lembu Tenusu Dari China (29 Oct 2011), capaian 1 Julai 2013, dari http://mynewshub.my/?p=38495
5.      Sektor Perkilangan, capaian 1 Julai 2013, dari  http://www.mida.gov.my/bm/index.php?page=makanan

6.      Produk tenusu di sini selamat, capaian 1 Julai 2013, dari http://www.dutchlady.com.my/sharedfiles/press/20080924_N_KOS_NG_pg11_Produk%20tenusu%20di%20sin.pdf

pencuri

biasa nye kalau ada lagu yang saya obses saya akan share kt blog ni... so.. lagu pencuri ni sungguh cute... video clip die pn comel sangat ...layan...