Monday, February 21, 2022

Aquaria bersama sama mak dan abah dan kelurga tersayang

cuti tahun baru cina di manfaatkan dengan bawak mak abah ke aquaria. Mak da lama idaamkan nk ke aquari. Abah pula cakap da lama x tido hotel. Angah cuba memenuhi permintaan mak dan abah ❤

Tuesday, March 26, 2019

Serius blogging

Hai hello
Hello hai

Haha
Sekarang orang da x blogging la misshunny
Sebab org tak buat la me nk buat

Promise to myself nk blogging..
Nk bg info.. kadnag2 kita nk cari sesuatu benda tu susah sgt kn..
sgt susah ..
Kalau betul2 serius.. bercadang nk jadikan ke .com.my ke.. cewaah.. me punye berangan kn..
angan2 blh jadi cita2 kn
Nk buat video..
Bkn nk buat duit tp nak suka2.. wish me luck❤️

Sunday, February 26, 2017

New Year!!

haha.. masih new year ke? dah bulan 2 ni. tak pe la..aku pun jarang nak menulis. tetiba malam ni teringat kat blog pulak. sambil2 buat kerja yang aku ambik upah ni. aku nonton cerita URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN. ok memang banyak ye kat dunia orang yang menyakitkan hati orang lain untuk kepuasan diri. orait. itu hak masing- masing. Aku pun dah lama move on. Aku happy dengan life aku. Aku da pindah rumah. Dapat housemate yang baik. dengan kerja pun ok. Dengan family pun ok. Cuma poket aku yang tak ok. Haha.. biasa la duduk bandar. tak salahkan sesiapa.

Im back as a me!!!
orang sekeliling aku happy aku pun happy. cuma kadang2 terfikir nasib diri. Ye Allah uji aku kerana aku mampu. Allah nak aku doa banyak lagi. Allah rindukan aku. AKu pulak yang malas sgt. susah sangat nak bangun malam solat. kalau sempat aku solat jugak. tapi ada satu penyakit malas mengaji. Aduh.. teruk benar aku.

hari ni aku dapat cerita happy dan tak happy. Aku just nak ingt yang happy tetapi tak boleh terlalu happy sebab takut tak menjadi. Aku yang sedih lebih.
Cukup la setakat sini dulu ya.. makcik umi pun da mengantok.. esk nak kerja. isyak pun belum.

salam

Tuesday, November 1, 2016

akhiri kisah aku dan dia

sekali lagi ribut melanda. dugaan yang hebat melanda kami. akhirnya aku mengambil langkah mengundurkan diri dari perhubungan itu. bukan aku tak cinta. bukan aku tak kasih. aku cuba manusia biasa yang punya hati dan perasaan. aku juga punya harga diri bila diinjak2 oleh orang lain. aku biarkan dia bergembira dengan teman teman nya. sehingga dia sedar. kalau memang jodoh kami. Alhamdulillah. jika bukan Alhamdulillah. perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Aku maafkan semua salah silap yang menyakiti aku. begitu juga aku memohon maaf kerana pernah terkecil hati dengan kamu2. sayang dan cinta aku tetap sama. aku tetap menyayangi orang yang sama.
seandainya pintu ku diketuk oleh orang lain.. aku juga terima. aku serahkan segalanya pada takdir. Aku redha.

Friday, October 7, 2016

Aku Bukan Calon Pilihan

Selalu dengar, tengok di dalam drama, cinta tak di restui. Aku percaya itu semua kerana ada juga berlaku di hadapanku. Tidak disangka aku menjadi seorang yang bukan pilihan. Mungkin bukan dari kalangan ahli keluarga terdekat tetapi rakan- rakan dan kaum keluarga.Sedih memang sedih. Aku baru tahu perasaan orang orang yang bernasib begitu. Alangkah lulur nya hati ku bila kamu kamu tahu aku lah kekasihnya tapi masih mahu mencarikannya calon yang lain. kenapa perlu campur urusan jodoh orang. Sempurna kah anda? kalau pun aku tidak sesempurna di mata kamu kamu aku dia punya. Cinta aku kerana Allah s.w.t.
Dugaan demi dugaan aku lalui untuk mendapatkan cinta ini. Bila aku dapat kembali, pelbagai dugaan yang Kauu beri Ya Allah..
Aku redha..
Aku redha dengan segala ujian Mu. Aku bersyukur

Wednesday, August 17, 2016

DUGAAN DAN CABARAN

HARI-HARI AKU DIUJI.
AKU REDHA DENGAN SEGALA UJIAN DARINYA.
AKU PASRAH
AKU BERDOA
AKU TAWAKAL
KERANA ALLAH TAALA.

AKU DIUJI LAGI.
AKU PALING TAKUT DIUJI DENGAN KEHILANGAN
KENAPA HUBUNGAN KITA ADA PASANG SURUT
APA SALAH AKU
AKU SELALU DI SISI BILA KAU MEMERLUKAN
KENAPA BILA AKU PERLU KAN KAU
KAU LARI DARI AKU
AKU BOLEH TANGANI SEMUA MASALAH
TAPI TEWAS KALAU ENGKAULAH MASALAH KU

AKU CUBA JADI TERBAIK UNTUK MU
AKU TAHU AKU TAK LAYAK UNTUK MU
AKU RINDU KAMU
KAMU BUAT TAK TAHU
AKU PERLUKAN SOKONGAN MU
KAMU BUAT TAK TAHU
TAPI AKU MASIH SETIA PADA MU..
SAYANG.. AKU TAHU KAU MASIH MENCARI YANG TERBAIK 
DAN ITU BUKAN AKU..