Saturday, August 11, 2012
Thursday, August 9, 2012
Meet my friend
Hari ni last exam. Paper Pengajian Islam. Alhamdulillah.. Cuma Stu benda yang funny happen to me n kak na arini.. Masuk2 je exam, ktorang terkejut besar sebab baru time tu ktorng tao soalan objektif. Perrgh nasib baik ad pensel sebatang dalam pensel case..Awal2 jawab soalan memang bes.. rase macam over confident.. lepas tu barula tergagap-gagap...haha..
Abis je exam, Kak na anto aku pergi tesco.. aku pun tunggu si 5zal di situ, sempat jugak aku beli sabun mandi antabax, senitizer antabax n ubat gigi safi...hehe
Sesampai je 5zal, ktorg pergi jmpa adik die kt seksyen 17, kemuadian 1st time aku pg radiusite.. beli tudung,, dapat la sehelai tudung... Harga rm44... owh nnti aku upadate gambonye...
Kemudian ktorang pg surau n solat. Dalam 6.40 ptg baru la ktorang beli makanan n berbuka di tasik seksyen 7.. ramai jugak orang.. best jugak la... Borak2 punye borak, ktorang da terlewat maghrib.. ktorang pn ke surau berhampiran dan solat..
Lastly faizal hanto aku pergi stesyen Padang Jawa...
Selamat pulang... sampai kt umah jam 11 malam... kutu rayau aku rupenye.. hehe...:p
Tuesday, August 7, 2012
Layan Lagu ni Just Show my feeling right now
It still feels like our first night together
Feels like the first kiss
It's getting better baby
No one can better this
Still holding on
You're still the one
First time our eyes met
Same feeling I get
Only feels much stronger
I want to love you longer
Do you still turn the fire on?
So if you're feeling lonely, don't
You're the only one I'll ever want
I only want to make it good
So if I love you, a little more than I should
Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you
Still feels like our best times are together
Feels like the first touch
We're still getting closer baby
Can't get closer enough
Still holding on
You're still number one
I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you yeah
I remember the nights, you know I still do
So if you're feeling lonely, don't
You're the only one I'll ever want
I only want to make it good
So if I love you a little more than I should
Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you
The one thing I'm sure of
Is the way we make love
The one thing I depend on
Is for us to stay strong
With every word and every breath I'm praying
That's why I'm saying,
Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Babe believe it, every word I say is true
Please forgive me, if I can't stop loving you
No, believe me, I don't know what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Dompet tertinggal dan RM10
Semalam adik aku tertinggal dompet dia dalam handbag aku. Masa nak pergi Seremban dia letak dalam handbag aku.. Balik kampung terus lupa nak ambil semula. Hari ini dia datang ambil.. Aku jumpa la dia dkt pekeliling nak bagi dompet. Sampai2 je kt situ aku nampak dia tgh cakap dengan seorang mamat. Aku ingatkan kawan dia... rupanya orang tu tengah bercerita dia tak de duit. yang pelik nya budak tu tak mintak duit. cuma dia cerita je..Cerita punya cerita aku sampai. Aku takut die menipu aku ajak adik aku beli tiket bas balik. lepas je beli tiket bas, aku rase kesian plak kt budak tu.. aku pun cakap kt adik, pergila bagi die RM10. Cakap kt adik, Baca Bissmillah 21 kali mcm yang mak ajar n bagi lah.. ikut la dia nak tipu ke apa. Mana la tao dia betul2 xde duit,Hari ni hari die, esok hari kita pulak kan. Lpas pada tu adik aku pn naik la bas. Aku nampak mamat tu beli makanan. Aku anggapan baik jela die nak beli juadah berbuka. Sebab tadi die kata tak cukup RM6 je. mungkin la lebih boleh beli makanan, Itu semua dugaan bulan ramadhan, semoga mendapat keberkatan dari NYA. AMIIN.. :D
Monday, August 6, 2012
Buka Puasa Beramai-ramai...
6august2012
6-11malam
Au3 Keramat
Hari ni angah buat makan2 kt rumah.. ramai yang dijemput. ramai yang datang dan ramai jugak y xdtg...antara yang hadir, pakchu seluarga, pakchick sekeluarga, kak ina sekeluarga.. syukri sekeluarga,along, kak ira.. mak n abah pn ada... boleh kta semua adik beradik aku ada lah arini...happy..:D
6-11malam
Au3 Keramat
Hari ni angah buat makan2 kt rumah.. ramai yang dijemput. ramai yang datang dan ramai jugak y xdtg...antara yang hadir, pakchu seluarga, pakchick sekeluarga, kak ina sekeluarga.. syukri sekeluarga,along, kak ira.. mak n abah pn ada... boleh kta semua adik beradik aku ada lah arini...happy..:D
Sunday, August 5, 2012
IFtar Btech level3 batch 16
IFtar Btech level3 batch 16
on 4 August 2012
di Tupai-tupai seksyen 13 Shah Alam
on 4 August 2012
di Tupai-tupai seksyen 13 Shah Alam
dari kiri anas, kay, sherry, husna dan ME!!! |
Semalam kitaorang reramai pergi berbuka pose sesama di tupai2 shah alam.. kitaorang punye planning awal adalah di seoul gardern OU... tp sherry lupe booked.. apa blh buat.. ok la da lepas ke Shah Alam kami.. On planning, ramai lagi nak join tp cancel last minute...anyways happening after 4 tahun berkawan...:D
Thursday, August 2, 2012
KESAN PEMBENTUKAN SEKOLAH BESTARI
ni asignment aku sem ni... the best markah y aku dapat.. .28/30...alhamdulillah...
1.0 PENGENALAN
Sebuah
sekolah luar Bandar diberi pengiktirafan sabagai sekolah bestari. Mungkin
dahulu tidak terlintas difikiran kita sekolah luar Bandar mampu bersaing dengan
arus pemodenan semasa dan menjadi role model kepada sekolah yang lain.
Justeru itu, kerajaan bercadang untuk menaik taraf sekolah Sekolah Kebangsaan
Ampangan Rasau (SKAR) menjadi sebuah sekolah bestari. Jika kita lihat nama
sekolah bestari sudah terfikir di kepala kita sebuah sekolah serba moden dan
lengkap dengan peralatan dan kelengkapan teknologi terkini. Sekolah bestari
merupakan lambang kemegahan dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang
dilaksanakan menjelang tahun 2000. Sekolah Bestari adalah
sebuah institusi pembelajaran yang sistemik dari segi amalan pengajaran,
pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk menyediakan murid - murid ke Era
Teknolgi Maklumat. Kewujudan sekolah ini bukan sahaja untuk mereka yang pintar tetapi untuk
menjamin setiap pelajar belajar dalam gaya pembelajaran yang berlainan.
Berketepatan dengan objektif perlaksanaan sekolah bestari adalah untuk
menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan juga celik teknologi. Selain
itu, ia bertujuan untuk mendemokrasikan pendidikan serta meningkatkan
pernyertaan pihak yang berkepentingan selain dapat memupuk perkembangan
menyeluruh seseorang individu dan memberi peluang untuk meningkatkan kekuatan
dan keupayaan seseorang individu itu.
Menurut
ciri-ciri sekolah bestari ialah berdasarkan falsafah yang mengatakan bahawa
semua murid boleh belajar jika diajar, tambahan pula dengan harapan yang tinggi
kepada semua murid. Selain dari itu, ciri-ciri sekolah bestari ialah kurikulum
yang luas dan menganggap bahawa keupayaan dan keperluan yang berbeza bagi semua
murid, iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran dan penilaian berterusan bagi
menyokong arahan yang kukuh dan profesional dari guru besar dan guru. Ciri – ciri lain
adalah tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti tentang
perlaksanaan sekolah bestari. Laporan ini disediakan adalah kerana untuk
mengetahui bagaimana penggunaan komputer secara meluas dalam pentadbiran,
pengajaran dan pembelajaran di SKAR dapat dilaksanakan. Ini kerana komponen
utama sekolah bestari adalah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan
pentadbiran, kemahiran dan tanggungjawab, teknologi, proses dan polisi.
Oleh itu, dalam laporan yang disediakan ini dibincangkan
berkenaan dengan kesan – kesan kepada sekolah terbabit dari segi pentadbiran sekolah,
pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru dan bagaimana proses pembelajaran
yang bakal berlaku. Ini kerana kita semua tahu ini adalah sebuah sekolah di
kawasan luar bandar. Bagaimana penerimaan suatu perubahan yang mendadak yang
bakal berlaku di sekolah ini. Di dalam laporan ini juga akan dibincangkan juga
cadangan perubahan yang perlu dilakukan ke atas sekolah berkenaan. Perubahan adalah
dari segi perkakas, perisian dan orang yang terlibat menyokong perlaksanaan
sekolah bestari di SKAR. Dengan menggalakkan SKAR menjadi Sekolah Bestari,
laporan berikut disediakan.
2.0 KESAN
PEMBENTUKAN SEKOLAH BESTARI KEPADA SKAR
2.1 PENTADBIRAN SEKOLAH
Bagi melaksanakan sekolah bestari pentadbiran merupakan
perkara pokok yang perlu titik beratkan agar ia selari dengan perlaksanaannya.
Ini kerana, pengurusan yang cekap dan berkesan dalam mengurus sumber dan
teknologi diperlukan untuk menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Terdapat sembilan kesan kepada pentadbiran dalam pelaksanaan sekolah
bestari dan antaranya komponen yang penting ialah keselamatan, perundangan
sekolah, hal ehwal pelajar, sumber pendidikan, sumber luar, kemudahan, sumber
manusia, pengurusan kewangan dan teknologi. Pengurusan seharusnya selari dengan
perkembangan sekolah kerana ia merupakan nadi kepada pembentukan sekolah
bestari selain dapat menjimatkan kos dan mempercepatkan sesuatu proses
aktiviti. Ini kerana bagi mencapai objektif ini, satu sistem yang lebih efektif
diperlukan di sekolah bestari agar pentadbiran sekolah dapat diuruskan dengan
baik dan cekap.
2.1.1 Sumber Manusia
Organisasi sekolah bestari memerlukan sistem maklumat
bagi membolehkan sekolah berkenaan mendapat maklumat yang terkini dan tepat. Sistem
yang boleh digunakan dalam organisasi adalah suatu sistem yang dikenali sebagai
Human Resources Information System (HRIS) atau Sistem Maklumat Sumber
Manusia (HRIS). Sistem ini merupakan gabungan ilmu sumber manusia dan teknologi
maklumat. Ini merupakan salah satu ciri sumber manusia di dalam pentadbiran. Di
dalam sistem maklumat ini, terdapat tiga aktiviti penting yang dikenali sebagai
kemasukan (input), pemprosesan dan keluaran (output). Ia berfungsi untuk menghasilkan maklumat yang
diperlukan dalam mengawal operasi dan membuat keputusan. Seterusnya menganalisa
masalah dan mencipta produk atau perkhidmatan yang baru.
Penggunaan HRIS dapat menyeragamkan
semua aspek fungsi Sumber Manusia termasuk pengambilan guru dan kakitangan,
permohonan cuti dan latihan kemahiran. Penggunaan HRIS yang dicadangkan bagi
sekolah bestari ini adalah perkhidmatan layan diri bagi semua guru dan
kakitangan sekolah. Perkhidmatan ini membolehkan pihak pengurusan sekolah
memuatnaik maklumat penting berkaitan dengan sumber manusia seperti dasar dan
polisi organisasi serta maklukamt terbaru yang mana ia boleh diakses melalui
web oleh guru dan semua kakitangan pada bila-bila masa sahaja. Sebagai
contoh, dengan menggunakan HRIS guru dan kakitangan boleh menggunakan fungsian
rutin sumber manusia seperti permohonan cuti rehat atau cuti sakit dengan
mengisi transaksi dalam talian tanpa ke pejabat untuk mengisi borang secara
manual. Ini dapat menjimatkan masa, kos dan ia lebih mudah. Selain dari itu, dengan
menggunakan HRIS dapat pengurusan penjadualan guru-guru serta aktiviti termasuk aktiviti-aktiviti
kakitangan sekolah melalui maklumat mudah diakses.
Kelebihan penggunaan HRIS
ialah HRIS mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih seperti perlindungan
kata laluan, akses masuk melalui pengenalan identiti, dan firewalls untuk
aplikasi web. Ini dapat membantu organisasi untuk memastikan pematuhan terhadap
seluruh manual privasi dan kerahsiaan. Kebaikan kepada pengurusan sumber
manusia pula, pengursusan yang lebih cekap dan berkesan
pentadbiran kepada guru dan kakitangan. Guru – guru akan lebih peka dengan
keperluan mereka dan apa yang harapkan oleh mereka. Pengurusan Sumber Manusia
akan bertambah baik dalam semua fungsi. Kakitangan juga akan berasa selesa
bekerja dan meningkatkan mutu pembelajaran murid.
2.1.2 Hal Ehwal Pelajar
Mengenai Hal Ehwal Pelajar dalam
pengurusan sekolah bestari pula adalah berkaitan dengan pengurusan maklumat
murid dan semua yang berkaitan dengan data murid. Ini membolehkan pentadbir
mengambil input dan data murid mengenai profil pelajar yang termasuk
butir-butir peribadi serta rekod prestasi yang boleh disesuaikan untuk penggunaan
dalam rekod taksiran sekolah dan dapat input yang berkaitan rekod ibu bapa atau
penjaga untuk kegunaan dalam pemberian pinjaman buku, biasiswa dan sebagainya.
Selain dari itu, dapat melaporkan dan menganalisis data murid yang termasuk
markah penilaian. Melalui data yang telah diterima, ia akan dianalisi dan
membolehkan murid dikategorikan mengikut umur, bangsa, jantina dan agama. Data
ini juga perlu untuk pergerakan murid ke sekolah yang lain apabila diperlukan.
Ia juga perlu untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah dan butiran mengenai
aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contoh, penyertaan murid dalam
aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bercerita, sukan dan permainan di
peringkat daerah, negeri, peringkat kebangsaan dan Antarabangsa. Ia akan di
rekod, di analisis dan di buat laporan mengenainya.
2.2 PENGAJARAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU
Pengajaran oleh guru penting kepada kejayaan Sekolah
Bestari. Guru perlu diberi latihan intensif dalam penggunaan teknologi maklumat
dan aktiviti bilik darjah supaya dapat meningkatkan daya berfikir dan
kreativiti seseorang guru itu. Guru Sekolah Bestari juga perlu belajar untuk membantu
menggalakkan murid bertanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri. Dalam jangka masa panjang pula, guru-guru akan
perlu untuk menambah kemahiran mereka, jika tidak mereka akan ketinggalan dalam
perkembangan profesion mereka dan yakin
dalam penggunaan teknologi terkini. Melalui penggunaan teknologi di sekolah
bestari guru dapat mempertimbangkan keutamaan pembelajaran murid dengan
mencadangkan kaedah dan bahan – bahan pengajaran. Sekolah bestari menampilkan
media konvensional digunakan dengan bersepadu dengan media yang berteknologi
tinggi seperti bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer
dan perisian yang memenuhi pelbagai keperluan dan keupayaan pelajar.
2.2.1 Interaktif Di Dalam Bilik Darjah
Sekolah Bestari
menggunakan rangkaian berteknologi tinggi sepenuhnya. Skop
penilaian Sekolah Bestari adalah holistik di mana ia meliputi bukan sahaja
pencapaian tetapi juga kesediaan dan kebolehan murid. Oleh itu, pendekatan ini
memberi pelbagai maklumat mengenai gaya pembelajaran murid. Gaya pembelajaran
berdasarkan di dalam kelas menggunakan teknologi seperti persembahan slaid, aktiviti
yang berkaitan dengan subjek, penggunaan tiga dimensi objek dan persembahan
audio dan video. Bagi penggunaan alat tiga demensi seperti glob dunia, boneka,
model, bahan tiruan dan contoh-contoh yang lain boleh juga disertakan atau
diiringi oleh audio dan video. Bagi persembahan audio dan video pula, adalah
seperti jalur filem, program di radio dan televisyen, gerakan gambar,
mikrofilem, mikrofis, kad audio dan pita audio.
2.2.2 Berdasarkan Rangkaian
Guru
boleh menggunakan tv interaktif sebagai menambah minat murid akan mendalami
sesuatu subjek. Ini kerana visual tv interaktif biasanya menggunakan kartun
untuk menarik minat murid. Selain dari itu, guru – guru berhubung dengan murid
melalui e-mail. Soalan – soalan tugasan dihantar kepada murid melalui
e-mail atau melalui portal sekolah. Ini menyebabkan pengajaran oleh guru lebih
efektif. Guru – guru juga terlibat dengan pengajaran jauh. Selain guru di dalam
kelas, guru juga diberi tanggungjawab sebagai online tutor. Video
Confrencing antara guru dan murid dapat menambahkan lagi keberkesanan
pengajaran guru di sekolah bestari dan pengajian jaug. Ini bermakna pengajaran
yang dilakukan oleh guru sekolah bestari bukan sahaja di dalam kelas dengan
menggunakan teknologi komputer tetapi juga di luar kelas. Ini membolehkan
matlamat sekolah bestari tercapai.
2.2.3 Contoh Rutin Harian Guru di Sekolah Bestari
Jam
7.20 pagi, guru akan log masuk ke komputer di dalam bilik guru untuk menyemak
kerja rumah disiapkan oleh murid serta kehadiran murid untuk hari tersebut.
Pada jam 7.45 pagi memulakan pengajaran dengan menggabungkan persembahan
multimedia. Kemudian jam 9.30 pagi guru akan membalas email yang dihantar oleh
murid kepadanya. Jam 11.00 pagi guru akan mengemaskini rekod penilaian
portfolio murid sebagai persediaan untuk persidangan antara ibu bapa dan guru.
Jam 12.30 tengah hari, guru akan mencari maklumat tentang pembelajaran yang
sedang dijalankan. Jam 3 petang menghadiri sidang mesyuarat melalui sidang
video di peringkat negeri dan akhirnya jam 8.00 malam menilai secara kormesial
garis panduan yang baru di keluarkan oleh pihak kementrian.
2.3 PROSES PEMBELAJARAN MURID
Jika sebelum ini, persekitaran bilik
darjah hanya berpusat sepenuhnya kepada guru tetapi bagi sekolah bestari ianya
berpusat kepada murid. Terdapat empat empat pilihan asas merentasi spektrum.
Antara faktor perbezaannya ialah dari segi menentukan tugasan pengajaran. Jika
ianya berpusat sepenuhnya pada guru, ia akan ditentukan oleh guru, apabila guru
sebagai mentor dan model tugasan dicadangkan oleh guru dan akan dibuka untuk
sesi berbincang bersama murid. Jika guru sebagai jurulatih atau fasilitator,
tugasan ditentukan oleh murid dan guru akan memberi cadangan dan input yang
berkaitan. Begitu juga jika berpusatkan kepada murid, tugasan ditentukan oleh
murid dan guru akan memberi cadangan dan input yang berkaitan. Di Sekolah
Bestari, terdapat satu gabungan strategi pembelajaran yang sesuai bagi
memastikan penguasaan kompetensi asas dan pembangunan holistik murid. Jika
sebelum ini pembelajaran hanya di bilik darjah semata tetapi dengan kewujudan
pembelajaran sekolah bestari murid menyemak semula apa yang dipelajari setelah
pulang ke rumah seperti e-learning, digital library, video conferencing,
e-tutor dan sebagainya.
2.3.1 E-Learning
Dengan berasaskan penggunaan teknologi
komputer, sekolah bestari menggunakan portal sendiri untuk e-learning. Melalui e-learning, setiap murid dan guru mempunyai id dan kata laluan
masing-masing. Ini membolehkan setiap guru dan murid dapat mengakses portal di
mana sahaja. Guru memuat naik nota – nota yang berkaitan dengan pengajaran di
dalam kelas, dan murid dapat mengulangkaji setelah pulang ke rumah. Selain dari
itu, segala tugasan yang hendak diberi kepada murid, hanya perlu di muat naik
di portal dan murid akan di memuat turun tugasan terbabit. Murid boleh menyemak
tugasan yang dibekalkan oleh guru dan menyiapkannya mengikut tarikh yang
ditetapkan. Dari segi penghantaran pula, setelah tugasan siap murid perlu memuat naik tugasan melalui sistem e-learning
dan menghantarnya dengan menekan satu butang sahaja dan murid tidak perlu
mencetak tugasan. Selain dari itu, soalan – soalan latihan juga boleh di dapati
melalui portal. Murid boleh membuat latihan dan dapat terus menyemak jawapan
yang diberi samaada betul atau tidak. Ini
menjadikan kerja lebih mudah dan murid lebih banyak masa untuk mengulang kaji
pelajaran tambahan dapat menggunakan teknologi yang disediakan sebaik yang
mungkin.
2.3.2 E-Tutor
E-tutor merupakan guru di
alam maya. Murid tidak dapat melihat guru secara terus tetapi dapat
berkomunikasi melalui portal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, tugasan
yang diberikan kepada murid adalah melalui portal, jadi murid dapat terus
menanyakan soalan – soalan yang tidak difahami atau kurang jelas kepada e-tutor.
E-tutor boleh jadi guru matapelajaran mereka sendiri atau guru yang
dilantik untuk mengendalikan e-tutor.
Selain dari itu, di dalam penggunaan e-tutor, terdapat juga
forum. Melalui forum murid bukan sahaja boleh berkomunikasi dengan tutor,
tetapi sesama rakan yang lain. Murid boleh membina satu tajuk kecil untuk
dibincangkan. E-tutor pula akan memantau atau membantu segala keraguan
yang di coretkan di forum. Jadi persoalan murid dapat dijawab dengan segera.
Ini dapat mempercepatkan pemahaman murid tentang sesuatu perkara tanpa menunggu
masa yang lama untuk mendapatkan jawapan.
2.3.3 Digital Library
Digital Library adalah perpustakaan di
alam maya. Bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, pastinya murid
memerlukan buku rujukan kerana tidak semua perkara yang dikehndaki ada di dalam
nota yang disediakan. Nota tambahan pastinya diperlukan oleh murid. Murid boleh
meminjam buku di atas talian. Di digital library, murid juga diberi kad
pinjaman seperti perpustakaan biasa. Pada kad terbabit terdapat no id murid.
Secara automatiknya pustawan mengetahui butiran mengenai murid terbabit. Di digital
library juga, terdapat buku yang dicetak dan buku yang terus boleh di akses
melalui portal. Bagi buku yang dicetak, perlu di ambil di perpustakaan sekolah
tetapi hanya dengan menunjukkan no panggilan pustakawan boleh terus memberi
buku yang dikehendaki tanpa perlu mencari semula buku terbabit. Selain dari
itu, bank soalan peperiksaan yang lepas juga terdapat di digital library.
Ini bermakna digital library sangat berguna kepada murid sekolah bestari
kerana aplikasi semua teknologi komputer menjadi mudah dan ia sangat membantu
murid dalam membuat rujukan.
2.3.4 Contoh Rutin Harian Seorang Murid
Sekolah Bestari
Jam 7.20 pagi murid-murid akan datang ke sekolah.
Kedatangan mereka di kira apabila mereka mula log masuk kedatangan elektronik.
Selepas log masuk mereka akan ketahui aktiviti harian di dalam buliten portal.
Jam 8.40 pagi murid – murid akan mengambil bahagian dalam sidang video.
Kemudian jam 9.30 pagi murid mendengar persembahan multimedia
oleh guru sains. Semasa rehat jam 10.30 pagi mereka akan menyemak email yang
masuk. Selepas rehat, jam 11.40 pagi murid akan membentangkan laporan lisan di
hadapan kelas yang rakaman video. Kemudian murid akan mengumpulkan maklumat
untuk satu projek untuk ditulis laporan mengenainya. Jam 3 petang, murid akan
main permainan berasaskan komputer dan menggunakan realiti maya dan bunyi.
Akhirnya jam 8.00 malam murid akan menghantar draf laporan kepada ahli kumpulan
dan mengenai keraguan pada pelajaran pada hari ini.
3.0 PERUBAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH SKAR
3.1 HARDWARE (PERKAKAS)
Kita sedia maklum bahawa SKAR sebuah sekolah di luar
bandar. Sudah pasti hardware yang ada di sekolah berkenaan jauh
ketinggalan. Perubahan yang perlu ada bagi menyokong perlaksanaannya ialah komputer. Ini kerana komputer akan digunakan
sepenuhnya di sekolah bestari. Bekalan komputer mestilah mencukupi agar ia
bersesuaian dengan kapasiti murid yang ada supaya matlamat penubuhan sekolah
bestari di SKAR tercapai. Oleh itu, di setiap meja guru di bilik beliau perlu
ada sebuah komputer yang perlu dilengkapi dengan kemudahan internet, pencetak,
pengimbas, pembesar suara dan sebagainya. Di dalam kelas pula, sudah seharusnya
komputer mencukupi bagi setiap murid dan guru agar pembelajaran dapat di
jalankan dengan selesa dan matlamat boleh dicapai. Bagi menyokong penggunaan
komputer, setiap kelas juga harus dilengkapi dengan OHP, projector, layar putih
dan sebagainya. Selain dari itu, murid – murid dan guru – guru juga perlu
dibekalkan dengan sebuah netbook atau tablet seperti I Pad, dan
Galaxy Tab. Ini kerana segala tugasan, pemberitahuan, nota dan sebagainya
yang diberikan oleh guru adalah melalui portal. Portal hanya boleh diakses
melalui internet. Jadi, jika murid dibekalkan tablet atau netbook mereka boleh mengaksesnya
di mana sahaja. Murid boleh mengulangkaji di mana sahaja tanpa membawa buku.
Murid juga dapat maklumat terbaru dengan pantas.
3.2 SOFTWARE (PERISIAN)
Dengan penggunaan komputer sepenuhnya, pasti menggunakan
perisian bagi menyokong penggunaan komputer tersebut. Komputer – komputer yang
digunakan mestilah menggunakan perisian yang terkini agar ia berkembang seiring
dengan perkembangan teknologi semasa yang digunakan oleh dunia. Setiap perisian
yang dibekalkan haruslah dilengkapi dengan microsoft office seperti
microsoft word, microsoft excel,dan microsoft Power Point yang
terbaru bagi membolehkan murid membuat tugasan yang diterima. Selain itu juga,
portal sekolah dijadikan satu perisian yang utama di dalam setiap komputer yang
digunakan. Oleh itu, perisian – perisian ini perlu bagi melancarkan perjalanan
pembelajaran sekolah bestari.
3.3 PEOPLE ( ORANG )
Tanggungjawab sebagai ibubapa boleh memainkan peranan
yang penting dalam membantu Sekolah Bestari menyediakan pendidikan individu
bagi murid. Murid akan melakukan yang lebih baik apabila ibu bapa mereka yang
terlibat sama dalam proses pembelajaran. Ibubapa akan memantau kemajuan kanak-kanak,
dan menyediakan bimbingan, dan motivasi. Ibubapa perlu membiasakan dengan
proses baru pendidikan, kesediaan untuk membantu dengan membangunkan pengajaran
dan pembelajaran dan bahan-bahan penilaian, serta keupayaan untuk mengakses pangkalan
data domain awam elektronik sekolah. Selain itu, guru-guru sekolah bestari perlu
latihan intensif tentang kemahiran teknologi maklumat. Di samping itu juga, guru
perlu dilatih bagi menggalakkan murid untuk mengambil bertanggungjawab ke atas
pembelajaran mereka sendiri. Ia perlu untuk memberikan peluang kepada guru
untuk meneroka pelbagai bidang dan strategi serta peluang untuk melibatkan diri
dalam dunia yang sebenar.
4.0 KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya, bagi melaksanakan sekolah bestari adalah berlandaskan komputer
dan teknologi terkini. Penggunaan
komputer akan mempengaruhi pentadbiran di sekolah yang mana sistem HRIS boleh
dilaksanakan kerana ia adalah gabungan antara sumber manusia dan teknologi
maklumat. Ini kerana sistem yang lebih efektif
diperlukan di sekolah bestari agar pentadbiran sekolah dapat diuruskan dengan
baik dan cekap. Selain dari itu, pengajaran yang dijalankan oleh guru juga
mempengaruhi perlaksanaan sekolah bestari. Pengajaran adalah berdasarkan
interaktif di dalam bilik darjah dan berdasarkan rangkaian. Gaya
pembelajaran berdasarkan di dalam kelas menggunakan teknologi seperti
persembahan slaid, aktiviti yang berkaitan dengan subjek, penggunaan tiga
dimensi objek dan persembahan audio dan video. Berdasarkan rangkaian, guru juga
berhubung dengan murid melalui e-mail. Di dalam pengajaran yang
dijalankan oleh guru juga, disertakan contoh rutin harian guru dan murid
sekolah bestari. Bagi menjalankan sekolah bestari, perubahan yang perlu
dilakukan adalah berdasarkan perkakas untuk merealisasikan sekolah bestari,
perisian bagi menyokong penggunaan tekonologi moden dan orang iaitu guru,
ibubapa dan masyrakat sekeliling yang terlibat secara langsung atau tidak. Oleh
itu, banyak perkara yang mempengaruhi penubuhan sekolah bestari dan banyak juga
perubahan yang diperlukan bagi merealisasikan sekolah bestari di luar Bandar.
not in on july...
baru terperasan dah sebulan lebih tak menulis blog ni... memang rindu,, nak katakan sibuk sgt tu xde la,,, cuma kekadang jadi malas nak menulis.. bila nak menulis, memikir sentivity orang lain.. jadi sy decide bercerita sendiri tanpa ada tulisan,, hanya aku yang tahu..
oh ya, bulan 7 aku ada pergi sabah..
im very happy with sabah...
maybe sbb jarang berjalan... n our guider pn the best...
we miss u En. Razli...
aku tengah exam skang ni...
walaupun bulan puasa...
cuma aku ralat, xpergi terawih,,,
aku nak cube pergi esok la,,,
sebenarnya ak tengah sedih..
xtao la ap yang aku sedihkan...
mungkin ini balasan atas dosa2 yang aku pernah lakukan dahulu..
aku ni byk sgt memikir bende yang xsepatutnya...
hal orang lain pn aku sibuk nak fikir...
seronok orang lain happy dengan pasangan masing2..
sedangkan aku... da lebih dua tahun sendiri,,,
mencintai orang y tak mencintai aku
kadang2 aku gembira dengan hidup ini...
kadang2 aku amat sedih..
Hanya Allah yang tahu...
aku xmampu nak ceritakan pada sesiapa,..
blog ini la kawan baik aku....
owh ye... nnti aku update gambo pergi sabah...
i miss sabah...
where next?
sabah lagi pn ok....:D
ok la,
happy puasa...
........salam........
Subscribe to:
Posts (Atom)