Pengenalan
Pembelajaran dalam
talian bukanlah perkara baru di negara kita. Kebiasaannya pembelajaran dalam
talian ini digunakan oleh golongan yang
sudah bekerja dan menambah nilai dalam pekerjaan. Terdapat pelbagai definisi
dan pandangan tentang pembelajaran dalam talian. Di antaranya adalah:
Teaser dan Blienzer
(1999) pula berkata, guru dan pelajar berada di kawasan dan masa yang berasingan.
Menurut salmon (2000)
perkataan dalam talian mempunyai sejarah dengan telegraf apabila mesej dihantar melalui
mesin dan kemudian melalui talian telefon
khas. Maksud moden dalam talian merujuk kepada penggunaan komputer yang
menghubungkan ke internet melalui talian telefon.
Apabila pembelajaran dalam
talian, internet digunakan. Internet membolehkan kita berkomunikasi secara seorang
dengan seorang.Contohnya guru berkomunikasi dengan pelajar melalui email
mengenai tugasan. Internet juga membolehkan berkomunikasi secaraseorang dengan ramai.
Contohnya seorang pelajar menghantar soalan
untuk dibincangkan dalam kumpulan. Teknologi lain
yang mungkin digunakan dalam pembelajaran dalam talian adalah chat (berbual), Instant Messaging (mesej segera), video conferencing
(persidangan video), dan audio conferencing
(persidangan audio).
Mengikut pandangan
Derek (2003), pembelajaran dalam talian bermaksud penyampaian pembelajaran,
latihan atau program pendidikan dengan cara elektronik.
Pembelajaran dalam talian melibatkan penggunaan computer atau peranti elektronik
(contoh: telefon mudah alih) dalam beberapa cara untuk menyediakan latihan, bahan pendidikan atau pembelajaran.
Pembelajaran dalam talian boleh diakses di mana dan bila-bila masa. Ia mengatasi
kekangan masa, kehadiran dan perjalanan.
Ini bermakna,
pembelajaran dalam talian bermaksud pembelajaran atau program pendidikan dengan cara elektronik.
1.1
Ciri-ciri perbezaan di
antara pembelajaran dalam talian dengan bentuk pembelajaran tradisional
Pembelajaran dalam talian
lebih mudah dan cepat jika dibandingkan pembelajaran secara traditional memerlukan peruntukan
masa tertentu.
Pembelajaran dalam talian
juga dijalankan pada bila-bila masa dan di mana jua tetapi pembelajaran secara
traditional memerlukan peruntukan masa dan tempat yang tertentu.
Oleh itu, pembelajaran dalam talian lebih menjimatkan jika
dibandingkan dengan pembelajaran traditional kerana pelajar tidak memerlukan kos
perjalanan ke tempat pembelajaran.
Oleh kerana pembelajaran
dalam talian sangat berbeza dengan pembelajaran traditional, pembelajaran dalam talian mempunyai cabaran
yang perlu dihadapi oleh pelajar dan guru.Perkara ini akan dibincangkan dalam bab
yang seterusnya.
2.0 Ciri
– Ciri Perbezaan Cabaran Pembelajaran DalamTalian
2.1 Kelewatan
Menjawab Persoalan
Menurut kajian Petrides (2002), sebahagian daripada
peserta berpendapat kelewatan menjawab persoalan di dalam talian berbanding dengan
perbincangan di dalam kelas, pelajar boleh mendapatkan terus jawapan yang diajukan.
Dalam
kajian Vonderwell (2003), dilaporkan kelemahan kursus dalam talian adalah
kelewatan mendapat maklum balas segera dari pengajar. Salah seorang peserta
dalam kajian ini menyatakan bahawa
apabila beliau mengajukan soalan melalui e-mel untuk pengajar, ia mungkin
mengambil masa, mungkin satu atau beberapa hari sebelum mendapatkan jawapan
bagi sesebuah soalan.
Ini menunjukkan
pembelajaran dalam talian memerlukan pelajar perlu menunggu pengajar untuk membaca
dan memberi maklum balas kepada soalan-soalan yang ditanya. Setiap pelajar dan
pengajar tidak berada di tempat dan masa yang sama. Jika seseorang pelajar
memerlukan jawapan, beliau terpaksa menunggu. Ini boleh menjadikan pelajar
menangguhkan untuk membuat sebarang
pembelajaran atau ulangkaji. Emosi pelajar juga akan terganggu kerana mungkin pada masa itu sahaja beliau
mempunyai masa yang terluang. Pelajar yang menggunakan pembelajaran dalam talian biasanya terdiri
daripada pekerja dan masa sengkang adalah terlalu terhad untuk menjalankan pembelajaran dalam talian.
2.2 Tiada Akses Internet
Komponen
yang terpenting pembelajaran dalam talian adalah akses internet. Pengajar dan
pelajar berada di tempat yang berbeza. Akses internet adalah penghubung antara pelajar dan pengajar. Cabaran
utama pembelajaran dalam talian adalah tiada
akses kepada internet. Pelajar memerlukan akses internet adalah untuk bertukar
e-mail dengan rakan. Selain itu juga, pelajar boleh berinteraksi di dalam talian untuk
perbincangan di forum. Pelajar juga memerlukan akses internet untuk mencari
maklumat dari seluruh dunia berkenaan dengan tugasan mahupun matapelajaran. Pembelajaran
dalam talian memerlukan pelajarmengakses dan mendapatkan maklumat daripada
pangkalan data elektronik. selain itu juga, internet juga untuk mengakses maklumat berasaskan teks dan
multimedia yang merangkumi bunyi, grafik, video dan sebagainya. Pelajar dan pengajar tidak dapat berhubung
jika tiada akses internet dan ini akan menyebabkan pembelajaran terganggu. Pelajar terpaksa mencari kawasan
yang mempunyai akses internet kerana bukan semua pelajar berada di kawasan yang
mempunyai akses internet. Ini akan menyukarkan proses pembelajaran dalam talian.
Ada di sesetengah kawasan
yang mempunyai akses internet tetapi mempunyai masalah talian akses yang
perlahan. Ini juga satu cabaran bagi pelajaran dalam pembelajaran dalam talian.
Pelajar perlu mengambil masa untuk membuka sesuatu. Ia akan melambatkan proses pembelajaran.
Dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar
stress.
Pembelajaran dalam talian merupakan satu sistem pengajaran secara
jarak jauh, ini bermaksud pengajar dan pelajar terpisah atau berada di suatu
kawasan berbeza antara satu sama lain,
atau tidak bersemuka antara satu sama lain.
Pengajar
dan pelajar hanya akan berinteraksi dalam talian tetapi belum pasti pada masa
yang sama. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak
berlaku pada masa yang sama iaitu pengajar dan pelajar berada di tempat yang
sama atau berdepan antara satu sama lain. Tidak dapat disangkal lagi bahawa
semakin jauh jarak yang wujud dalam perhubungan, semakin kompleks dan mencabar
peranan pengajar dalam menggunakan segala sumber media komunikasi yang ada
untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar.
Perbezaan
antara pelajar pembelajaran dalam talian jika dibandingkan dengan pelajar biasa adalah pelajar dalam
pembelajaran dalam talian mempunyai interaksi yang minimum bukan sahaja dengan
pensyarah, tetapi juga dengan rakan sekuliah. Berkongsi idea dan pandangan di
kalangan rakan sekuliah merupakan satu
kegiatan yang sihat dan berfaedah dalam proses pembelajaran. Bagi sesetengah pelajar mempunyai rakan
sepejabat atau kenalan rapat yang sekuliah dengan mereka, maka boleh menubuhkan
kumpulan kecil untuk belajar tetapi masalah
kepada mereka yang tidak mempunyai kenalan yang belajar bersama. Ini akan
menjadi masalah kepada pelajar kerana tiada interaksi antara rakan sekuliah.
Proses pembelajaran dalam suasana "pengasingan" merupakan satu gejala
yang tidak sihat (Shireen Haron, April 1995).
2.4 Pengurusan
Masa
Menyambung
pengajian di peringkat yang tinggi adalah untuk menimba ilmu pengetahuan, meningkatkan
taraf sosial,mendapat kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya. Salah satu cabaran
pembelajaran dalam talian yang juga pengajian jarak jauh adalah masa kerana
mereka bekerja sambil belajar. Ini kerana mereka mempunyai pelbagai
komitmen,kebanyakan daripada mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan
tetap. Pelajar perlu membahgikan masa agar memperolehi masa yang berkualiti
untuk belajar dengan lebih berkesan. Di samping sibuk dengan pelajaran, kualiti
kerja juga perlu dijaga. Pelajar perlu memberi komitmen sepenuhnya semasa
melakukan apa yang hendak dilakukan. Sebagai contoh, pelajar perlu menumpukan
perhatian sepenuhnya semasa melakukan kerja dan tugasan harian dengan tidak
melakukan tugasan dalam pembelajaran semasa waktu bekerja.
Pelajar
perlu pandai membahagikan masa belajar dan bekerja supaya dapat masa yang
berkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan masa yang berkualiti?. Menurut Ab.
Rasid Mat Zin, masa yang berkualiti bermakna menggunakan masa yang ada sebaik
mungkin untuk mentelaah atau melaksanakan kegiatan pendidikan dengan berkesan. Masa tersebut mungkin memakan masa tiga atau empat jam
sehari. Jadi, masa bersama keluarga
dan aktiviti lain sudah berkurangan.
Walaubagaimanapun,
persoalan yang penting ialah apakah seseorang pelajar itu dapat belajar dan
menguruskan masa dengan berkesan?. Pelajar mungkin mempunyai masa tiga jam
sehari untuk belajar tetapi tidak mampu menguruskan masa tersebut dengan sebaik
mungkin. Waktu belajar diganggu dengan perbualan, melayan karenah anak-anak,
pasangan dan sebagainya. Maka di sini masa selama tiga jam tadi tidak digunakan
dengan sebaiknya.
2.5 Kewangan
Bekerja
sambil belajar bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Memerlukan
pengorbanan yang tinggi dari segi pengurusan kewangan kerana jika tidak
diuruskan dengan betul akan mengundang permasalahan yang lain pula. Belajar
dalam talian memerlukan kos yang tinggi. Kewangan merupakan antara cabaran
terhebat yang perlu di hadapi oleh pelajar pembelajaran dalam talian. Pelajar
perlu pandai menguruskan kewangan untuk diri sendiri, keluarga dan pembelajaran. Jika masalah kewangan tidak diuruskan dengan
baik, ia akan mengundang permasalahan yang lain. Sebagai contoh pelajar akan
mendapat stress apabila memikirkan tentang masalah kewangan. Pelajar tidak
dapat menumpukan kepada pembelajaran sepenuhnya.
Pada
kebiasaan pembelajaran dalam talian memerlukan kos antara RM1000 hingga Rm4000
untuk satu semester. Kos ini boleh menjadi bebanan kepada mereka kerana gaji
yang diperolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar malah untuk keperluan lain seperti untuk keluarga, melunaskan
hutang rumah dan kereta,
keperluan harian dan sebagainya. Namun
begitu hasrat untuk mendapat kejayaan, kemahiran serta pengetahuan tidak
menghalang mereka untuk terus belajar demi masa depan yang cemerlang. Permasalahan
yang lebih besar lagi jika tidak mempunyai
simpanan atau insurans untuk menampung keperluan semasa sekiranya berlaku kecemasan dan
terpaksa membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk membayar hutang kad
kredit lain atau menapung perbelanjaan harian.
3.0 Cadangan
Dalam Mengatasi Ciri – Ciri Cabaran Pembelajaran Dalam Talian.
Setiap permasalahan pasti ada jalan
penyelesaiannya. Kejayaan tidak akan datang dengan mudah jika tanpa usaha.
Pelajar perlu mencari jalan penyelesaian agar tidak menambahkan permasalahan
yang lain pula.
3.1 Mengatasi
Masalah Kelewatan Menjawab Soalan
Pelajar dan pengajar perlu
mewujudkan suatu kumpulan pembelajaran dalam talian. Pelajar boleh berjanji
dengan rakan yang lain, masa yang sesuai untuk berada dalam talian pada masa yang sama.
Ini akan memudahkan pelajar menanyakan
soalan dan pada masa yang sama pengajar boleh menjawab segala permasalahan.
Rakan – rakan di talian juga boleh memberikan pendapat dan idea masing–masing.
Sebagai contoh, satu group
diwujudkan bagi pelajar yang mengambil pengajian yang sama. Ia boleh disertai
oleh pelajar yang berlainan semester juga kerana lebih banyak idea dan pendapat
yang dapat dikeluarkan. Tidak semua pelajar mempunyai pendapat yang sama. Oleh
itu, segala persoalan dapat di jawab dan dibincangkan bersama. Akhirnya akan menjawab
setiap persoalan yang diajukan.
Pengajar boleh memberi jawapan yang tepat kepada pelajar pada masa yang
sama.
Oleh itu, pelajar tidak perlu
menunggu lama untuk mendapatkan jawapan bagi satu-satu soalan dan permasalahan. Emosi
pelajar tidak akan terganggu dan menjadikan pembelajaran dalam talian lebih
menyenangkan dan cepat. Ini kerana, pelajar boleh lebih fokus bila membaca
jawapan dan pendapat yang lain daripada mendengarinya sahaja.
3.2 Mengatasi
Masalah Tiada Akses Internet
Pembelajaran dalam talian memerlukan
akses internet. Ia merupakan satu kelengkapan yang perlu ada oleh setiap
pelajar dalam talian. Jika pelajar
berada di kawasan yang tiada akses internet, pelajar terpaksa mencari kawasan
yang terdapat akses internet. Tiada cara mengatasi yang khusus dalam
permasalahan ini kerana pada masa kini kebanyakan kawasan telah mempunyai akses
internet Cuma ada beberapa tempat dan tidak dapat dielakkan.
Belajar memerlukan pengorbanan.
Pelajar perlulah mencari jalan penyelesaian iaitu pergi ke kawasan yang
mempunyai akses internet untuk mendapatkan akses. Ini juga berkait dengan pengurusan masa
kerana pelajar perlu membahagikan masa untuk pergi ke kawasan yang
mempunyai akses internet. Selain itu,
pelajar boleh membuat rayuan daripada pihak berkuasa supaya menyediakan akses internet
di kawasan berkenaan.
3.3 Mengatasi
Masalah Kurang Berinteraksi
Berinteraksi secara lisan adalah
interaksi yang terbaik. Bagi pembelajaran dalam talian, kebanyakannya
berinteraksi secara tulisan. Ini boleh
di atasi dengan berinteraksi dengan chat
(berbual), Instant Messaging (mesej
segera), video conferencing
(persidangan video), dan audio
conferencing (persidangan audio). Sebagai contoh sidang video dan
perbincangan dalam talian misalnya berperanan sebagai bilik darjah secara maya .Seperti cara mengatasi
kelewatan menjawab soalan, bagi
mengatasi masalah kurang berinteraksi pelajar perlu membentuk kumpulan pembelajaran dalam talian. Dari
itu, pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain dan pelajar tidak akan
terasa disisihkan kerana tidak dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dalam
talian juga tenaga pengajar.
Terdapat
banyak cara boleh berinteraksi dalam talian. Sebagai contoh, skype, dan yahoo messanger, adalah salah satu daripada persidangan video yang
terdapat di talian secara percuma. Pelajar boleh menggunakan sebaik mungkin kecanggihan sistem yang sedia ada. Pelajar
boleh berinteraksi bila–bila masa dan dimana sahaja.
Oleh
itu, pelajar sewajibnya melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan teknologi moden bagi
memastikan diri tidak terasing dan ketinggalan dalam teknologi dan sumber
maklumat.
3.4 Mengatasi Pengurusan Masa
Bagi
menangani pengurusan masa pelajar perlu mempunyai jadual kerja. Penyusunan jadual kerja yang baik sangat
penting kerana ia menunjukkan keberhasilan
sesorang menguruskan masa dengan baik dan berkualiti. Jika di lihat dari sudut
yang positif,belajar dalam talian merupakan satu kelebihan kepada pelajar. Ini kerana pelajar mempunyai
waktu kemudahan yang sungguh flexsibal jika dibandingkan dengan belajar sepenuh
masa. Hanya dengan kebijaksanaan pelajar dalam mengatur mengurus dan
menggunakan masa dengan lebih cekap dan efisyen.
Pengisian
dalam jadual perlulah bijak bagi membolehkan pelajar mengatur masa untuk
belajar dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain.
Sokongan dan dorongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat
menetapkan masa untuk belajar dengan kerelaan ahli keluarga. Masa harus di
kawal untuk memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk keluarga digunakan
dengan sebaiknya. Keluarga adalah sumber inspirasi terbaik bagi seseorang
pelajar. Jika kurang mendapat motivasi dari ahli keluarga, pelajar akan
merasakan bebanan belajar dalam talian.
Antara
perkara yang boleh dilakukan adalah merancang masa dengan baik, menyenaraikan
segala tugas-tugas lebih penting kepada yang kurang penting,membahagikan masa
bekerja dengan waktu lekang, masa temu janji dan masa untuk belajar agar segala
aktiviti berjalan dengan lancar dan sistematik dan masalah pengurusan masa
dapat di atasi. Pelajar dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga dan pada
masa yang sama menjadi pelajar dan juga pekerja yang baik. Apabila masalah
pengurusan masa dapat diatasi, ia akan menyebabkan pelajar tidak berasa
terbeban dengan tugasan dan aktiviti seharian.
Pembelajaran dapat diteruskan. Hubungan dengan keluarga juga diteruskan
dengan baik tanpa sebarang masalah.
3.5
Mengatasi Masalah Kewangan
Mengatasi
masalah kewangan adalah sangat penting kerana kewangan adalah motivasi yang
terpenting pelajar. Jika wujudnya masala kewangan, ia akan berkait dengan
masalah-masalah yang lain. Pada kebiasaannya pelajar yang menyambung pelajaran
dalam talian ini adalah pegawai peringkat rendah dan kumpulan sokongan. Alasan
untuk menyambung pengajian adalah untuk menambah nilai dalam kehidupan agar
mendapat kehidupan yang lebih selesa kelak.
Ini
bermakna pendapatan semasa pelajar adalah rendah,ditambah lagi dengan bebanan
tanggungjawab yang banyak.Di sini peranan kerajaan amat penting dalam
menyediakan sumber kewangan kepada pelajar agar mendapat belajar dengan tenang
dan selesa tanpa mempunyai masalah kewangan. Sumber kewangan yang dimaksudkan
ialah yang berbentuk biasiswa atau pinjaman dengan faedah yang rendah. Bagi pekerja
sektor swasta pula, majikan juga perlu menyediakan sumber kewangan dalam bentuk
pinjaman dari syarikat dan sebagainya untuk menggalakkan pekerja meningkatkan
taraf pendidikan. Disamping itu dapat meningkatkan motivasi kepada pekerjanya
untuk terus belajar dan akhirnya dapat meningkat prestasi kerja mereka ke tahap
yang lebih baik dan cemerlang.
Pelajar
juga perlu bijak mengatur dan menguruskan wang dengan baik. keperluan
dibahagikan dari yang penting kepada yang kurang penting. Misalnya, wang
ansuran kenderaan dan rumah perlu diperjelaskan dahulu sebelum menggunakan wang
untuk keperluan yang kurang penting. Semasa belajar, banyak perkara yang perlu
dikorbankan misalnya hobi. Hobi terpaksa dilupakan seketika demi pengurusan
yang baik supaya masalah kewangan tidak akan timbul dan akan mendatangkan
masalah yang lain pula.
4.0 Kesimpulan
Setiap
perkara yang kita lakukan pasti ada cabaran dan dugaan. Kita perlu bijak menangani
cabaran-cabaran tersebut agar kita tidak lari dari tujuan asal. Begitu juga dengan pembelajaran dalam
talian mempunyai pelbagai cabaran dan halangan. Cabaran dan halangan juga dapat
memotivasikan pelajar agar berusaha menanganinya tanpa selesa dengan kemudahan
yang sedia ada.
Masalah
kelewatan menjawab soalan, tiada akses internet, pengurusan masa, kurang
interaksi dengan rakan dan pengajar dan masalah kewangan wang boleh diatasi
dengan kerjasama dari pelbagai pihak. Sehubungan dengan itu, soal ‘Pembelajaran
Dalam Talian’ mempunyai baik dan buruknya dari pelbagai segi. Cara seseorang
mengatasinya itu yang paling penting dalam hal ini. Pelajar juga perlu
bertanggungjawab dengan tanggungjawab sendiri agar semua yang dirancanakan
berjalan dengan baik dan dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang, pekerja
yang baik dan ahli keluarga yang bertanggungjawab.
Anggaplah
cabaran dan rintangan adalah satu motivasi untuk lebih berjaya dan tidak
mengalah separuh jalan kerana semua permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.
Ia terpulang kepada kita bagaimana kita menguruskannya dengan baik ataupun
tidak.
(2546 patah perkataan)