1. PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN
Di sesebuah
sekolah, guru besar adalah ketua bagi
sekolah rendah dan pengetua bagi sekolah menengah. Apapun panggilannya, tugas
dan tanggungjawab seorang ketua dalam sebuah sekolah adalah sama iaitu menjadi
ketua dalam pengurusan pentadbiran sekolah dan urusan pembelajaran. Seorang
ketua tidak akan mampu untuk mengendalikan sesebuah sekolah dengan sendiri
tanpa bantuan penolong kanan. Biasanya guru besar atau pengetua akan di bantu
oleh dua atau tiga orang penolong kanan. Penolong kanan yang menguruskan hal
pentadbiran adalah Guru Penolong Kanan Kurikulum. Manakala penolong kanan yang
menguruskan hal ehwal murid di panggil Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Penolong
kanan yang menguruskan kokurikulum adalah Guru Penolong Kokurikulum. Terdapat
juga sekolah yang mempunyai penyelia petang bagi sekolah yang mempunyai dua
sesi persekolahan. Jika sekolah terbabit mempunyai kelas pendidikan khas,
sekolah akan mempunyai Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Apabila
sesebuah sekolah mempunyai ketua dan penolong ia akan membentuk satu
organisasi. Organisasi tersebut akan melambangkan identiti sekolah tersebut. Sebelum kita mengkaji
mengenai tentang peranan dan peruntukan tugas guru penolong kanan di sekolah,
lebih elok kita memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan
ciri-cirinya. Kefahaman yang
mendalam mengenai konsep sesebuah organisasi itu penting kerana sesebuah
pengurusan dan organisasi mempunyai hubungan antara satu sama lain dan tidak
dapat dipisahkan. Organisasi boleh didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri
daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain
bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi
yang di bentuk itu kecil ataupun besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat
autoriti. Jika kita bandingkan antara kedua-dua organisasi, sudah tentu ia
berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan
pengurusan. Organisasi juga diwujudkan adalah untuk pembahagian tugas berdasarkan
jawatan yang dipegang oleh penolong kanan. Wujudnya organisasi adalah untuk
menjalankan peraturan, dasar dan hubungan dengan kakitangan yang ada.
1.2.
METHOD
PENGUMPULAN DATA
Dalam laporan yang disediakan ini, sebuah sekolah
rendah telah dipilih untuk di kenalpasti untuk dikaji fungsi peranan dan
peruntukan tugas dan tanggungjawab guru penolong kanan. Dua orang penolong
kanan di kenalpasti untuk dikaji peruntukan tugas dan tanggungjawabnya di
sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid. Temubual telah dijalankan terhadap dua orang guru senior yang telah
dipilih bagi mengetahui bagaimana pandangan guru tentang kejelasan peranan guru
penolong kanan yang ada di sekolah dan juga pandangan guru tentang peranan guru
penolong kanan sebagai guru pakar mengajar. Soalan-soalam temubual dilampirkan
di Lampiran 1. Guru – guru berkenaan juga
dirujuk bagi mendapatkan dokumen dan rekod berkaitan dengan bidang tugas
penolong kanan. Guru – guru terbabit dipilih kerana sudah berkhidmat lebih lima
tahun di sekolah berkenaan dan beberapa kali berpeluang berkhidmat dengan
beberapa orang guru penolong kanan. Maka, pemilihan guru-guru berkenaan boleh
dikatakan tepat kerana mereka sudah berkhidmat lama dan mengetahui bidang tugas
sebenar guru penolong kanan.
Selain dari temubual yang di jalankan, bagi
mendapatkan maklumat yang lebih mendalam, laman sesawang Kementrian Pelajaran
Malaysia dan laman sesawang yang lain juga banyak membantu mendapatkan maklumat
yang dikehendaki. Melalui dari temuramah yang dijalankan, dapat ketahui bidang
tugas dua orang guru penolong kanan dan pandangan guru senior terhadap peranan
guru penolong kanan dan juga pandangan tentang peranan guru penolong kanan sebagai
guru pakar mengajar di dalam laporan di bawah.
2.
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN
2.1. GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
Guru Penolong Kanan Kurikulum merupakan Guru Penolong Kanan
yang menguruskan kurikulum dan pentadbiran sekolah. Beliau melaksanakan segala
tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan guru besar di sekolah dan juga bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan mengambil tindakan
susulan atas pengurusan kurikulum dalam urusan pentadbiran dan menjaga hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. Guru
Penolong kanan Kurikulum juga perlu mengajar enam jam seminggu iaitu dua belas
waktu mengajar mengikut arahan guru besar sekolah berkenaan. Objektif
pengurusan kurikulum dilaksanakan adalah untuk menyediakan sistem pengurusan
kurikulum dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan, menyediakan data dan
maklumat guru yang terkini dan betul. Ia juga bertujuan untuk memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan berkesan dan juga memastikan pengurusan
peperiksaan dalaman dan awam berjalan dengan lancar dan telus. Selain itu, ia
bagi memastikan semua kelas mempunyai jadual waktu yang terkini dan pencerapan
dan pemantauan dijalankan mengikut takwim yang ditetapkan. Segala bidang tugas
Guru Penolong Kanan Kurikulum dalam pengurusan dan pentadbiran di bincangkan di
bawah.
2.1.1. PENGURUSAN KURIKULUM
Pengurusan Kurikulum memerlukan guru besar dan guru penolong kanan
mengadakan mesyuarat kurikulum. Mesyuarat ini bertujuan untuk membuat
perancangan untuk setahun, menyenaraikan senarai tugas untuk semua guru panitia
dan membuat perancangan pengajaran, sukatan dan buku panduan. Beliau juga menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah bersama guru besar
dan guru penolong kanan yang lain. Setelah semua perancangan dibuat, guru penolong kanan
kurikulum perlu menentukan perancangan harian, mingguan, penggal dan tahunan
dibuat oleh guru. Beliau juga akan memastikan semua program panitia
matapelajaran berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Beliau perlu
melaksanakan kursus pengajian bagi memastikan setiap guru memahami
matapelajaran yang diajar di sekolah seperti kursus LADAP. Selain itu juga, beliau membantu dalam
pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan
bengkel.
Beliau berhak menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan
sumber pendidikan dan memastikan pusat sumber digunakan semaksimum yang boleh. Beliau
juga perlu menyediakan jadual waktu P&P dan guru ganti bagi memastikan
semua P&P berjalan dengan lancar. Beliau perlu menguruskan peperiksaan awam
iaitu UPSR dan dalaman seperti PKSR 1&2. Selain itu,beliau perlu memastikan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), KIA2M dan PROTIM dijalankan. Selepas
semua di rancang dan dilaksanakan, laporan kurikulum perlu dibuat dan Guru
Penolong Kanan Kurikulum perlu membantu Guru Besar memastikan pencerapan dan
pemantauan dijalankan mengikut takwim sekolah yang telah ditetapkan.
2.1.2. PENGURUSAN PENTADBIRAN
Dalam pengurusan pentadbiran pula, Guru Penolong Kanan membantu
menentukan agihan tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru. Selain itu,
membantu dalam pengurusan peperiksaan awam atau dalaman, kursus dan latihan
untuk guru dan kakitangan bukan guru. Beliau juga perlu menyediakan data EMIS
dan Maklumat Kelas Guru (MKG), membantu menyediakan laporan prestasi guru dan
kakitangan sokongan sekolah dan perlu memastikan perkembangan staf dijalankan
mengikut takwim sekolah. Guru Penolong Kanan perlu menjadi ahli lebaga
tatatertib sekolah dengan memberi pandangan tentang salah laku pelajar . Selain
itu juga, guru penolong kanan kurikulum membantu menyediakan anggaran
belanjawan tahunan sekolahdalam mengurus perbelanjaan pembangunan dan
menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan juga menandatangani semua
cek sekolah bersama-sama dengan guru besar.
2.2. GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID
Bidang tugas umum Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kurikulum adalah sama iaitu, menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika
ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan mengajar
sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan
mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. Bidang tugas Guru Penolong
Kanan Hal ehwal Murid terbahagi kepada pentadbiran, bimbingan dan displin,
perlindungan murid dan skim pinjaman buku teks, biasiswa dan bantuan dan juga
kokurikulum.
2.2.1.
PENTADBIRAN
Guru
penolong kanan hal ehwal murid ditugaskan mengurus dan mengemaskini semua buku rekod pendaftaran murid. Beliau juga
perlu menyemak semua buku kedatangan
harian murid dan memastikan semua butirannya dikemaskini. Bagi murid-murid yang baru masuk ke
sekolah berkenaan, beliau perlu mengurus kemasukan
dan penmpatan murid ke kelas tertentu dengan bantuan guru kelas. Pengurusan pertukaran dan berhenti sekolah
juga diuruskan oleh guru penolong kanan hal
ehwal murid bagi mengisi dokumen dan borang-borang tertentu. Selain itu, beliau
juga membantu menyediakan anggaran
belanjawan tahunan sekolah bersama guru besar
dan guru penolong kanan yang lain dan membantu merancang dan menyediakan takwim sekolah.
2.2.2.
BIMBINGAN DAN DISPLIN
Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid perlu menerapkan amalan-amalan dan nilai murni
dilaksanakan dengan sempurna, memastikan segala peraturan dan undang-undang
sekolah dikuatkuasa dan bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas
Sekolah. Beliau juga merancang dan menyelaras pelaksanan program bimbingan dan
kaunseling bagi murid. Bagi sekolah yang besar, sekolah layak menerima seorang
guru kaunseling. Bagi sekolah yang kecil dan tidak layak menerima guru
kauseling, unit kaunseling ini akan diselaraskan oleh Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid sendiri dan jawatan kuasanya.
2.2.3.
SKIM
PINJAMAN BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN
Penolong kanan hal ehwal
murid perlu mengurus segala kutipan, pengumpulan dan butiran peribadi bagi
murid yang bakal menerima buku teks. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan
pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks dan
menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT. Guru penolong kanan perlu menyelenggara dan membuat
perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik
yang baik dan dari golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu perlu
mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan kewangan yang diberikan kepada murid dan menguruskan segala
tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak
menerimanya.
3. ANALISIS KEJELASAN PERANAN GURU PENOLONG
KANAN
3.1 GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
Melalui temubual yang dijalankan ke atas dua orang guru senior,
mereka berpendapat tugas bahawa tugas seorang Penolong Kanan Kurikulum adalah
penting di sesebuah. Ini kerana Penolong Kanan Kurikulum merupakan orang kedua
selepas guru besar di sekolah. Segala hal pentadbiran dan kurikulum di menjadi
tanggungjawab beliau semasa ketiadaan guru besar di sekolah. Tugas seorang
Penolong Kanan Kurikulum sangat mencabar kerana beliau menjadi seorang tahu
menguruskan hal pentadbiran dan menyelesaikan masalah yang timbul. Beliau juga
merupakan penasihat kepada Guru Besar secara tidak rasmi kerana semua
permasalahan yang timbul, Guru Besar akan merujuk kepada Penolong Kanan Kurikulum
terlebih dahulu. Penolong Kanan Kurikulum juga adalah seorang yang neutral dan
berkemampuan menyelesaikan masalah semua kakitangan di bawahnya. Walaupun
beliau sibuk dengan tugas pengurusan, beliau juga tidak terkecuali untuk
mengajar 6 waktu seminggu mengikut keperluan sekolah.
Menurut seorang guru yang di
temubual, Penolong Kanan Kurikulum bukan
sahaja merancang dan menyelaraskan hal-hal yang
berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian tetapi beliau juga sanggup duduk
bersama guru untuk memberi nasihat tentang soalan – soalan yang akan dibuat
oleh guru. Beliau sendiri yang akan menyusun kertas yang sudah direso dan
menyemak satu persatu kertas soalan berkenaan. Beliau juga mencari altenatif
sendiri bagaimana untuk memupuk murid suka membaca dengan beliau menyumbangkan
buku – buku peribadi beliau ke sekolah. Selain dari itu, beliau bekerja keras
untuk membantu murid yang lemah dalam sesuatu matapelajaran. Beliau tidak lokek
masa untuk datang ke sekolah pada hujung minggu untuk memberi kelas tambahan
khas buat murid yang lemah. Dalam bidang pengurusan pula, beliau sentiasa
bertanyakan masalah dan kekangan yang di hadapi oleh kakitangan sekolah samaada
guru mahupun kakitangan sokongan sekolah.
3.2. GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Semua
sedia maklum, semua yang berkaitan dengan murid akan di rujuk kepada Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pendaftaran murid baru, pertukaran sekolah,
kedatangan murid ke sekolah dan sebagainya yang berkaitan dengan hal ehwal
murid. Menurut temubual yang telah di
jalankan, seorang guru senior berpendapat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
adalah seorang yang prihatin dengan murid dan perkembangan terbaru mengenai hal
yang melibatkan murid. Sebagai contoh, cara-cara yang diperlukan oleh ibubapa
untuk menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana sistem yang digunakan
berubah - ubah. Pada penghujung tahun beliau akan menguruskan kemasukan murid
yang baru ke sekolah. Beliau juga sangat peka dengan kebersihan kantin bagi
menjamin tiada murid atau guru di sekolah mengalami keracunan makanan. Beliau
juga akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Guru Besar dan pentadbiran jika guru besar dan Guru
Penolong Kanan Kurikulum tiada di sekolah.
Menurut seorang lagi guru yang ditemubual,
tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memerlukan komitment yang tinggi. Beliau
juga seorang peka mengenai kebajikan murid dan perlu dirujuk jika ada masalah
berkaitan dengan murid. Setiap murid yang kurang berkemampuan akan di bantu
dengan sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan dari pihak berkuasa. Begitu juga
dengan skim pinjaman buku teks. Beliau akan memastikan bekalan buku teks di
sekolah adalah mencukupi. Beliau juga akan memastikan, merancang dan menyelaras pelaksanan program bimbingan dan
kaunseling bagi murid. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga peka dengan
kedatangan murid ke sekolah, murid yang datang lewat dan masalah murid ponteng.
Beliau menjalankan tugas dengan komitment yang tinggi bagi memastikan semua
masalah berkenaan di kurangkan atau di sifarkan.
Tugas sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sangat penting di
sesebuah sekolah. Walaupun Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sibuk dengan
hal-hal pentadbiran beliau juga tidak terkecuali untuk mengajar
sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu mengikut keadaan sekolah.
4. GURU
PENOLONG KANAN SEBAGAI SEORANG PAKAR MENGAJAR
Guru
penolong kanan merupakan antara orang yang terpenting di sekolah kerana beliau
bukan sahaja perlu mengajar tetapi menguruskan hal ehwal pentadbiran sekolah. Kriteria
pemilihan guru penolong kanan adalah seorang yang mendapat markah prestasi yang
melebihi tahap yang ditetapkan. Prestasi yang dilihat adalah dua tiga tahun
sebelum pelantikan di buat. Jika, prestasi beliau melebihi tahap minimum sudah
pasti beliau seorang guru yang cemerlang. Setiap guru mempunyai option
matapelajaran yang diajar. Beliau juga dilihat sebagai guru yang pakar mengikut
option beliau. Guru penolong kanan juga mestilah seorang guru yang
berpengalaman. Syarat pemilihan guru penolong kanan adalah guru mesti
ditemuduga terlebih dahulu. Ini bermakna
beliau mempunyai kriteria seorang guru yang pakar mengajar. Menurut temubual
yang dijalankan terhadap guru yang pertama, beliau berpendapat penolong kanan
adalah seorang pakar dalam segala hal termasuk P&P dan pengurusan. Seorang
penolon kanan mesti menguasai satu satu matapelajaran dan mampu mengendalikan
kursus dalaman kepada guru di sekolah. Sewajar dengan guru pakar mengajar, beliau
juga menjadi role model kepada guru lain dibawahnya. Semua guru hormat
kepada guru penolong kanan bukan hanya kerana jawatan yang beliau sandang
tetapi juga kerana kepakaran beliau dalam sesuatu matapelajaran. Menurut guru
lagi, pelantikan beliau sebagai guru penolong kanan adalah sangat wajar
kerana beliau mampu menyumbang tenaga dan kepakaran kepada sekolah sebagai pakar rujuk dalam
pengurusan atau mata pelajaran.
Seorang lagi guru yang temubual juga
berpendapat seakan sama. Beliau berpendapat guru penolong kanan mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam matapelajaran. Selain itu,
beliau juga mahir dalam aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti
P&P di dalam bilik darjah. Guru Penolong Kanan juga berupaya menjadi sumber
inspirasi dan pakar rujuk kepada guru lain untuk mempertingkatkan kualiti
proses pembelajaran dan pengajaran pada masa depan. Beliau juga merancang dan
mengendalikan kursus dalaman yang di hadiri oleh semua guru. Beliau mempunyai
pengetahuan tentang semua matapelajaran yang di ajar di sekolah. Sebagai
seorang Penolong Kanan, beliau bukan sahaja perlu menguruskan hal pengurusan
dan menanggung tanggung jawab guru besar semasa ketiadaan guru besar di sekolah
tetapi beliau juga di wajibkan mengajar 6 jam satu minggu. Ini berketetapan
sebagai seorang guru pakar mengajar kerana beliau perlu menjalankan dua kerja
dalam satu masa iaitu pengurusan dan pengajaran. Sewajarnya guru penolong kanan
digelar sebagai guru pakar mengajar dan menjadi contoh kepada guru lain.
5. RUMUSAN
Secara
keseluruhannya, peranan guru penolong kanan di sekolah sangat diperlukan oleh
sekolah kerana guru penolong kanan mampu mengendalikan pentadbiran dan mengajar
pada masa yang sama. Guru penolong kanan merupakan orang yang penting di
sekolah selepas guru besar. Tugas-tugas yang diberikan kepada guru penolong
kanan juga meliputi segala hal di sekolah. tugas – tugas itu di agihkan kepada
guru penolong kanan yang ada. Hal pentadbiran dan kurikulim di tugaskan kepada
Guru Penolong Kanan Kurikulum. Bagi hal ehwal berkaitan dengan murid, misalnya
kemasukan murid baru dan murid yang hendak berpindah akan di kendalikan oleh
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan aktiviti kokurikulum, sukan seperti
program yang baru diperkenalkan iaitu satu sukan satu murid dikendalikan oleh
Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Di dalam laporan ini, kita hanya membincangkan
tentang Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
sahaja.
Bagi Guru Penolong Kanan Kurikulum, beliau
merupakan orang kedua dalam pentadbiran sekolah. Beliau akan memastikan
kurikulum berjalan dengan lancar. Beliau juga membantu guru besar menyelia dan
menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pandangan guru terhadap
kejelasan tugas beliau juga tentang tanggungjawab mengendalikan guru-guru dan
kakitangan di bawahnya. Beliau juga mampu menyesaikan masalah yang berbangkit.
Sebagai guru pakar mengajar pula, Guru Penolong Kanan Kurikulum mempunyai
prestasi yang baik untuk dilantik sebagai penolong kanan. Beliau juga menjadi
pakar rujuk kepada guru-guru yang lain. Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula, beliau menguruskan hal pentadbiran semasa
ketiadaan guru besar. Pandangan guru tentang kejelasan peranan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang
ditemubual, tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkait rapat dengan
pengurusan murid, kebajikan murid dan displin murid. Sebagai seorang guru pakar
dalam mengajar juga, beliau menjadi pakar rujuk oleh guru-guru melalui pengetahuan,
kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam matapelajaran yang beliau ada. Kesimpulannya,
tugas yang diberikan kepada penolong kanan selari dengan pandangan guru-guru
terhadap peranan dikalangan guru penolong kanan dan persepsi guru terhadap
peranan guru penolang kanan sebagai guru pakar mengajar adalah sewajar dengan
prasyarat yang diberikan untuk pelaktikan sebagai seorang guru penolong kanan.