Antara asiggnment aku yang teruk jugak la... sbb tak suka la apa yang diorang mintak...huhu
1.0 PENDAHULUAN
Dutch
Lady Milk Industries Berhad ("Dutch Lady Malaysia") ditubuhkan pada
tahun 1963 sebagai peneraju tenusu berkualiti Malaysia. Ia merupakan satu
syarikat multinasional dari Belanda iaitu Royal Friesland Campina NV yang
merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Syarikat ini sebuah
syarikat yang menghasilkan dan menjual pelbagai
produk tenusu dan minuman berasaskan buah-buahan untuk pengeluar makanan dan
pengguna profesional. Syarikat ini juga mempunyai rangkaian pasaran di Eropah,
Timur Tengah, Afrika dan juga Asia Tenggara. Pemegang saham terbesar syarikat ini
adalah Permodalan Nasional Berhad. Dutch Lady Malaysia dipengerusikan oleh
Dato’ Zainal Abidin Bin Putih. Beliau merupakan seorang pengarah bebas dan
bukan eksekutif. Beliau telah menjadi pengerusi Dutch Lady Malaysia sejak 27
Mei 2009. Beliau juga merupakan seorang
Akauntan Bertauliah dari Institute of Chartered Accountants (England &
Wales), dan juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan
Institut Akauntan Malaysia (MIA). Rahul Colaco pula
merupakan pengarah urusan di Lembaga Pengurusan Dutch Lady Milk Industries Berhad.
Dutch Lady
Malaysia beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Syarikat ini mempunyai 600
orang pekerja dan merancang meluaskan kawasan kilang dengan keluasan 4.046
hektar. Perolehan pendapatan syarikat pada tahun 2009 adalah RM692 juta. Dutch
Lady telah meningkatkan perbelanjaan modal kepada RM20 juta, terutama untuk
jentera baru untuk menampung jangkaan permintaan yang meningkat. Dutch
Lady merupakan peneraju pasaran bagi produk tenusu seperti susu UHT, Susu
Steril dan Susu untuk membesar. Di awal perniagaan Dutch Lady adalah sebuah syarikat
pengilangan susu pekat manis. Kemudian, ia semakin luas dari peringkat susu
untuk rumusan bayi, susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan juga
yogurt. Antara produk untuk kanak-kanak membesar adalah susu untuk membesar
123DL, 456DL dan 6+DL. Ia mengandungi 5XDHA*, anak-anak akan mendapat lebih
banyak rangsangan perkembangan otak. DL Active Gold STEP 3 dan DL Active Gold
STEP 4 pula untuk membolehkan anak menyimpan lebih tenaga yang cukup untuk otak
dan pembelajaran. Selain itu, Friso Gold 3 dan Friso Gold 4 mengandungi DHA, AA
dan SA, bagi mempercepatkan penghantaran maklumat antara sel-sel otak untuk
membantu pembangunan keseluruhan kanak-kanak yang semakin meningkat.
Produk untuk keluarga pula adalah minuman Coklat DL,
yogurt DL, Susu UHT DL, Susu UHT DL : Kid, Susu UHT DL : School, Susu Steril
DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Kesemua
produk ini mempunyai khasiat tersendiri. Bagi Coklat DL, ia penuh dengan
kebaikan susu, Omega 3 dan 6 dan Vitamin B-Kompleks serta membantu anda kekal
bertenaga dan bersedia sepanjang hari. Yogurt DL pula, merupakan satu-satunya yogurt mempunyai vitamin A, C
& E dan ia juga mengandungi budaya aktif hidup yang akan meningkatkan
penyerapan nutrien bagi memastikan sistem penghadaman serta kekal sihat. Dutch
Lady termasuk dalam industri pemakanan yang berkaitan dengan pertanian iaitu
industri tenusu. Semua produk Dutch Lady menggunakan susu tepung yang diimport
100 peratus dari Australia New Zealand Eropah dan Amerika Syarikat.
2.0 PERSEKITARAN
MACRO
Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran dalam menguruskan
sesuatu perniagaan adalah sangat penting kerana ianya dapat menentukan kejayaan
dan dapat mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan yang ingin diuruskan. Kesemua
aspek yang melibatkan perniagaan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor
persekitaran yang ada dan agak sukar untuk mengawal kesemua persekitaran yang
ada tetapi cukup sekiranya dapat memahami faktor-faktor tersebut. Sesuatu
perniagaan perlu dinilai bukan sahaja sebelum memulakan sesuatu perniagaan
tetapi semasa di peringkat usaha. Usaha persekitaran dapat dibahagikan kepada
dua iaitu persekitaran luaran dan persekitaran dalaman dan luaran. Persekitaran
dalaman adalah berdasarkan struktur organisasi, budaya dan sumber. Bagi
persekitaran luaran terbahagi kepada dua iaitu persekitaran macro dan
persekitaran micro. Persekitaran micro terdiri daripada pelanggan, pesaing,
pembekal, institusi kewangan, organisasi bukan kerajaan dan agensi kerajaan.
Persekitaran macro adalah politik dan perundangan, ekonomi, teknologi dan
sosio-budaya.
2.1 POLITIK DAN
PERUNDANGAN
Politik dan perundangan
di dalam persekitaran makro adalah untuk kepentingan bagi bersaing mendapatkan
perhatian dan sumber. Usahawan perlu taat dan patuh kepada dasar, undang-undang
dan peraturan di mana perniagaan beroperasi. Terdapat banyak perbezaan politik
dan perundangan di antara negara dengan negara yang lain. Di dalam politik dan
perundangan kita perlu lihat dari segi isu global dan isu negara. Isu global
adalah berkaitan dengan halangan perdagangan dan tarif, risiko politik serta perjanjian
perdagangan. Kesemua isu-isu ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
Halangan perdagangan dan tarif ini
dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang di dagangkan di peringkat
antarabangsa. Salah satunya adalah menghalang aliran bebas sumber-sumber dari
negara-negara lain sebagai perlindungan bagi industri negara. Sebagai contoh
sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas industri permotoran negara. Isu
global juga berkaitan dengan risiko politik iaitu ketidakstabilan politik,
rasuah dan keganasan di negara atau sekitarnya. Bagi kawasan yang mempunyai
risiko, adalah sukar untuk membeli, melindungi dan melupuskan sumber. Antara
risiko lain adalah keganasan politik dan fizikal, peras ugut dan rasuah. Ini
menyebabkan pertambahan kos usaha.
Selain dari itu,
terdapat juga isu global dari segi perjanjian
perdagangan. Perjanjian ini adalah di antara negara-negara terlibat. Salah satu
contoh adalah perjanjian bebas ASEAN (AFTA). Menurut Aini Hayati, M. et al.
(2008) Penubuhan AFTA adalah untuk mempercepat pengurangan kadar tarif ke atas
barangan industri melalui Tarif Keutamaan Berkesan Bersama (Agreement on Common
Effect Preferential Tarff- CEPT) dan juga usaha untuk menarik pelabur menanam
modal dengan memberi pelbagai insentif seperti melonggarkan cukai untuk
pelabur. Malaysia perlu melihat keputusan mengenai perdagangan antarabangsa
juga. Perjanjian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti di
kawasan geografi yang dilindungi. Isu-isu nasional pula adalah dari segi cukai
dan peraturan. Kesan daripada cukai yang dikenakan ke atas perniagaan adalah
mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan dan sesetengah cukai hanya
memihak kepada seseorang dan merugikan pihak yang lain. Peraturan pula adalah
memberi kesan yang negatif kerana ada yang sengaja menambah kos perniagaan.
Sebaiknya peniaga perlu menyelidik persekitaran politik dan mengenal pasti
ancaman atau peluang yang wujud.
2.2 EKONOMI
Persekitaran makro
seterusnya adalah persekitaran ekonomi. Persekitaran ekonomi adalah memainkan
peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha
yang baru. Persekitaran ekonomi makro adalah merangkumi jumlah semua barangan
dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dan dijual. Seseorang usahawan
perlu menganalisis persekitaran di peringkat global, dan tempatan di mana
tempat perniagaan mereka beroperasi. Setiap perniagaan yang dijalankan adalah
berkaitan dengan satu sama lain di antara ketiga-tiga tahap persekitaran
ekonomi makro. Seseorang itu perlu tahu peringkat yang mana mempunyai impak
yang lebih besar kepada perniagaan. Usahawan perlu mengimbas, memantau,
meramalkan dan menilai keadaan ekonomi makro yang memberi kesan kepada
perniagaan. Dengan itu mereka dapat melihat perubahan yang berlaku dalam
ekonomi dan seterusnya dapat menentukan pemboleh ubah yang relevan untuk di
analisis. Beberapa soalan penting yang perlu dijawab oleh usahawan mengenai persekitaran
ekonomi usaha niaga baru dan dapat memberi gambaran keseluruhan iklim
perniagaan. Antara soalannya adalah apakah keadaan ekonomi semasa, apakah
keadaan pasaran buruh, adalah kadar faedah yang berisiko atau stabil, apakah
nilai mata wang dan kadar pertukaran asing, berapa banyak syarikat yang ada di
dalam industri, adakah semua syarikat berbeza dalam saiz dan ciri-ciri, atau mempunyai
persamaan, apakah bentuk perniagaan syarikat lain dalam industri, adakah
syarikat hanya memasarkan di dalam negara sahaja, adakah mempunyai peluang
untuk pergi ke pasaran antarabangsa dan apakah sifat berdaya saing di dalam
perniagaan?
2.3 SOSIO-BUDAYA
Sosio-budaya
terdiri daripada dua aspek iaitu demografi dan trend budaya. Terdapat banyak
peluang perniagaan yang wujud dalam budaya masyarakat tempatan. Sebagai contoh,
peluang perniagaan untuk pengguna dan barangan yang tahan lama, peruncitan dan
perkhidmatan, rekreasi dan hiburan, dan pembinaan. Melalui Perubahan demografi,
perubahan dalam populasi, kumpulan etnik, dan struktur penduduk mengikut umur,
jantina, lokasi geografi, dan taburan penduduk pendapatan. Unsur-unsur ini merupakan
faktor-faktor yang menyumbang kepada permintaan pengguna, kuasa membeli dan
industri keupayaan. Usahawan juga perlu mengkaji elemen-elemen yang menyumbang
kepada kelancaran pasaran. Trend perubahan
demografi adalah di luar kawalan usahawan. Usahawan perlu mengkaji perubahan demografi untuk mengenal pasti
peluang perniagaan yang ada. Sebagai contoh, kemodenan bidang pertanian pada
zaman kini, boleh mewujudkan peluang
perniagaan kepada produk tenusu secara komersial. Bagi Trend sosial pula, ia
berkaitan dengan kaedah dan cara di mana kehidupan seseorang. Usahawan perlu
memantau perubahan gaya hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada.
Pemboleh ubah yang perlu diberi perhatian adalah pembentukan, isi rumah kerja
dan kadar penyertaan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak penggunaan masa
lapang. Usahawan boleh menggunakan maklumat yang boleh didapati dari
sumber-sumber awam dan swasta data untuk mengenal pasti perubahan ini. Usahawan
juga perlu untuk menilai makna perubahan untuk suatu usaha baru dengan menjaga
kepentingan perniagaan sendiri. Oleh itu, mereka boleh meramalkan kelakuan
manusia.
2.4 TEKNOLOGI
Teknologi
merupakan cabang ilmu yang berkaitan seni industri, sains gunaan, kejuruteraan,
proses, ciptaan atau kaedah. Analisis teknologi yang diperlukan adalah
dengan mengimbas dan memantau dari masa
penyelidikan asas melalui pembangunan produk. Perubahan teknologi dalam dua bentuk iaitu ciptaan tulen dan inovasi proses.
Ciptaan tulen adalah merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru dan berbeza
dari teknologi sedia ada. Oleh itu,
sesuatu penciptaan biasanya mempunyai
nilai ekonomi dan tidak mempunyai pesaing di peringkat awal dan dikuasai oleh
individu yang mempunyai hak sah terhadap penciptaan itu tetapi kelemahan dengan
ciptaan ini adalah kerana tiada pasaran di peringkat awal. Ciptaan baru dapat
mewujudkan pasaran dan peluang-peluang baru untuk perniagaan. Proses inovasi pula merujuk kepada perubahan kecil dalam reka
bentuk, pembentukan dan pembuatan produk, bahan dan pengedaran. Mengimbas dan
memantau perubahan dalam teknologi bukan satu tugas yang mudah kerana maklumat
tidak mudah didapati dan ia perlu kajian yang menyeluruh.
3.0 KESAN PERSEKITARAN
MACRO KEPADA DUTCH LADY MALAYSIA
3.1 POLITIK DAN PERUNDANGAN
Dari
segi halangan perdagangan dan tarif, Dutch Lady Malaysia menghadapi risiko dan
halangan bekalan tenusu. Bagi menjamin bekalan lembu tenusu di negara ini, kerajaan pernah mencadangkan untuk mengimport lembu tenusu dari China bagi menampung
keperluan pengusaha ladang susu segar di negara. Ini jika
pengeksport Australia dan New Zealand menghentikan eksport ke Malaysia. Australia sudah menghentikan kemasukan lembu susu mereka ke
Indonesia, jadi mungkin suatu hari negara kita juga akan menghadapi masalah
sama. Ini dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (JPV), Datuk Dr Ibrahim Che’ Embong, selepas perasmian Bengkel Core
Team JPV bersama Dutch Lady Milk Industry Berhad. Kebanyakan pengusaha ladang
lembu tenusu tempatan masih lemah dalam aspek membiakkan sendiri haiwan tenusu.
Risiko politik yang di hadapi Dutch Lady Milk Industry Berhad adalah dunia pernah digemparkan dengan berita susu
tercemar di China. Produk dari Dutch Lady Malaysia menggunakan tenusu seratus
peratus dari negara Australia New
Zealand Eropah dan Amerika Syarikat. Harga lembu dari Australia dan New Zealand
sama seperti dari China dengan harga yang lebih murah. Sebagai contoh, lembu
New Zealand kita dapat RM9,000 seekor, tapi dari China hanya RM6,000 seekor. Isu-isu
nasional seperti cukai dan peraturan juga adalah kesan persekitaran macro
terhadap Dutch Lady Malaysia. Bagi perniagaan
cukai dikenakan ke atas Perniagaan sama ada Syarikat Sdn. Bhd, Berhad,
Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian dan Koperasi. Oleh itu, diketahui
terdapat kesan politik dan perundangan kepada Dutch Lady Malaysia melalui
isu-isu antarabangsa dan isu-isu nasional.
3.2 EKONOMI
Dutch Lady telah
meningkatkan perbelanjaan modal kepada RM20 juta, terutama untuk jentera baru
untuk menampung jangkaan permintaan yang meningkat. Antara produk untuk
kanak-kanak membesar adalah susu untuk membesar 123DL, 456DL dan 6+DL. Ia
mengandungi 5XDHA*, DL Active Gold STEP 3 dan DL Active Gold STEP 4 Friso Gold
3 dan Friso Gold 4. Produk untuk keluarga pula adalah minuman Coklat DL, yogurt
DL, Susu UHT DL, Susu UHT DL : Kid, Susu UHT DL : School, Susu Steril DL, Susu
Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Walaupun Dutch
Lady merupakan pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia, tetapi terdapat
juga ancaman dari pesaing - pesaing dari luar seperti F&N dan Marigold.
Iklim sekarang jika dilihat susu segar menjadi trend setiap dari warga Malaysia
untuk meminum susu segar. Ini adalah kerana kepelbagaian susu yang telah
dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia. Tidak hanya fokus kepada kanak-kanak dan
bayi, tetapi juga keseluruhan ahli keluarga. Tidak hairan lah apabila Dutch Lady menyasarkan peruntukan lebih
tinggi iaitu sekitar RM20 juta bagi tujuan perbelanjaan modal untuk tahun 2013
berbanding tahun lalu. Kadar ekonomi negara yang stabil sekarang juga di ambil
kira untuk menambahkan pelaburan.
3.3 SOSIO- BUDAYA
Trend sosial
rakyat Malaysia telah berubah. Mereka sudah mula mengambil makanan sampingan
untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan seisi keluarga. Mereka sudah menyedari
kepentingan susu kepada seisi keluarga. Dengan itu, Dutch Lady mengeluarkan
produk yang sesuai untuk semua lapisan umur. Bagi membolehkan kanak-kanak yang
sukar untuk makan berkhasiat, susu merupakan penyelesaiannya. Dalam mengkaji
kelancaran pasaran, Dutch Lady mengeluarkan UHT DL : Kid, Susu UHT DL : School
bagi menarik minat kanak-kanak di peringkat 5-12 tahun untuk menjadikan susu
sebagai minuman rutin mereka. Kanak-kanak mungkin tertarik dengan makanan
ringan dan menjadikannya makanan rutin, ibu bapa boleh untuk mendapatkan
produk-produk dari Dutch Lady bagi mengatasinya. Bagi minuman Coklat DL, yogurt
DL, Susu UHT DL sesuai untuk setiap lapisan umur. Ini dapat mengubah gaya hidup
rakyat Malaysia dan menjadikan susu sebagai budaya setiap ahli keluarga.
3.4 TEKNOLOGI
Gaya hidup yang
hendak di ubah menjadikan rakyat Malaysia suka akan susu adalah dengan mencipta
sesuatu yang menarik minat seseorang akan produk tersebut. Bagi Dutch Lady
pelbagai cara telah dijalankan bagi menarik minat pelanggan. Sebagai contoh
bagi produk UHT DL : Kid, ia telah di bungkus di dalam kotak yang lebih kecil.
Di hadapan kotak juga dihiasi dengan gambar yang dapat menarik minat
kanak-kanak. Kepelbagaian perisa juga dapat menarik minat kanak-kanak. Mungkin
kanak-kanak mudah jemu dengan perisa yang sama, ia dapat mencuba perisa-perisa
yang lain seperti strawberi dan coklat. Bagi produk yogurt untuk yang menjadi
kesihatan dan badan, Dutch Lady telah membuat pembungkusan semula produk
yogurt. Bentuk botol yang ramping seperti pinggan dapat menarik minat pembeli.
Selain itu, perisa yang ditawarkan juga menarik minat. Oleh itu, teknologi juga
memberi kesan yang positif terhadap syarikat dengan pengguna tertarik dengan
pembungkusan yang dilakukan.
4.0 CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN
ELEMEN - ELEMEN PERSEKITARAN MACRO
PADA DUCTH LADY MALAYSIA
4.1 POLITIK DAN
PERUNDANGAN
Cadangan untuk
menguruskan elemen persekitaran macro adalah Malaysia perlu melihat keputusan
mengenai perdagangan antarabangsa. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
produktiviti di kawasan geografi yang dilindungi. Dari segi Isu nasional adalah dari segi cukai
dan peraturan. Kesan daripada cukai yang dikenakan ke atas perniagaan adalah
mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan dan sesetengah cukai hanya
memihak kepada seseorang dan merugikan pihak yang lain. Peraturan pula adalah
memberi kesan yang negatif kerana ada yang sengaja menambah kos perniagaan.
4.2 EKONOMI
Cadangan untuk
menguruskan elemen persekitaran macro adalah usahawan perlu tahu peringkat yang
mana mempunyai impak yang lebih besar kepada perniagaan. Dutch Lady perlu
mengimbas, memantau, meramalkan dan menilai keadaan ekonomi makro yang memberi
kesan kepada perniagaan. Dengan itu mereka dapat melihat perubahan yang berlaku
dalam ekonomi dan seterusnya dapat menentukan pemboleh ubah yang relevan untuk
di analisis.
4.3 SOSIO BUDAYA
Cadangan untuk
menguruskan elemen persekitaran macro adalah Usahawan perlu memantau perubahan
gaya hidup rakyat Malaysia untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada.
Pemboleh ubah yang perlu diberi perhatian adalah pembentukan, isi rumah dan
kadar penyertaan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak penggunaan masa lapang. Dutch
Lady boleh menggunakan maklumat yang boleh didapati dari sumber-sumber awam dan
swasta data untuk mengenal pasti perubahan. Dutch Lady juga perlu untuk menilai
makna perubahan untuk suatu usaha baru dengan menjaga kepentingan perniagaan
sendiri.
4.4 TEKNOLOGI
Cadangan untuk
menguruskan elemen persekitaran macro adalah ciptaan baru. Ini dapat mewujudkan
pasaran dan peluang-peluang baru dalam perniagaan. Proses inovasi merupakan perubahan kecil dalam reka bentuk,
pembentukan dan pembuatan produk, bahan dan pengedaran. Mengimbas dan memantau
perubahan dalam teknologi bukan satu tugas yang mudah kerana maklumat tidak mudah
didapati dan ia perlu kajian yang menyeluruh.
5.0 KESIMPULAN
Secara
Keseluruhannya, untuk menentukan kejayaan dan dapat mempengaruhi keputusan
sesebuah perniagaan yang ingin diuruskan usahawan perlulah memahami
persekitaran makro dalam menguruskan sesuatu perniagaan adalah sangat penting.
Persekitaran macro terdapat empat elemen iaitu politik dan perundangan,
ekonomi, sosio-budaya dan teknologi. Bagi Dutch Lady Malaysia keempat-empat
elemen ini memainkan peranan dalam meningkatkan pasaran produk-produk.
Kesan-kesan persekitaran macro bagi politik dan perundangan adalah melalui
isu-isu antarabangsa dan isu-isu nasional. Bagi Kadar ekonomi negara yang
stabil sekarang juga di ambil kira untuk menambahkan pelaburan dan pendapatan.
Bagi sosio-budaya pula dapat mengubah gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadikan
susu sebagai budaya setiap ahli keluarga. Teknologi pula memberi kesan yang
positif terhadap syarikat dengan pengguna tertarik dengan pembungkusan yang
dilakukan. Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran macro pula adalah
Dutch Lady perlu mengimbas, memantau, meramalkan dan menilai keadaan ekonomi
makro yang memberi kesan kepada perniagaan, Malaysia perlu melihat keputusan
mengenai perdagangan antarabangsa, Dutch Lady boleh menggunakan maklumat yang
boleh didapati dari sumber-sumber awam dan swasta data untuk mengenal pasti
perubahan dan cadangan adalah ciptaan baru terhadap produk-produk yang
dihasilkan.
6.0 RUJUKAN
1.
Norashidah
Hashim dan AssocProf Abd Aziz Yusof (Dec2012), Entrepreneurship (2nd ed.) OUM.
Meteor Doc. Sdn. Bhd.
3.
NORHANA
FARIZA HARUN (30Mei 2012), capaian 1 Julai 2013, dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dutch-lady-tingkat-kualiti-produk-1.165285
4.
Kerajaan
Cadang Import Lembu Tenusu Dari China (29 Oct 2011), capaian 1 Julai 2013, dari
http://mynewshub.my/?p=38495
6.
Produk
tenusu di sini selamat, capaian 1 Julai 2013, dari http://www.dutchlady.com.my/sharedfiles/press/20080924_N_KOS_NG_pg11_Produk%20tenusu%20di%20sin.pdf