Wednesday, August 17, 2016

DUGAAN DAN CABARAN

HARI-HARI AKU DIUJI.
AKU REDHA DENGAN SEGALA UJIAN DARINYA.
AKU PASRAH
AKU BERDOA
AKU TAWAKAL
KERANA ALLAH TAALA.

AKU DIUJI LAGI.
AKU PALING TAKUT DIUJI DENGAN KEHILANGAN
KENAPA HUBUNGAN KITA ADA PASANG SURUT
APA SALAH AKU
AKU SELALU DI SISI BILA KAU MEMERLUKAN
KENAPA BILA AKU PERLU KAN KAU
KAU LARI DARI AKU
AKU BOLEH TANGANI SEMUA MASALAH
TAPI TEWAS KALAU ENGKAULAH MASALAH KU

AKU CUBA JADI TERBAIK UNTUK MU
AKU TAHU AKU TAK LAYAK UNTUK MU
AKU RINDU KAMU
KAMU BUAT TAK TAHU
AKU PERLUKAN SOKONGAN MU
KAMU BUAT TAK TAHU
TAPI AKU MASIH SETIA PADA MU..
SAYANG.. AKU TAHU KAU MASIH MENCARI YANG TERBAIK 
DAN ITU BUKAN AKU.. 

Monday, February 15, 2016

SUCI BY YANTZEN

LAGU NI ADA MEMORI NYA...HEHE

SETAHUN SUDAH

SATAHUN SUDAH TAK MENULIS.
KENAPA YA
SAYA ADA DIARI UNTUK MENULIS
ITU PUN TAK TERTULIS PUN
MALAS
SIBUK DENGAN HAL DUNIA
SIBUK DGN SOSIAL MEDIA
TAK SEMPAT MENULIS.
SAYA NAK KEMBALI MENULIS
HAHA
AZAM TIAP TAHUN.
ADA PERKARA YANG HENDAK DICERITAKAN
OK
NEXT ENTRY

Wednesday, March 11, 2015

Bila Sendiri

My 1st entry in 2015. lama sungguh xbermadah pujangga di sini.. mungkin sebab aku selesa dengan hidup aku. Memang hari2 berdepan dengan ujian dan cabaran tapi aku sgt bersyukur dengan kehidupan aku. Setahun lagi da nak abis belajar. Sedar tak sedar kan aku pun da tua. Bila terasa tua ni terasa la kenapa aku masih sendiri. Aku ada jawapan nya. Memang patut pun kan. Aku redha dengan segala KetentuanNYA. Hanya DIA yang memiliki perancangan yang sebaik- baik perancangan. Baru ni aku kenal seseorang. Memang aku tak mengharap apa-apa dalam sebarang perhubungan tapi bohong la aku tak ada langsung perasaan kn. Memang xde perasaan.Tp aku nak berkawan lebih lama lagi walaupun bukan jodoooh aku. Tapi ALLAH maha Agong. DIA lebih mengetahui. DIA mendengar doa2 ku. Alhamdulillah. Lepas melalui detik sukar akhir nya aku gembira lagi. Bukan aku seorang saja yang sendiri dalam dunia ini. Aku pegi konsert, ada je orang pergi tgk konseert sorang. Aku tengok wayang, ada jugak orang yang pergi tengok wayang sowang. Aku bertuah ada juga orang nak temankan aku walau jarang-jarang berlaku. 
Aku takut melakukan dosa bila ada seseorang yang aku sayang. Ye. aku memang nak elakkan dosa. Hindari Zina,... Aku ngeri.. 
Aku mahu tersenyum setiap hari walau aku di duga dan diuji. AKu tak mahu jadi seorang yang tidak bersyukur. Aku tak mahu jadi seorang yang takbur, Aku tak mahu jadi seorang yang kufur. Aku nak jadi seorang muslimin yang sejati selamanya. 
Aku mengharap sayang aku terhadap Agama Aku melebihi segalanya. Aku mahu menghindari segala kejahilan. Aku harap aku istiqamah dengan apa yang aku lakukan. Semua kegembiraan akan datang sendiri . INSYALLAH.. aMINnn 

Tuesday, November 25, 2014

Selimut Tetangga



Lagu ni best sgt
Aura dia macam lagu sandiwara cinta juga
best. superb....

LYRIC

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang



Tuesday, February 11, 2014

Perlu ke nak dengki dengan Me?

ada seorang manusia...
entah la... me xtao la xpasti la nak kata dia dengki ke sakit ati ke... Ap ke...
 Ok ianya bermula...
Ad sowang pakcik ni... Suka bonar nk bandingkan me n anak die.. Yes im...
Me tahu anak die lebih segala-galanya dari me...
Cantek, berpelajaran, dah kawen dan segala-galanya lah...
Me sikit pun xdengki dengan anak die,.. Sbb me tahu sape me...
Mula dengan belajar... Sibuk duk cite pointer anak die tinggi...
Me mcm biasalah proud dengar anak-anak melayu cemerlang gemilang ni...
Kemudian dapat lak kerja.... Pergggh dengan syarikat terkemuka.... Im proud too...
Xkisah la nk cite pun.... Me dengar je...
Kemudian kawen lak.... Dengan org kuat agama katanya.... Lantak ko la... Ada aku kisah....
Buat kenduri besar-besaran... N sorry la me xpegi... Tak berminat katanya...huhu...
Then, me lak buat lesen kete... Alahai... Mcm2 ckp kt me.... Its ok... Xde hal pun...
At last me pakai kete... Ala beli kete murah je pun....
Die kta... Ank aku xblh bwk kete....
Dlm hati me... Eh.. Bkn dulu ko kta anak ko hebat ke... Kuikui...
Yang paling me panas hati bila...die selalu cakap ....
Me boleh pakai kete sebab makan duit budak2 y me jaga...
Sekali dua boleh la me terima....
Tapi kalau da selalu sangat memang menyakitkan hati la....
Me n kengkawan xpernah pun usik duit2 tu... Memang kami pegang..
Dan nampak kami ni tamak... Tapi tu semua untuk keselesaan anak2 tu...
Kurang ajar betul... Dah la cekik darah...
Kalau me tulis partisyen bantahan kontrak dia tu... Me rasa semua orang kat situ sokong me...
Da la mahal...
Makanan xsedap....
Kotor... Selalu jumpa rambut dalam mknn...
Macam2 lagi la....
Me da lancarkan boikot... Hurmmm...
Biar pun me x kempen pun boikot tu... Tapi atleast duit cekik darah dia kat me hari-hari 2 tu da kurang sikit...
Geram memang geram... Xbersyukur...
Me yang suggest supaya dia dapat bayaran lebih tuk rmt....
Lagi mahu menipu... Murid 25 ... Letak 25 la...
 Memang da cakap xpayah letak 25...
Tapi  bila di minta... Buat je la....
Yang nak hangin kenapa....
Patut la tak kaya2...
Penipu rupanya....



Sekian... Luahan hati me arini....


Me,....

Sunday, January 26, 2014

KUALITI PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MEMENUHI KEINGINAN KANAK-KANAK

1.1       PENGENALAN      
Kanak-kanak merupakan yang penting bagi sesebuah negara. Kanak-kanak perlu membesar dengan sihat dan sempurna bagi mencapai potensi mereka sepenuhnya. Ini dapat membentuk keperibadian kanak-kanak apabila mereka dewasa kelak. Ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan mereka. Selain dari kesihatan fizikal kesihatan mental juga perlu dalam keadaan yang sempurna agar mereka dapat belajar, menjalani perkembangan sosial yang baik serta mempelajari kemahiran yang baru. Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)  Pendidikan Jasmani telah di perkenalkan untuk menjadikan murid-murid yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan  dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Ia bermula dengan murid tahun 1 sehingga ke tahun 6. Sehingga tahun 2013 ini, murid tahun satu sehingga tiga telah menjalankan pembelajaran KSSR Pendidikan Jasmani. Perkembangan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak perlu dibantu oleh guru-guru secara amnya dan ibu bapa khususnya supaya keinginan asas kanak-kanak bersesuaian dengan kecenderungan dan usia mereka. Ia juga dapat mengelakkan ia tidak tersasar dari landasan yang diingini oleh ibu bapa dan juga guru.
            Definisi Pendidikan Jasmani, menurut model Thomas, Lee &Thomas (1988), Pendidikan Jasmani adalah meluangkan sebahagian daripada hari persekolahan untuk aktiviti -aktiviti otot besar yang mendorong dan membangun "belajar untuk bergerak" dan "belajar melalui pergerakan". Menurut Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenal pasti 9 keinginan asas kanak-kanak iaitu keinginan untuk pergerakan, keinginan untuk kejayaan dan kelulusan, keinginan untuk penerimaan rakan sebaya dan kecekapan sosial, keinginan untuk bekerjasama dan bersaing, keinginan untuk kecergasan fizikal dan daya tarikan, keinginan untuk pengembaraan, keinginan untuk kepuasan kreatif,  keinginan untuk bersuara berirama, dan keinginan untuk tahu. Selaras dengan itu objektif Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah untuk murid melakukan kemahiran asas dengan perlakuan yang betul mengikut konsep pergerakan, mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor, mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan, mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan, mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala, mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal, melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat, mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan telah dilaksanakan. Ia berkait rapat dengan keinginan asas kanak-kanak. Secara keseluruhannya akan di kupaskan di dalam laporan di bawah.
2.0       KUALITI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH     MEMENUHI KEPERLUAN KANAK-KANAK
2.1       KEINGINAN UNTUK BERGERAK
            Bergerak adalah perkara asas kepada semua yang bernyawa. Bergerak bukan sahaja untuk melakukan aktiviti biasa tetapi juga untuk keperluan hidup seperti makan dan bekerja. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka gemar untuk bergerak tanpa mereka tahu akan akibat pergerakan itu. Kanak-kanak boleh fokus kepada sesuatu benda atau perkara adalah antara 3 hingga ke 5 minit sahaja. Selepas melebihi had itu, kanak-kanak akan bergerak semula. Sebagai contoh pergerakan yang kanak-kanak lakukan adalah menggoyang - goyangkan tangan dan badan mereka, mencuit orang yang berhampiran dan membuat bising. Kadang - kala keinginan untuk bergerak adalah untuk meraih perhatian kepada orang lain.  Sebagai contoh ketika mereka lapar, kanak-kanak akan mengalih perhatian ibu bapa untuk mengetahui mereka sedang lapar. Kanak-kanak sememangnya suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Selaras dengan itu, KSSR Pendidikan Jasmani diwujudkan bagi memenuhi keinginan bergerak kanak-kanak. Aspek pertama dalam kandungan Pelajaran Pendidikan Jasmani tahun 1, adalah kemahiran pergerakan. Melalui aspek ini murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui konsep pergerakan, pergerakan asas seperti lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama. Selain itu juga, kanak-kanak akan dapat menguasai gimnastik asas dan akuatik asas. Oleh itu, Pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah adalah memenuhi keinginan untuk bergerak untuk kanak-kanak. Keinginan kanak-kanak tidak hanya terhenti di rumah tetapi mendapat kesinambungan di sekolah.
2.2       KEINGINAN UNTUK BERJAYA DAN DIPERKENANKAN
            Kanak-kanak suka di hargai apabila mereka berjaya melalukan sesuatu. Tidak kira perkara itu besar atau kecil, jika diberi pujian dan penghargaan merak pasti akan berasa gembira. Sebagai contoh, kanak-kanak yang boleh mengenal huruf atau membaca, mereka akan berasa bangga dan akan berusaha untuk meraih kejayaan yang seterusnya supaya di beri pujian. Penghargaan yang positif perlu untuk kanak-kanak supaya mereka lebih bersemangat untuk mereka mengulang perlakuan yang mereka lakukan. Ini kerana mereka merasakan perlakuan mereka telah diperkenankan oleh orang sekeliling seperti ibu bapa dan guru. Sehubungan dengan itu, setiap aktiviti pelajaran di sekolah mestilah mementingkan kebolehan kanak-kanak untuk berjaya dan berupaya mendapatkannya. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, murid-murid akan di beri penilaian berdasarkan penyataan standard iaitu dari band 1 hingga band 6. Melalui standard ini murid-murid akan berasa tahap kebolehan mereka dan terus berusaha untuk mendapatkan standard yang lebih tinggi. Kanak-kanak akan berasa dihargai apabila mendapat standard yang tinggi kerana mereka dapat mengetahui tahap mereka. Tidak seperti sebelum mereka tidak mengetahui tahap kebolehan mereka. Sebagai contoh, mereka mendapat band 1, kanak-kanak ini telah tahu melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal. Kanak-kanak ini akan berasa berjaya dan diperkenan kerana boleh melakukan perkara yang telah diajar oleh guru. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa serta masyarakat perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berjaya kerana mereka akan merasa kejayaan mereka itu dihargai.
2.3       KEINGINAN UNTUK DITERIMA OLEH RAKAN SEBAYA DAN SEBAGAI AHLI DALAM MASYARAKAT
            Kanak-kanak menginginkan diri mereka diterima, dihargai dan dihormati oleh orang lain terutama rakan sebaya. Kanak-kanak akan menarik perhatian orang lain untuk diterima oleh rakan sebaya. Kekurangan yang terdapat dalam diri kanak-kanak akan menyebabkan mereka berasa rendah diri. Mereka akan berusaha untuk diterima oleh rakan sebaya. Sebagai contoh, murid yang di lantik menjadi ketua kumpulan. Mereka menginginkan mereka diterima sebagai ketua. Apabila tidak diterima mereka akan menarik perhatian. Jika perkara yang mereka lakukan adalah baik mungkin tidak mengapa. Dikhuatiri mereka akan melakukan perkara yang kurang baik. Ia juga sebagai salah satu cara mereka untuk mendapatkan perhatian dan diterima oleh rakan sebaya dan guru-guru. Oleh itu, guru-guru perlu mengetahui keinginan mereka untuk disanjung, dihormati dan dihargai oleh orang lain. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, terdapat tunjang kemahiran yang di ajar. Nilai yang murid akan dapat adalah berbangga dengan kebolehan sendiri. Contoh aktivitinya adalah dengan pelbagai cara dan arah, pergerakan mengikut kreativiti murid dan permainan kecil. Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat melakukan pelbagai pergerakan mengenai kesedaran tubuh badan riang, betul dan selamat. Jika murid dapat melakukan ini, mereka akan berasa disenangi oleh rakan-rakan dan berbangga boleh melakukan aktiviti seperti yang di arah oleh guru. Murid tidak akan rasa terasing dari rakan - rakan yang lain.
2.4       KEINGINAN UNTUK BEKERJASAMA DAN BERSAING
            Kanak - kanak gemar bekerjasama dan bersaing untuk memperlihatkan kekuatan fizikal mereka yang sama dengan rakan-rakan sebaya. Sebagai contoh guru memberikan kerja di dalam kumpulan, mereka akan berlumba - lumba mendapatkan idea untuk tugasan kumpulan dan dalam pada waktu yang sama mereka bekerjasama untuk menjadikan kumpulan mereka menjadi hebat. Dalam contoh sukan pula, mereka akan berlumba-lumba untuk memenangi acara yang mereka sertai dan dalam masa yang sama mereka juga memberi sokongan dan sorakan kepada rakan-rakan yang sama rumah sukan. Ini menggambarkan keinginan kanak-kanak untuk bekerjasama dan bersaing. Persaingan adalah suatu perkara yang baik untuk perkembangan kanak-kanak untuk menjadi lebih berjaya. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, melalui pergerakan bukan lokomotor berirama. Aktiviti yang dijalankan adalah menyanyi dan menepuk tangan. Murid-murid akan melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama. Murid-murid dikehendaki membezakan tempo pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Murid-murid dilihat gembira melakukan aktiviti di dalam kumpulan dan pada masa yang sama mereka bersaing untuk membezakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.Di akhir aktiviti, murid akan dapat melakukan pergerakan yang diminta di samping bekerjasama dengan ahli kumpulan mereka juga bersaing untuk mendapatkan jawapan. Oleh itu, keinginan kanak-kanak untuk bekerjasama dan bersaing adalah keinginan biasa bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
2.5       KEINGINAN KETANGKASAN FIZIKAL DAN SEBAGAI SUMBER DAYA PENARIK
            Kanak-kanak suka kepada aktiviti fizikal yang dapat membentuk penampilan diri untuk disesuaikan dirinya di dalam masyarakat sekeliling. Seseorang murid atau kanak-kanak yang mendapat kemenangan di atas suatu pertandingan yang di jalankan sebagai contoh murid menang  pertandingan lumba lari yang di jalankan di sekolah. Mereka juga mahukan menyertai pertandingan lain supaya menampakkan mereka tangkas dan hebat di hadapan rakan-rakan yang lain. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah juga mereka menjalani latihan pada setiap minggu dan pelbagai aktiviti yang telah dijalani tetapi mereka tetap ingin mencuba lagi permainan dan aktiviti yang lain supaya mereka sentiasa nampak hebat di kalangan rakan sebaya. Apabila mereka sentiasa mendapat pujian dan galakan dari guru dan rakan-rakan akan menampakkan daya penarik kepada diri mereka. Mereka akan selalu diperhatikan oleh guru-guru dan selalu mendapat keutamaan apabila menyertai sesuatu aktiviti. Ini merupakan keinginan asas kanak-kanak untuk menampakkan ketangkasan fizikal dan menjadi sumber penarik kepada rakan-rakan yang lain.
2.6       KEINGINAN UNTUK MENEROKA
            Kanak-kanak gemar untuk menerokai sesuatu perkara yang luar kebiasaan di lakukan tetapi bagi mereka ia menyeronokkan. Mereka akan bertanya sesuatu jika mereka kurang pasti. Soalannya seperti ingin mengetahui sesuatu dari punca perkara atau benda itu di buat atau berlaku. Sebagai contoh, mereka akan bertanya, kenapa kereta boleh bergerak, siapa yang cipta kereta, kenapa kereta ada tayar empat dan berbagai - bagai lagi soalan penerokaan yang akan terpacul dari mulut kanak-kanak. Apabila di bawa ke taman permainan mereka akan mencuba kesemua permainan yang ada. Mereka akan meneroka bagaimana sesuatu permainan itu berfungsi. Kanak-kanak akan berasa gembira apabila diberi kebebasan untuk meneroka. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, murid - murid di dalam bab memanipulasikan alatan. Aktiviti yang di beri adalah menendang bola bergolek. Murid-murid dikehendaki melakukan kemahiran menendang bola dalam laluan lurus berlengkok dan zig zag. Jadi, murid diminta mengaplikasikan kemahiran kepada permainan kecil iaitu zig-zag. Murid akan berasa teruja apabila dapat meneroka permainan daripada kemahiran yang diberikan oleh guru. Murid akan berusaha untuk meneroka permainan tersebut dan akhirnya permainan menjadi menarik dan semua rakan-rakan gembira dan bekerjasama.
2.7       KEINGINAN UNTUK PENCAPAIAN KREATIF
            Kanak - kanak mempunyai kreativiti mereka tersendiri. Sesuatu perkara baru yang mereka temui akan diaplikasikan dalam bentuk yang kreatif. Kanak - kanak gemar berimaginasi dengan watak- watak kesukaan mereka. Mereka akan cuba melakonkan semula watak yang difikirkan menarik bagi mereka. Kanak- kanak mudah terpengaruh dengan kartun dan cerita yang mereka tonton. Melalui kreativiti mereka, mereka akan mengambil kertas atau kotak untuk membentuk custom watak yang hendak di tiru. Mereka akan cuba membuat pedang bagi kanak-kanak lelaki dan bagi yang perempuan mereka akan cuba mengayakan seperti patung barbie yang cantik. Selain itu, mereka juga akan membentuk sesuatu menggunakan play doh dan berimaginasi anak patung seperti anak. Memberi anak patung itu makan dan minum. Ini merupakan keinginan mereka untuk mencapai kreativiti. Kreativiti ini datang sendiri tanpa perlu di ajar dan di bendung. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, terdapat aktiviti seperti laga ayam dan lompat setempat. Melalui aktiviti ini murid-murid dikehendaki melakukan pergerakan melompat sebelah kaki dengan betul. Permainan yang di cadangkan oleh guru adalah permainan ketingting berganti-ganti. Permainan ini memerlukan kreativiti murid untuk melakukan pergerakan melompat sebelah kaki. Murid -murid juga diminta untuk melakukan aktiviti secara berpasangan. Permainan ini dapat melihat kreativiti murid-murid dan murid - murid berasa gembira melakukan aktiviti ini kerana ia memerlukan kreativiti murid untuk menang permainan ini. Ini menunjukkan Pendidikan Jasmani di sekolah membantu keinginan untuk pencapaian kreativiti murid.
2.8       KEINGINAN MELUAHKAN PERASAAN MELALUI PERGERAKAN
            Sesuatu keinginan itu kadang-kadang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kebiasaan kanak - kanak akan meluahkan perasaan mereka melalui pergerakan. Ini membuatkan orang dewasa lebih memahami dan mendapat perhatian lebih. Ini juga dapat menarik perhatian kepada rakan-rakan dan orang sekeliling. Apabila mereka berasa gembira mereka akan melompat dan menjerit keriangan dan apabila marah mereka akan cuba untuk menendang sesuatu atau menolehkan badan ke arah yang lain. Kanak-kanak juga meluahkan perasaan sayang mereka dengan memeluk atau mendekati seseorang misalnya ibu bapa mereka. Kanak-kanak suka melakukan aktiviti yang membolehkan mereka meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Mereka akan mengaplikasikan keadaan sekeliling dengan perasaan sekeliling supaya orang sekeliling memahami perasaan mereka. Kanak-kanak juga suka melakukan aktiviti yang menunjukkan yang diri mereka itu hebat dan mampu untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan idea mereka sendiri. Sebagai contoh cara mereka meluahkan perasaan melalui pergerakan adalah dengan bertepuk tangan, bersorak sambil melambai-lambaikan tangan, berlari sambil ketawa dan mengusik rakan-rakan sekeliling. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah,  aktiviti yang diberi oleh guru adalah menyanyikan lagu. Lagu yang diberikan adalah Lagu I Love My Body. Murid diminta membuat pergerakan mengikut lagu bagaimana murid menyayangi badan murid. Murid melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan muzik dan membawakan pelbagai watak. Murid juga berkomunikasi dengan rakan semasa melakukan pergerakan ini. Murid melahirkan perasaan sayang kepada tubuh badan mereka. Oleh itu, keinginan mereka untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan dapat diluahkan melalui pergerakan tarian. Murid berasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan kerana memenuhi keinginan mereka untuk meluahkan melalui pergerakan.
2.9       KEINGINAN UNTUK KEFAHAMAN
            Kanak-kanan mempunyai keinginan untuk mengembangkan kefahaman tentang sesuatu perkara dan ingin mempelajari sesuatu perkara baru. Justeru itu, mereka dapat meneroka dan merasai pemikiran serta interaksi dengan persekitaran. Mereka akan selalu mengambil tahu keadaan sekeliling yang dirasai keraguan bagi mereka. Mereka akan selalu meluahkan persoalan sebagai ingin menambahkan kefahaman mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tidak tahu akan kegunaan rantai basikal. Mereka sedaya upaya mencari kefahaman mereka dengan memerhatikan pergerakan basikal berkenaan. Mereka akan mendapat membuat kesimpulan mereka sendiri apabila memerhatikan berulang kali. Kadang-kala kanak-kanak lebih suka untuk bertanya kepada ibu bapa atau orang sekeliling bagi mendapatkan jawapan mereka. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, guru memberi satu aktiviti, murid perlu memahami permainan tersebut supaya mereka mendapat keseronokan ketika bermain. Sebagai contoh, guru memberi aktiviti melompat aksi haiwan. Ini menguji kebolehan melakukan hambur dan pendaratan. Murid perlu memahami bagaimana melakukan hambur menggunakan kaki dan tangan dan perlu mengenal pasti pergerakan serta merta. Sehubungan dengan itu, keinginan murid untuk mendapat kefahaman akan meningkat dan mereka berusaha untuk mendapatkan kefahaman supaya mereka tidak berasa ketinggalan dengan rakan yang lain.
3.0       KESIMPULAN
            Secara keseluruhannya, kualiti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah dapat memenuhi keinginan kanak - kanak mengikut Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) yang telah mengenal pasti 9 keinginan asas kanak-kanak iaitu keinginan untuk pergerakan, keinginan kejayaan dan kelulusan, penerimaan rakan sebaya dan kecekapan sosial, bekerjasama dan bersaing, kecergasan fizikal dan daya tarikan, pengembaraan, kepuasan kreatif, bersuara berirama, dan untuk tahu. Selaras dengan itu Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah mengikut kehendak murid untuk melakukan kemahiran asas dengan perlakuan yang betul mengikut konsep pergerakan, mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor, mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan, mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan, mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala, mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal, melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat, mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan telah dilaksanakan. Aktiviti - aktiviti yang di jalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah memenuhi keinginan murid-murid. Ini adalah terbukti dengan Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)  Pendidikan Jasmani yang merangkumi semua aspek-aspek berkenaan. Di dalam bab satu bagi KSSR Pendidikan Jasmani menitik beratkan dengan keinginan bergerak murid-murid. Oleh itu, keinginan kanak-kanak telah dapat diaplikasikan di dalam Pendidikan Jasmani di sekolah. Keinginan kanak-kanak tidak terhenti apabila masuk ke sekolah. Mereka masih dapat memenuhi keinginan mereka.