1.1 PENGENALAN
Kanak-kanak
merupakan yang penting bagi sesebuah negara. Kanak-kanak perlu membesar dengan
sihat dan sempurna bagi mencapai potensi mereka sepenuhnya. Ini dapat membentuk
keperibadian kanak-kanak apabila mereka dewasa kelak. Ibu bapa menyediakan
keperluan asas kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat membesar dengan
sempurna dan berjaya dalam kehidupan mereka. Selain dari kesihatan fizikal
kesihatan mental juga perlu dalam keadaan yang sempurna agar mereka dapat
belajar, menjalani perkembangan sosial yang baik serta mempelajari kemahiran
yang baru. Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani telah di perkenalkan untuk
menjadikan murid-murid yang cergas dan sihat serta berkemahiran,
berpengetahuan dan mengamalkan nilai
murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Ia bermula
dengan murid tahun 1 sehingga ke tahun 6. Sehingga tahun 2013 ini, murid tahun
satu sehingga tiga telah menjalankan pembelajaran KSSR Pendidikan Jasmani. Perkembangan
kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak perlu dibantu oleh guru-guru
secara amnya dan ibu bapa khususnya supaya keinginan asas kanak-kanak
bersesuaian dengan kecenderungan dan usia mereka. Ia juga dapat mengelakkan ia
tidak tersasar dari landasan yang diingini oleh ibu bapa dan juga guru.
Definisi Pendidikan Jasmani, menurut
model Thomas, Lee &Thomas (1988), Pendidikan Jasmani adalah meluangkan
sebahagian daripada hari persekolahan untuk aktiviti -aktiviti otot besar yang
mendorong dan membangun "belajar untuk bergerak" dan "belajar
melalui pergerakan". Menurut Dauer
dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenal pasti 9 keinginan asas kanak-kanak iaitu
keinginan untuk pergerakan, keinginan untuk kejayaan dan kelulusan, keinginan
untuk penerimaan rakan sebaya dan kecekapan sosial, keinginan untuk bekerjasama
dan bersaing, keinginan untuk kecergasan fizikal dan daya tarikan, keinginan
untuk pengembaraan, keinginan untuk kepuasan kreatif, keinginan untuk bersuara berirama, dan keinginan
untuk tahu. Selaras dengan itu objektif Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Sekolah Rendah adalah untuk murid melakukan kemahiran asas dengan perlakuan
yang betul mengikut konsep pergerakan, mengembangkan kebolehan dalam pergerakan
dan kemahiran motor, mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa
melakukan pergerakan, mengenal pasti aktiviti meningkatkan
tahap kecergasan, mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara
berkala, mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal, melaksanakan
aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat, mematuhi
peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal
dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan telah dilaksanakan. Ia
berkait rapat dengan keinginan asas kanak-kanak. Secara keseluruhannya akan di
kupaskan di dalam laporan di bawah.
2.0 KUALITI
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH MEMENUHI
KEPERLUAN KANAK-KANAK
2.1 KEINGINAN
UNTUK BERGERAK
Bergerak adalah perkara asas kepada
semua yang bernyawa. Bergerak bukan sahaja untuk melakukan aktiviti biasa
tetapi juga untuk keperluan hidup seperti makan dan bekerja. Begitu juga dengan
kanak-kanak, mereka gemar untuk bergerak tanpa mereka tahu akan akibat
pergerakan itu. Kanak-kanak boleh fokus kepada sesuatu benda atau perkara
adalah antara 3 hingga ke 5 minit sahaja. Selepas melebihi had itu, kanak-kanak
akan bergerak semula. Sebagai contoh pergerakan yang kanak-kanak lakukan adalah
menggoyang - goyangkan tangan dan badan mereka, mencuit orang yang berhampiran
dan membuat bising. Kadang - kala keinginan untuk bergerak adalah untuk meraih
perhatian kepada orang lain. Sebagai
contoh ketika mereka lapar, kanak-kanak akan mengalih perhatian ibu bapa untuk
mengetahui mereka sedang lapar. Kanak-kanak sememangnya suka mengambil peluang
untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Selaras
dengan itu, KSSR Pendidikan Jasmani diwujudkan bagi memenuhi keinginan bergerak
kanak-kanak. Aspek pertama dalam kandungan Pelajaran Pendidikan Jasmani tahun
1, adalah kemahiran pergerakan. Melalui aspek ini murid menguasai pelbagai
corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai
aktiviti fizikal melalui konsep pergerakan, pergerakan asas seperti lokomotor,
bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama. Selain itu juga,
kanak-kanak akan dapat menguasai gimnastik asas dan akuatik asas. Oleh itu,
Pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah adalah memenuhi keinginan untuk
bergerak untuk kanak-kanak. Keinginan kanak-kanak tidak hanya terhenti di rumah
tetapi mendapat kesinambungan di sekolah.
2.2 KEINGINAN UNTUK BERJAYA DAN DIPERKENANKAN
Kanak-kanak suka di hargai apabila
mereka berjaya melalukan sesuatu. Tidak kira perkara itu besar atau kecil, jika
diberi pujian dan penghargaan merak pasti akan berasa gembira. Sebagai contoh,
kanak-kanak yang boleh mengenal huruf atau membaca, mereka akan berasa bangga
dan akan berusaha untuk meraih kejayaan yang seterusnya supaya di beri pujian.
Penghargaan yang positif perlu untuk kanak-kanak supaya mereka lebih
bersemangat untuk mereka mengulang perlakuan yang mereka lakukan. Ini kerana
mereka merasakan perlakuan mereka telah diperkenankan oleh orang sekeliling
seperti ibu bapa dan guru. Sehubungan dengan itu, setiap aktiviti pelajaran di
sekolah mestilah mementingkan kebolehan kanak-kanak untuk berjaya dan berupaya
mendapatkannya. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, murid-murid akan di
beri penilaian berdasarkan penyataan standard iaitu dari band 1 hingga band 6.
Melalui standard ini murid-murid akan berasa tahap kebolehan mereka dan terus
berusaha untuk mendapatkan standard yang lebih tinggi. Kanak-kanak akan berasa
dihargai apabila mendapat standard yang tinggi kerana mereka dapat mengetahui
tahap mereka. Tidak seperti sebelum mereka tidak mengetahui tahap kebolehan
mereka. Sebagai contoh, mereka mendapat band 1, kanak-kanak ini telah tahu
melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal. Kanak-kanak ini akan berasa berjaya
dan diperkenan kerana boleh melakukan perkara yang telah diajar oleh guru. Oleh
itu, guru-guru dan ibu bapa serta masyarakat perlu memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk berjaya kerana mereka akan merasa kejayaan mereka itu
dihargai.
2.3 KEINGINAN UNTUK DITERIMA OLEH RAKAN
SEBAYA DAN SEBAGAI AHLI DALAM MASYARAKAT
Kanak-kanak menginginkan diri mereka
diterima, dihargai dan dihormati oleh orang lain terutama rakan sebaya.
Kanak-kanak akan menarik perhatian orang lain untuk diterima oleh rakan sebaya.
Kekurangan yang terdapat dalam diri kanak-kanak akan menyebabkan mereka berasa
rendah diri. Mereka akan berusaha untuk diterima oleh rakan sebaya. Sebagai
contoh, murid yang di lantik menjadi ketua kumpulan. Mereka menginginkan mereka
diterima sebagai ketua. Apabila tidak diterima mereka akan menarik perhatian.
Jika perkara yang mereka lakukan adalah baik mungkin tidak mengapa. Dikhuatiri
mereka akan melakukan perkara yang kurang baik. Ia juga sebagai salah satu cara
mereka untuk mendapatkan perhatian dan diterima oleh rakan sebaya dan
guru-guru. Oleh itu, guru-guru perlu mengetahui keinginan mereka untuk
disanjung, dihormati dan dihargai oleh orang lain. Melalui KSSR Pendidikan
Jasmani di sekolah, terdapat tunjang kemahiran yang di ajar. Nilai yang murid
akan dapat adalah berbangga dengan kebolehan sendiri. Contoh aktivitinya adalah
dengan pelbagai cara dan arah, pergerakan mengikut kreativiti murid dan
permainan kecil. Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat
melakukan pelbagai pergerakan mengenai kesedaran tubuh badan riang, betul dan
selamat. Jika murid dapat melakukan ini, mereka akan berasa disenangi oleh
rakan-rakan dan berbangga boleh melakukan aktiviti seperti yang di arah oleh
guru. Murid tidak akan rasa terasing dari rakan - rakan yang lain.
2.4 KEINGINAN UNTUK
BEKERJASAMA DAN BERSAING
Kanak - kanak gemar
bekerjasama dan bersaing untuk memperlihatkan kekuatan fizikal mereka yang sama
dengan rakan-rakan sebaya. Sebagai contoh guru memberikan kerja di dalam
kumpulan, mereka akan berlumba - lumba mendapatkan idea untuk tugasan kumpulan
dan dalam pada waktu yang sama mereka bekerjasama untuk menjadikan kumpulan
mereka menjadi hebat. Dalam contoh sukan pula, mereka akan berlumba-lumba untuk
memenangi acara yang mereka sertai dan dalam masa yang sama mereka juga memberi
sokongan dan sorakan kepada rakan-rakan yang sama rumah sukan. Ini
menggambarkan keinginan kanak-kanak untuk bekerjasama dan bersaing. Persaingan
adalah suatu perkara yang baik untuk perkembangan kanak-kanak untuk menjadi
lebih berjaya. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, melalui pergerakan bukan
lokomotor berirama. Aktiviti yang dijalankan adalah menyanyi dan menepuk
tangan. Murid-murid akan melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama.
Murid-murid dikehendaki membezakan tempo pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor. Murid-murid dilihat gembira melakukan aktiviti di dalam kumpulan dan
pada masa yang sama mereka bersaing untuk membezakan pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor.Di akhir aktiviti, murid akan dapat melakukan pergerakan yang
diminta di samping bekerjasama dengan ahli kumpulan mereka juga bersaing untuk
mendapatkan jawapan. Oleh itu, keinginan kanak-kanak untuk bekerjasama dan
bersaing adalah keinginan biasa bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
2.5 KEINGINAN
KETANGKASAN FIZIKAL DAN SEBAGAI SUMBER DAYA PENARIK
Kanak-kanak suka
kepada aktiviti fizikal yang dapat membentuk penampilan diri untuk disesuaikan
dirinya di dalam masyarakat sekeliling. Seseorang murid atau kanak-kanak yang
mendapat kemenangan di atas suatu pertandingan yang di jalankan sebagai contoh
murid menang pertandingan lumba lari
yang di jalankan di sekolah. Mereka juga mahukan menyertai pertandingan lain
supaya menampakkan mereka tangkas dan hebat di hadapan rakan-rakan yang lain. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah
juga mereka menjalani latihan pada setiap minggu dan pelbagai aktiviti yang
telah dijalani tetapi mereka tetap ingin mencuba lagi permainan dan aktiviti
yang lain supaya mereka sentiasa nampak hebat di kalangan rakan sebaya. Apabila
mereka sentiasa mendapat pujian dan galakan dari guru dan rakan-rakan akan
menampakkan daya penarik kepada diri mereka. Mereka akan selalu diperhatikan
oleh guru-guru dan selalu mendapat keutamaan apabila menyertai sesuatu aktiviti.
Ini merupakan keinginan asas kanak-kanak untuk menampakkan ketangkasan fizikal
dan menjadi sumber penarik kepada rakan-rakan yang lain.
2.6 KEINGINAN UNTUK
MENEROKA
Kanak-kanak gemar
untuk menerokai sesuatu perkara yang luar kebiasaan di lakukan tetapi bagi
mereka ia menyeronokkan. Mereka akan bertanya sesuatu jika mereka kurang pasti.
Soalannya seperti ingin mengetahui sesuatu dari punca perkara atau benda itu di
buat atau berlaku. Sebagai contoh, mereka akan bertanya, kenapa kereta boleh
bergerak, siapa yang cipta kereta, kenapa kereta ada tayar empat dan berbagai -
bagai lagi soalan penerokaan yang akan terpacul dari mulut kanak-kanak. Apabila
di bawa ke taman permainan mereka akan mencuba kesemua permainan yang ada.
Mereka akan meneroka bagaimana sesuatu permainan itu berfungsi. Kanak-kanak
akan berasa gembira apabila diberi kebebasan untuk meneroka. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah,
murid - murid di dalam bab memanipulasikan alatan. Aktiviti yang di beri adalah
menendang bola bergolek. Murid-murid dikehendaki melakukan kemahiran menendang
bola dalam laluan lurus berlengkok dan zig zag. Jadi, murid diminta
mengaplikasikan kemahiran kepada permainan kecil iaitu zig-zag. Murid akan
berasa teruja apabila dapat meneroka permainan daripada kemahiran yang
diberikan oleh guru. Murid akan berusaha untuk meneroka permainan tersebut dan
akhirnya permainan menjadi menarik dan semua rakan-rakan gembira dan
bekerjasama.
2.7 KEINGINAN UNTUK
PENCAPAIAN KREATIF
Kanak - kanak
mempunyai kreativiti mereka tersendiri. Sesuatu perkara baru yang mereka temui
akan diaplikasikan dalam bentuk yang kreatif. Kanak - kanak gemar berimaginasi
dengan watak- watak kesukaan mereka. Mereka akan cuba melakonkan semula watak
yang difikirkan menarik bagi mereka. Kanak- kanak mudah terpengaruh dengan
kartun dan cerita yang mereka tonton. Melalui kreativiti mereka, mereka akan
mengambil kertas atau kotak untuk membentuk custom watak yang hendak di tiru.
Mereka akan cuba membuat pedang bagi kanak-kanak lelaki dan bagi yang perempuan
mereka akan cuba mengayakan seperti patung barbie yang cantik. Selain
itu, mereka juga akan membentuk sesuatu menggunakan play doh dan berimaginasi
anak patung seperti anak. Memberi anak patung itu makan dan minum. Ini
merupakan keinginan mereka untuk mencapai kreativiti. Kreativiti ini datang
sendiri tanpa perlu di ajar dan di bendung. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah,
terdapat aktiviti seperti laga ayam dan lompat setempat. Melalui aktiviti ini
murid-murid dikehendaki melakukan pergerakan melompat sebelah kaki dengan
betul. Permainan yang di cadangkan oleh guru adalah permainan ketingting
berganti-ganti. Permainan ini memerlukan kreativiti murid untuk melakukan
pergerakan melompat sebelah kaki. Murid -murid juga diminta untuk melakukan
aktiviti secara berpasangan. Permainan ini dapat melihat kreativiti murid-murid
dan murid - murid berasa gembira melakukan aktiviti ini kerana ia memerlukan
kreativiti murid untuk menang permainan ini. Ini menunjukkan Pendidikan Jasmani
di sekolah membantu keinginan untuk pencapaian kreativiti murid.
2.8 KEINGINAN MELUAHKAN
PERASAAN MELALUI PERGERAKAN
Sesuatu keinginan
itu kadang-kadang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kebiasaan kanak -
kanak akan meluahkan perasaan mereka melalui pergerakan. Ini membuatkan orang
dewasa lebih memahami dan mendapat perhatian lebih. Ini juga dapat menarik
perhatian kepada rakan-rakan dan orang sekeliling. Apabila mereka berasa
gembira mereka akan melompat dan menjerit keriangan dan apabila marah mereka
akan cuba untuk menendang sesuatu atau menolehkan badan ke arah yang lain.
Kanak-kanak juga meluahkan perasaan sayang mereka dengan memeluk atau mendekati
seseorang misalnya ibu bapa mereka. Kanak-kanak suka melakukan aktiviti yang
membolehkan mereka meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Mereka
akan mengaplikasikan keadaan sekeliling dengan perasaan sekeliling supaya orang
sekeliling memahami perasaan mereka. Kanak-kanak juga suka melakukan aktiviti
yang menunjukkan yang diri mereka itu hebat dan mampu untuk melakukan sesuatu
dengan menggunakan idea mereka sendiri. Sebagai contoh cara mereka meluahkan perasaan
melalui pergerakan adalah dengan bertepuk tangan, bersorak sambil
melambai-lambaikan tangan, berlari sambil ketawa dan mengusik rakan-rakan
sekeliling. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah, aktiviti yang diberi oleh guru adalah
menyanyikan lagu. Lagu yang diberikan adalah Lagu I Love My Body. Murid diminta
membuat pergerakan mengikut lagu bagaimana murid menyayangi badan murid. Murid
melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan muzik dan membawakan pelbagai
watak. Murid juga berkomunikasi dengan rakan semasa melakukan pergerakan ini.
Murid melahirkan perasaan sayang kepada tubuh badan mereka. Oleh itu, keinginan
mereka untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan dapat diluahkan melalui
pergerakan tarian. Murid berasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan kerana
memenuhi keinginan mereka untuk meluahkan melalui pergerakan.
2.9 KEINGINAN UNTUK
KEFAHAMAN
Kanak-kanan
mempunyai keinginan untuk mengembangkan kefahaman tentang sesuatu perkara dan
ingin mempelajari sesuatu perkara baru. Justeru itu, mereka dapat meneroka dan
merasai pemikiran serta interaksi dengan persekitaran. Mereka akan selalu
mengambil tahu keadaan sekeliling yang dirasai keraguan bagi mereka. Mereka
akan selalu meluahkan persoalan sebagai ingin menambahkan kefahaman mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak tidak tahu akan kegunaan rantai basikal. Mereka
sedaya upaya mencari kefahaman mereka dengan memerhatikan pergerakan basikal
berkenaan. Mereka akan mendapat membuat kesimpulan mereka sendiri apabila
memerhatikan berulang kali. Kadang-kala kanak-kanak lebih suka untuk bertanya
kepada ibu bapa atau orang sekeliling bagi mendapatkan jawapan mereka. Melalui KSSR Pendidikan Jasmani di sekolah,
guru memberi satu aktiviti, murid perlu memahami permainan tersebut supaya
mereka mendapat keseronokan ketika bermain. Sebagai contoh, guru memberi
aktiviti melompat aksi haiwan. Ini menguji kebolehan melakukan hambur dan
pendaratan. Murid perlu memahami bagaimana melakukan hambur menggunakan kaki
dan tangan dan perlu mengenal pasti pergerakan serta merta. Sehubungan dengan
itu, keinginan murid untuk mendapat kefahaman akan meningkat dan mereka
berusaha untuk mendapatkan kefahaman supaya mereka tidak berasa ketinggalan dengan
rakan yang lain.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kualiti Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di sekolah dapat memenuhi keinginan kanak - kanak
mengikut Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) yang telah
mengenal pasti 9 keinginan asas kanak-kanak iaitu keinginan untuk pergerakan,
keinginan kejayaan dan kelulusan, penerimaan rakan sebaya dan kecekapan sosial,
bekerjasama dan bersaing, kecergasan fizikal dan daya tarikan, pengembaraan,
kepuasan kreatif, bersuara berirama, dan untuk tahu. Selaras dengan itu
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah mengikut kehendak
murid untuk melakukan kemahiran asas dengan perlakuan yang betul mengikut
konsep pergerakan, mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran
motor, mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan
pergerakan, mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan, mengetahui
kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala, mempamerkan tanggungjawab
kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal, melaksanakan aktiviti fizikal dalam
suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat, mematuhi peraturan dan
mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal dan
mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan telah dilaksanakan. Aktiviti -
aktiviti yang di jalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan adalah memenuhi keinginan murid-murid. Ini adalah terbukti dengan
Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani yang merangkumi semua
aspek-aspek berkenaan. Di dalam bab satu bagi KSSR Pendidikan Jasmani menitik
beratkan dengan keinginan bergerak murid-murid. Oleh itu, keinginan kanak-kanak
telah dapat diaplikasikan di dalam Pendidikan Jasmani di sekolah. Keinginan
kanak-kanak tidak terhenti apabila masuk ke sekolah. Mereka masih dapat
memenuhi keinginan mereka.