Tuesday, November 1, 2016

akhiri kisah aku dan dia

sekali lagi ribut melanda. dugaan yang hebat melanda kami. akhirnya aku mengambil langkah mengundurkan diri dari perhubungan itu. bukan aku tak cinta. bukan aku tak kasih. aku cuba manusia biasa yang punya hati dan perasaan. aku juga punya harga diri bila diinjak2 oleh orang lain. aku biarkan dia bergembira dengan teman teman nya. sehingga dia sedar. kalau memang jodoh kami. Alhamdulillah. jika bukan Alhamdulillah. perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Aku maafkan semua salah silap yang menyakiti aku. begitu juga aku memohon maaf kerana pernah terkecil hati dengan kamu2. sayang dan cinta aku tetap sama. aku tetap menyayangi orang yang sama.
seandainya pintu ku diketuk oleh orang lain.. aku juga terima. aku serahkan segalanya pada takdir. Aku redha.