Thursday, December 22, 2011

Bersyukurlah Anak - Anak Melayu

Aku terpanggil untuk  menulis tentang hal perkara sebab kes yang berlaku pada pelajar UPSI di PWTC tempoh hari, Sungguh Biadap budak tuh.. Tak Bersyukur apa yang ada.. Dia tak pernah ke terfikir tentang perasaan remaja yang seusia dia yang benar-benar nak menempatkan diri di IPTA tp tak dapat. Dia berada di UPSI dan bakal menjadi seorang Guru..Terlalu banyak subsidi kerajaan yang dah die mentedarah tetapi kenapa masih nak menentang..Aku seorang penyokong kerajaan,.. dari atok ayah aku semuanya orang UMNO. aku menjadi ahli UMNO dari usia aku 18 tahun lagi..Keputusan SPM aku takde la secemerlang pelajar lain, tapi kawan-kawan aku yang mendapat keputusan yang lebih rendah dari aku berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti... Alhamdulillah, aku diterima masuk ke  Politeknik...aku belajar seperti pelajar lain, aku jugak mendapat result yang agak baik walaupun bukan terbaik. habis je Diploma di Politeknik, aku mencuba nasib nak masuk universiti sekali lain..malang sekali, aku tak berjaya...aku cuba berulang kali.. masih juga gagal. sedangkan rakan-rakan aku yang jauh pointer rendah dari aku pn bejaya melanjutkan pelajaran.. Satu peristiwa yang paling menyedihkan aku bila, aku pergi ke kursus siswazah menganggur selama 2 bulan, setelah hampir tamat kursus berkenaan, aku menghadiri beberapa interview yang telah di aturkan oleh company.. sebelum itu juga aku ada menghadiri interview kerajaan dengan menggunakn spm..Di minggu akhir di dalam kursus, kami sibuk membuat tugasan yang diberikan dan pada masa yang sama aku mendapat tahu keputusan masuk ipt dan keputusan interview aku.. semuanya mendukacitakan.. Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu.. bermandikan air mata. tak mampu menahan perasaan kehampaan dan kekecewaan hidup..nasib ada rakan-rakan yang meminjamkan bahu mereka..Pada ketika itu, Tidak pula aku terfikir nak menyalahkan kerajaan kerana tak memberi tempat aku di universiti dan sektor awam.. aku pasrah dan redha, ini semua ketentuanNYA.Aku terfikir mungkin dosa yang aku pernah lakukan lebih berat dari masalah yang DIA bagi.. DIA hanya nak menguji aku...Tetapi ALLAH itu maha kaya, maha pemurah, maha penyayang...aku ditawarkan bekerja di company tempat aku menjalankan kursus sedangkan rakan-rakan yang lain  tak berpeluang untuk bekerja di sebuah company yang sebesar itu.. TERIMA KASIH ALLAH... Pernah juga aku terfikir, aku adalah penyokong UMNO yang tegar, tetapi aku tak diberi keistimewaan tetapi orang yang kuat menentang kerajaan lah yang di beri keutamaan,.. sorry to say, kelantanise... Bagi lah apa pun kepada diorang, takkan pernah mereka menyokong kerajaan.. Sekarang aku bekerja sebagai seorang penjawat awam. walaupun aku bekerja menggunakan SPM, tetapi aku bersyukur sekurangnya aku ada kerja.. Orang yang bersyukur adalah orang tahu berterima kasih sesama insan...Renungan buat semua...